Sepuluh <b>hotel</b> terbaik <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | Melancong.inSarawak.net |
Sepuluh <b>hotel</b> terbaik <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> | Melancong.inSarawak.net Posted: 13 May 2015 06:42 PM PDT Jika anda ingin melancong ke Kuching, sudah pasti anda memerlukan tempat penginapan yang baik dan selesa. Tetapi, tahukah anda hotel manakah yang bagus, ataupun yang terbaik? Di sini, kami membantu anda dengan menyenaraikan hotel-hotel yang kami ketahui dan memberikan input berdasarkan lokasi dan kelebihannya jika anda seorang pelancong di Kuching. (Kedudukan hotel adalah secara rambang). #1 Pullman Kuching #2 The Lime Tree Hotel #3 Hilton Kuching #4 Citadines Uplands Kuching #5 Permai Rainforest Resort |
Permai Rainforest Resort terletak dalam 45 minit masa perjalanan dari Bandaraya Kuching. Sungguhpun jauh dari Bandaraya Kuching, tempahan resort ini adalah baik kerana ianya memberikan satu kelainan kepada para pengunjungnya. Di Permai Resort, pelancong boleh menikmati suasana tepi lautan dan kehidupan di tengah hutan hujan tropika pada masa yang sama. Mereka juga boleh memilih untuk menginap di atas pokok keranan resort ini adalah satu-satunya tempat penginapan di Sarawak yang menyediakan tempat penginapan seumpamanya.
#6 Damai Puri Resort and Spa
Damai Puri Resort and Spa terletak berdekatan dengan Permai Rainforest Resort dan ianya menawarkan kualiti penginapan yang lebih 'tinggi' jika dibandingkan dengan Permai Rainforest Resort. Di Damai Puri, anda boleh berehat di dalam keadaan tenteram kerana hotel ini mengutamakan privasi pengunjungnya. Selain daripada itu, Damai Puri juga memiliki kolam renang, gym, khidmat spa, gelanggang tenis dan banyak lagi bagi membolehkan percutian anda lengkap dan hebat.
#7 Riverside Majestic Hotel
Hotel Riverside Majestic terletak berdekatan beberapa pusat membeli belah kecil di pusat Bandaraya Kuching. Ianya juga terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront, dan pusat makanan laut terkenal, Top Spot. Hotel ini khabarnya telah dinaik taraf, dan ianya sangat selesa untuk didiami. Sungguhpun ianya mempunyai pemandangan terhad ke arah Sungai Sarawak, hotel ini dianggap baik kerana lokasinya yang berdekatan tarikan pelancong di Kuching.
#8 M Hotels (Dahulu dikenali sebagai 360 Urban Resort di Hotel Hock Lee Center)
M Hotels terletak agak jauh dari pusat bandaraya namun disebabkan harganya yang berpatutan, ianya amat digemari pelancong ke Kuching. Menurut komen-komen yang ditinggalkan di beberapa laman pelancongan terkenal, mereka amat suka akan keselesaan yang ditawarkan di hotel ini. M Hotel juga mempunyai sebuah pusat membeli belah yang kecil di bawahnya, dan ini didapati amat memudahkan bagi ramai pengunjung.
#9 Tune Hotel Waterfront Kuching
Tune Hotel Waterfront Kuching terkenal di kalangan pengunjung yang suka akan harga murah. Sungguhpun murah, lokasi Tune Hotel Kuching ini amat strategik, dimana ianya cuma terletak beberapa meter dari beberapa pusat membeli belah dan Kuching Waterfont. Rata-rata pengunjug hotel ini memuji kehebatan kamar tidurnya dengan mengatakan bantal dan tilam yang disediakan empuk dan selesa.
Ranee Boutique Suits merupakan hotel yang agak baharu di Bandara Kuching. Ianya semakin popular di kalangan ramai pelancong kerana lokasinya yang terletak betul-betul di hadapan Kuching Waterfront, dan terletak bersebelahan pusat membeli belah Plaza Merdeka. Selain itu, Ranee Boutique Suits juga terletak berdekatan banyak tarikan pelancong seperti Muzium Sarawak, Padang Merdeka, China Town (Jalan Carpenter) dan kedai-kedai kek lapis Sarawak (seberang Sunagi Sarawak).
Senarai sepuluh hotel ini sememangnya perlu diperbaharui selepas beberapa tahun, namun buat masa ini, hotel-hotel inilah yang dikatakan terbaik di sekitar Kuching. Jika anda ingin menempah mana-mana hotel yang disebutkan diatas dengan harga murah, atau anda ingin membandingkan harga-harga hotel di sekitar Kuching, sila ke pautan ini.
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |