<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota Kinabalu, Miri <b>...</b> - Come Sarawak |
- <b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota Kinabalu, Miri <b>...</b>
- 10 <b>Tempat</b> Menarik <b>di Kuching</b>, Sarawak yang ... - Come Sarawak
- <b>Melancong</b> ke sarawak | <b>tempat</b> menarik <b>di kuching</b> | Iban2U
- Vander Good: Pengalaman menarik berkunjung ke Jong's Crocodile <b>...</b>
<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota Kinabalu, Miri <b>...</b> Posted: 13 Feb 2016 10:26 PM PST Sejarah Bandaraya Kuching Sarawak. Berikut adalah sejarah bandaraya Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak. Negeri yang mempunyai suku kaum atnik yang terbanyak di Malaysia. Saya berharap pelancong yang melawat Bandaraya Kuching boleh memahami serba sedikit budaya dan asal usul nama Kuching. Semoga artika ini dapat membantu. Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Sebagai sebuah ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar raya yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia. [1]. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. Kuching juga merupakan kedudukan pusat kerajaan pada Sarawak moden. ASAL USUL NAMA KUCHING Sarawak merupakan sebahagian Kesultanan Brunei dua ratus tahun dahulu tetapi sebagai ganjaran kerana membantu menghancurkan pemberontakan, kawasan ini diserahkan kepada James Brooke, seorang pengembara Inggeris yang memerintah kawasan ini sebagai kemaharajaan peribadi. Kuching dijadikan ibu negeri serta ibu pejabat Brooke. Keluarga Brooke memerintah Sarawak sehingga akhir Perang Dunia II apabila Sir Charles Vyner Brooke, raja ketiga serta terakhir, menyerahkannya kepada Kerajaan British pada tahun 1946. Sarawak dan Komanwel British bertempur dalam "Perang Tak Isytihar" dengan Indonesiaagar menghalang Sarawak daripada diserap ke dalam Indonesia Raya. Pihak British memberikan kemerdekaan kepada Sarawak pada tahun 1963, dan bersama-sama dengan Borneo Utara (Sabah) dan Singapura, membantu membentuk Malaysia. (Singapura mengisytiharkan kemerdekaan tidak lama kemudian.) Asalnya nama Sarawak tidak jelas. "Kuching" ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi "Cochin", perkataanIndia yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Artifak-artifak yang berasal daripada kepercayaan Hinduisme kini dapat dilihat di Muzium Negeri. Bandar raya ini tidak pernah mempunyai sebilangan besar kucing apabila dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Sebenarnya, arca-arca kucing, Muzium Kucing Kuching, serta perkaitan-perkaitan lain dengan kucing merupakan sebahagian usaha moden untuk mempromosikan pelancongan; banyak risalah pelancongan merujuk kepada Kuching sebagai "Bandaraya Kucing". Selain daripada ini, nama "Kuching" tidak mempunyai maksud sebenar bagi penduduk-penduduknya dan tidak dianggap oleh orang-orang tempatan sebagai suatu nama yang romantik. Terdapat teori-teori lain yang mengatakan bahawa nama "Kuching" datangnya daripada "mata kucing", sejenis buah; Pokok Mata Kucing kelihatan banyak bertumbuh di tebing sungai yang kini merupakan sebahagian bandar raya Kuching. Terdapat sebuah bukit di pusat bandar raya lama yang dipanggil Bukit Mata Kuching, dan bukit ini juga mungkin merupakan asal nama bandar raya ini. Demografi Kuching Jumlah penduduk urban utama Kuching ialah sebanyak 634,517 manakala keseluruhan Kawasan Metropolitan Kuching dianggarkan memiliki 980 000 penduduk. Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang Iban, Bidayuh, Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), Teochew, Hainan, Kantonis, Henghua dan lain-lain lagi. Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim. Kebanyakan penduduk Kuchingkuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang.Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalam bahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain. Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka. | ||||||||
10 <b>Tempat</b> Menarik <b>di Kuching</b>, Sarawak yang ... - Come Sarawak Posted: 29 Dec 2015 07:36 PM PST | <b><b>Tempat Menarik Di Kuching</b></b> - Cahaya Purnama - Come <b>...</b> Posted: 14 Dec 2015 08:30 PM PST
|
Hari Ahad (Day 3)
Oleh sebab nak menunggu kumpulan yang lagi satu nak ke Serikin, maka kami putuskan ke Kampung Budaya pada sebelah petang, iaitu semasa persembahan diadakan pada jam 4 petang. Maka sebelah paginya, kami akan habiskan masa melawat ke tempat menarik sekitar Pusat Bandar.
Sesi awal pagi macam biasa. Nasi lemak Kopi O Corner lah yang menjadi santapan awal pagi. Orang ramai macam biasa. Tapi servis memang tip top! So nak bergerak pun cergas lah sikit kan. Sebab perut dah kenyang terisi.
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Selesai mengisi perut, maka kami pun bergerak ke bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang tersergam indah atas bukit. Tujuannya sebab nak tengok landmark tersebut dengan lebih dekat dan juga nak ke Muzium Kucing yang terletak di sana.
Muzium Kucing
Sampai di sana, terus ke Kaunter Pertanyaan. Rupanya Muzium Kucing tersebut tak dibuka pada hari pelepasan awam. Salah timing ler plak. Ada lagi pelawat lain yang mundar mandir depan kawasan Muzium Kucing tersebut. Maka sebab taknak menghampakan niat nak ke sana, bergambar lah sket depan Pintu masuk Muzium Kucing.
Kemudian dari sana kami terus menuju ke dua kedai kek lapis Sarawak yang popular di Kuching. Tak lain tak bukan, Mira Cake House dan Kek Lapis Dayang Salhah. Oleh kerana lokasi kedua-duanya yang berdekatan, maka kami parking kereta di tengah-tengah, dan jalan kaki sahaja.'
Mira Cake House
Mira Cake House yang sinonim dengan warna merah nih memang agak menonjol atas sebab lokasinya. Ada banyak pilihan kek lapis Sarawak dengan warna dan perasa yang pelbagai. Kawasan pameran agak sesak memandangkan banyak sangat kek lapis yang nak dipamerkan. Tapi dari kawasan tersebut, anda dah boleh nampak beberapa pekerja yang sedang menyediakan kek lapis tersebut di bahagian dalam kedai.
Kek Lapis Dayang Salhah
Kek Lapis Dayang Salhah nih pula berada pada kedudukan yang tersorok sket di belakang Surau. Namun bagi pengunjung setia yang dah biasa, sememangnya tak ada masalah nak cari di mana beradanya kedai tersebut. Ruang dalam untuk memilih kek lapis memang lebih selesa. Bilik beraircond. Kawasan yang besar.
Fort Margherita
Selesai membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Sibu, kami bergerak ke Fort Margherita yang terletak berdekatan dengan kawasan kedai kek lapis Sarawak tadi. Jalan nak ke Fort Margherita nih tak berapa nak cun sangat. Dan sampai di sana, pun tak dibuka jugak. Lepas diselidik, adalah juga yang bagitau tempat ini dah lama ditutup. Atas tujuan apa tak pasti lah plak.
Fort Margherita nih sebenarnya adalah satu kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke, Rajah Putih Sarawak. Nama Margherita nih diambil daripada nama isteri Charles Brooke sendiri, iaitu Margaret Alice Lili de Windt.
Bangunan Fort Margherita ini juga cantik apabila dipandang pada waktu malam daripada Waterfront yang terletak di seberang sungai.'
Dewan Undangan Negeri
Kemudian kami terus bergerak ke Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dan tersergam indah berdekatan dengan kawasan ini. Bentuk kubah Dewan Undangan Negeri ini memang menarik dan unik.
Sampai di pintu masuk, kami minta kebenaran daripada pengawal yang menjaga pintu masuk tersebut. Selepas dah diberi kebenaran secara bersyarat, iaitu tak boleh berhentikan kereta dan sekali pusing sahaja, maka kami pun naik ler ke atas. '
Memang cantik kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru nih. Struktur binaan dan rekabentuknya jauh lebih menarik berbanding dewan undangan yang lama. Maka tak hairan lah sekarang Dewan Undangan Negeri ini selalu dijadikan bangunan ikon kepada Sarawak.'
Rumah Hijau Cafe
Selesai di Dewan Undangan Negeri, kami bergerak untuk makan tengahari. Nak makan tengahari yang paling best di Kuching, iaitu di Rumah Hijau Cafe. '
'
'
Konsep Rumah Hijau Cafe nih memang menarik. Kedai makan, tapi seperti berada dalam rumah sendiri. So memang layan lah. Kebetulan pada hari Ahad, ada disediakan menu istimewa iaitu Nasi Beriani. Maka kami pun mencuba lah menu tersebut. Memang terbaik!
Dah kenyang menjamu selera, maka kami pun bergeraklah ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuching.
Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak nih terletak di Santubong. Maka dalam perjalanan ke sana, nampak lah gunung Santubong yang popular dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.
Dah banyak kali sebenarnya saya dah datang ke Kampung Budaya nih. Tapi dalam banyak-banyak kali tu, rasanya kali ini persembahan dia memang tip top habis! Sangat ler terhibur dengan persembahan tarian daripada 6 etnik utama yang ada di Sarawak. Ada kelainan berbanding dengan kunjungan saya yang sebelum-sebelum nih.
Bagi yang nak berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, pastikan anda tahu masa persembahan ini dijalankan, iaitu pada jam 11.00 pagi atau pun pada jam 4.00 petang. Timing mesti bagus. Barulah kunjungan jadi sangat bermakna dan berbaloi.
Selesai persembahan tarian di dewan utama, kami bergerak ke rumah-rumah tradisional yang ada dalam perkampungan tersebut. Dimulakan dengan Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan akhir sekali Rumah Cina.
Kali ini kami salah timing!
Rupa-rupanya, selesai persembahan pada jam 4.45 petang tadi, bermakna tiada juga sambutan daripada penjaga rumah-rumah tradisional berkenaan. Mereka pun kerja sampai jam 5.00 petang juga. Maka banyak lah rumah-rumah yang sudah ditutup atau yang tidak ada penjaga.
Tak dapatlah nak tengok tarian sambutan di rumah-rumah tersebut, serta aktiviti yang dijalankan oleh penjaga di sana.
Maka kamu hanya luangkan masa yang ada dengan bergambar dengan rumah tersebut sahaja. So lain kali kena datang pada waktu pagi jika nak merasa pengalaman paling bermakna di Kampung Budaya Sarawak.
Damai Puri
Selepas sejam meronda, akhirnya kami keluar dan menuju ke Damai Puri yang terletak bertentangan dengan Kampung Budaya. Ini kali pertama saya ke sini. Maknanya memang dah lama tak datang area Kampung Budaya sampaikan ada bangunan baru yang dah siap didirikan pun saya tak tahu.
Kawasan Damai Puri nih memang menarik. Penuh dengan pengunjung. Penuh juga dengan kedai-kedai cenderamata dan kedai makan. Pengunjung juga ada peluang untuk menonton matahari terbenam pada kawasan yang dah disediakan khusus. Kawasan ditandakan dengan binaan Kenyalang gergasi ala-ala tugu Helang di Langkawi.
Sunset di sini boleh tahan meriahnya. So yang belum pernah ke sini, jemput datang yer!
Dari sini, kami terus pulang ke Kuching. Aktiviti malam, macam biasa. Lepak di Waterfront sambil melayan geng-geng pemuzik jalanan yang ada di sana. Pastu balik tido, dan ready untuk hari seterusnya.
Hari Isnin (Day 4)
Ini hari terakhir kami berada di Kuching. Hari untuk perjalanan pulang ke Sibu. Atas jemputan seorang rakan, maka kami bersarapan pada pagi ini di tempat baru yang terletak di Batu 7, iaitu Serapi Corner.
Serapi Corner
Ini kali pertama kunjungan saya ke Serapi Corner. Walaupun dah banyak kali ke Kuching, tapi balik-balik pegi kedai yang sama jugak. So, bersarapan pagi di Serapi Corner bersama Cikgu Ken LSC.
Memang tak rugi kami dibawa ke sini. Menu yang disediakan, memang best! Confirm lepas nih Serapi Corner akan masuk list dalam senarai kedai makan wajib pergi lepas nih. Pilihan makanan pagi yang banyak dan juga keadaan kedai yang sangat selesa. Jadi tak hairan lah kenapa kedai makan ini sentiasa dipenuhi orang ramai.
Selepas sesi sarapan yang best, kemudian kami terus bergerak pulang ke Sibu. Dalam perjalanan hanya singgah di Layar untuk berhenti makan dan solat. Kami tiba di Sibu pada jam 5.00 petang.
Rasa agak ok bila dimaklumkan oleh Tuan Bendahari kami, Cikgu Hafiz apabila kami hanya mengeluarkan bajet lebih kurang RM250 setiap seorang bagi semua perbelanjaan sepanjang di Kuching. Perbelanjaan adalah termasuk duit minyak kereta, penginapan, makan 4 hari 3 malam dan tiket masuk ke semua tempat yang berbayar.
Sebelum ini tak pernah nak catat-catat berapa bajet yang dikeluarkan. Semoga panduan ini boleh digunakan bagi mereka yang nak merancang bercuti ke Kuching, terutamanya bagi mereka yang nak adakan Road Trip macam kami nih. Soal bajet dan keselamatan harus diutamakan. Sampai kita berjumpa lagi dalam trip yang seterusnya!
<b>Tempat Menarik Di Kuching</b> - Cahaya Purnama
Posted: 12 Jan 2014 03:24 AM PST
Assalammualaikum
Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah:
1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini.
2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak
3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni.
4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana.
5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik.
6) Kuching Waterfront
Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =)
Incoming search :
tempat menarik di kuching,tempat menarik di sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2014,tempat menarik di kuching sarawak,tempat menarik sarawak,senarai tempat menarik di kuching,tempat menarik kuching,tempat menarik di sarawak 2015,tempat menarik di kuching 2015,tempat best di kuching sarawak,tempat bercuti kuching,tempat menarik di kucing sarawak,bercuti di sarawak 2015,tempat menarik dikuching,menarik di kuching sarawak,tempat yang cantik di serawak,tempat perlancongan di kuching,tempat yang menarik:di kuching,sarawak pusat pelancongan,tempat pelancongan sarawak,tempat pelancongan kuching sarawak,tempat pelancongan di sarawak,tempat yang menarik di sentubong,tempat yang menarik di sarawak,tempat yang menarik di kuching sarawak,tempat pelancongan di kuching,tempat menarik di serikei,tempat terkenao di kuching,tempat terkenal di kuching,tempat makan best sarawak,destinasi di sarawak,cuti-cuti malaysia di sarawak,cuti cuti kuching sarawak 2015,cuti cuti bndar kuching,5 tempat menarik di kuching Sarawak,benda yang menarik di kuching,barang popular di sarawak,barang apa yang menarik di sarawak,apa yang menarik di bandar serawak,destinasi menarik di sarawak,kawasan menarik di kuching,tempat cuti kuching,tempat best kuching,tempat bercuti di serawak,sarawak tempat menarik,perkara yang menarik di sarawak,percutian ke kuching 2015,menarik di sarawak,melancong ke sarawak 2015,makan best di kuching,apa yang cqntik di serqwak
Comments
<b>TEMPAT MENARIK DI KUCHING</b>, SARAWAK | VISIBLE VOICE
Posted: 17 Jan 2015 04:00 AM PST
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
Moment indah yang sempat dirakam ketika ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Sebelum beredar dari airport, kami sekeluarga tak lepaskan peluang untuk bergambar. Bukan mudah nak gi jalan-jalan satu keluarga macam rombongan Mak Cik Kiah gini, haha. Family terbang dari Kota Bharu dan aku terbang dari Kuala Lumpur. Di Kuching, kami bertemu jua, ceewah! Walaupun ada yang cancel last minit, 2 tiket burnt atas sebab urusan kerja, kami teruskan juga percutian ni. Hah, yang cancel tu, sila gi lain kali ye, wakaka.
Kalau ada yang travel bersendirian ke Kuching, don't worry. Kuching International Airport (KIA) ni agak selesa. Banyak tempat duduk dan keadaannya kurang padat. So, kalau nak lepak-lepak, nak rehat-rehat kat sini pun boleh sementara meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Tempat makan pun banyak dalam tuh. Ok, jom kita tengok destinasi-destinasi yang sempat kami sekeluarga pergi sepanjang percutian di Kuching, Sarawak selama 6 hari 5 malam bermula 9 Oktober 2014 sehingga 14 Oktober 2014.
Muzium Etnologi, Kuching
Bangunan ni dibina mengikut senibina Eropah. Di tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi semulajadi dan spesimen fauna yang terdapat di Sarawak seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain. Paling menarik, kerangka ikan paus dan buaya . Besar beb! Di tingkat atas pulak terdapat bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang, kraftangan, model perahu dan senjata. Satu je yang tak best kat sini, kita tak boleh snap gambar, haha. Adeh! Tapi, curi-curi snap jugak, keh3.
Isnin - Jumaat
9 pagi - 445 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
10 pagi - 4 petang
Bayaran kemasukan
PERCUMA
Pasar Serikin, Sarawak
Hari ke-tiga kami di Kuching, banyak sikit tempat yang kami pergi. Alang-alang dah sampai Kuching, tak sah kalau tak datang shopping ke Pasar Serikin, Sarawak. Apa yang ada? Kalau di Kelantan ada Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Kalau di Kedah ada Changlon. Kalau di Perlis ada Padang Besar. Maka, kalau datang Kuching, Pasar Serikin lah tempatnya. Pendek kata, tempat meniaga yang terletak di sempadan. Cuma kat sini, majoriti peniaga adalah dari Indonesia.
Kalau korang nak datang ke Pasar Serikin, make sure datang pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan pulak pergi time weekdays. Silap haribulan, korang yang kena berniaga kat situ, krik krik krik. Antara barang yang dijual kat sini adalah kain sarung, pakaian, baju tshirt untuk dibeli sebagai ole-ole dan macam-macam lagi makanan dan barang-barang. Memang meriah!
Waktu beroperasi
Sabtu - Ahad
Mula beroperasi seawal jam 8 pagi pada hari Sabtu dan ditutup pada pukul 12 tengah hari pada hari Ahad
Gua Angin
Balik dari Pasar Serikin, kami singgah di Gua Angin. Destinasi santai-santai untuk berkelah dan singgah makan-makan memang sesuai kat sini. Memandangkan hari hujan, jadi tak dapat lah anak-anak buah nak mandi-manda sebab air agar deras. Kat mana Gua Angin? Meh nak cerita. Gua Angin terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau dan terletak bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Menurut sejarah, Gua Angin mendapat namanya kerana terowong di dalam gua ini menjadi laluan angin bertiup yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.
Kalau korang minat aktivti caving/ jalan-jalan dalam gua, memang sesuai datang ke Gua Angin. Cuma kena lebih berhati-hati sebab laluan yang agak berlumut dan licin. Bentuk stalagtit, stalagmit dan formasi batu kapur pelbagai bentuk yang ada dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Orang kata, ada bentuk yang macam kepala buaya dan ada juga rangka buaya! Tak sempat masuk hari tu, singgah makan-makan je.
Di luar Gua Angin pula, terdapat pondok Baruk dan sesuai untuk dijadikan tempat pelancong berehat. Di Baruk ni lah kami sekeluarga singgah makan. Selain berada di Baruk, kalau kena cuaca elok, boleh juga mandi-manda di Sungai Sarawak yang berhampiran. Terdapat kemudahan bilik bersalin disediakan khas untuk mereka yang mandi-manda. Ada tandas serta gerai makanan dan minuman berhampiran kat situ. Pendek kata, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kami sekeluarga pun singgah makan ke situ sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Pandak. Nasib baik bawa bekal siap-siap dari rumah sebab kedai makan semua tutup.
Pantai Pasir Pandak
Dari Gua Angin menuju ke Pantai Pasir Pandak. Ini first time aku menjejakkan kaki ke Pantai Pasir Pandak. Cantik betul pantai nih, pesisir pantai pun bersih. Kalau korang nampak, kat belakang tu adalah Gunung Santubong. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini selain mandi-manda di pantai dan berjalan di pesisir pantai adalah makan-makan. Banyak gerai-gerai seafood dan restoran kat sini.
Kalau datang bersama anak-anak, antara kemudahan yang disediakan di Pantai Pasir Pandak adalah swimming pool untuk kanak-kanak. Kalau tak nak mandi di pantai, boleh mandi-manda di kolam renang yang disediakan.Lebih tenang dan lebih selamat.
Cat Museum | Muzium Kucing
Lokasi terakhir kami untuk hari ke-tiga adalah Cat Museum, Kuching. Satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga bila berada di Kuching adalah Muzium Kuching (Cat Museum). Muzium ni memang penuh dengan macam-macam jenis kucing.Tak kira dalam bentuk lukisan, arca dan apa jua material seni yang semua berasaskan pelbagai spesies kucing. Muzium Kucing dibina pada tahun 1993 dan dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Kat sini ada lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak dan juga tugu berkaitan kucing dari serata dunia. Malangnya, kami sampai je muzium dah tutup. Adeh! Itu lah padahnya bila tak tengok dulu waktu operasi, haha. Kat sini boleh bawa kamera untuk snap gambar dengan bayaran serendah RM3-RM5. Untuk korang yang nak pergi melawat Cat Museum ni, better cek waktu operasi ni betul-betul ok!
Waktu beroperasi
Setiap hari
9:00 pagi hingga 5:00 petang
Warung Kak Darot, Kampung Stakan
Hari ke-empat kami di Kuching agak santai. Sebelah petang, kami ke salah satu warung yang menjual pelbagai jenis ABC dan Cendol. Mungkin, orang Sarawak sendiri pun tak tahu pasal tempat ni. Tapi, seriously ABC dan cendol kat sini best. Tak lain tak bukan di Warung Kak Darot yang terletak di Kampung Stakan. Warung ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau nampak banyak kereta parking tepi jalan, hah ye lah tuh.
"Don't judge a book by its cover". Hah, betul la tuh. Nampak je warung ni kecil, biasa-biasa. Mana taknya, diorang meniaga depan rumah je bhai. Tapi, orang yang datang makan dan minum kat sini punyalah ramai. Nak tahu kami order apa? Jom, cekidout!
Ini antara menu yang kami order. ABC special, Cendol biasa, Ice cream special tabur milo, Ice cream special tabur horlick dan cendol special tabur horlick. Fuh, memang mengancam! Nasib baik, kami sampai sempat lagi order. Next customer yang datang nak order, dah habis. Kalau kami yang kena macam tuh, tak ke kempunan? haha.
Riverside Superbowl
Cat Statue
Hari ke-lima, kami ronda-ronda di sekitar bandar Kuching untuk singgah dan bergambar kenang-kenangan di tempat-tempat tarikan utama seperti Cat Statue
Kuching Waterfront
Seterusnya, kami jalan-jalan di sepanjang Kuching Waterfront. Gigih semua berjalan walaupun hari panas terik, haha. Ini namanya semangat melancong, lol.
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Antara tarikan utama bila berjalan di sepanjang Kuching Waterfront adalah binaan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah di seberang sungai.
Sarawak River Cruise
Lagi satu tarikan utama di Kuching Waterfornt adalah Sarawak River Cruise . Kat sini, korang boleh pilih nak naik cruise ataupun boat untuk menikmati panorama indah di sepanjang Sungai Sarawak.
Kedai Souvenir, Kuching Waterfront
Memandangkan hari terakhir di Kuchig, kami singgah di kedai souvenir untuk beli ole-ole. Kalau nak beli ole-ole macam keychain atau fridge magnet, satu kedai yang aku syorkan adalah beli di kedai aunty di tepi Sungai Sarawak. Kalau korang lintas jalan, korang akan nampak deretan kedai banyak-banyak. Tapi, kedai aunty ni duk di other side. Kat sini memang jauh lagi murah berbanding deretan kedai seberang jalan tuh.
Bot Tambang, Sarawak Waterfront
Ini first time naik bot tambang dari Sarawak Waterfront nak ke seberang sana untuk beli kek lapis. Bukan orang tua beria nak naik, tapi si budak kecik bernama Syakir Darwisy. Tambang RM1 seorang dan masa perjalanan tak sampai 5 minit. Snap gambar sekali, eh dah sampai? haha.
Kek Lapis Mira Cake House
Tarikan Utama di Kuching, Sarawak
Selesai borong kek lapis, kami singgah sebentar di tempat tarikan utama di Kuching, Sarawak. Tak lain tak bukan di bulatan yang ada adik-beradik kucing tu untuk bergambar kenang-kenangan.
Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria
Sebagai penutup kunjungan kami di Kuching kali ini, kami singgah di Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria. Kalau datang pagi, macam-macam kuih-buih dan makanan ada dijual di sini. Ala-ala macam pasar tani.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
Inilah sedikit-sebanyak travelog kami sekeluarga bercuti di Kuching, Sarawak untuk disimpan jadi kenangan sampai bila-bila. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang yang plan nak bercuti ke Kuching, Sarawak. Inilah antara tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak yang harus korang kunjungi.Sebelum berangkat pulang, sekali lagi bergambar kenang-kenangan di Kuching International Airport (KIA).
Jadi, kalau orang tanya apa kenangan manis tahun 2014? Antaranya adalah bila dapat bercuti bersama keluarga ke Kuching, Sarawak. Semoga di masa akan datang, kami dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki untuk melancong bersama. InshaAllah.
<b>Melancong</b> ke sarawak | <b>tempat</b> menarik <b>di kuching</b> | Iban2U
Posted: 07 Oct 2014 11:16 PM PDT
Salam sejahtera,
kali ini ni nak kongsi dan promosi sikit.
kalau ada saudara saudari ingin melancong ke kuching sarawak sila lah ke sini
jashappy.wordpress.com
Vander Good: Pengalaman menarik berkunjung ke Jong's Crocodile <b>...</b>
Posted: 04 Feb 2016 09:19 AM PST
Hai semua!
Kali ni saya nak update blog tentang tempat-tempat menarik yang pernah saya pergi. Semuanya di Malaysia sebab saya belum pernah pergi ke luar negara. Tsk. Sebenarnya, negara kita pun banyak tempat yang unik dan menarik. Kalau tak kenapa banyak mat saleh dari luar negara berduyun-duyun datang ke sini kan…hehe… Macam di Sabah ni, banyak tempat yang memang bestlah orang kata. Contohnya, lumpur gunung berapi, kolam air panas, gunung, pulau dan sebagainya. Saya pun belum pernah menjelajah ke semua tempat menarik di Sabah walaupun saya orang sini *nangis*.
Baiklah, start hari ni saya nak update cerita time saya melancong di Kuching, Sarawak. Sangat best dan penuh bermakna. Itulah first time saya melancong luar dari negeri Sabah. Tapi, saya tahu yang one day saya pasti akan travel ke luar negara. Tiada yang mustahil.
Okey, cukup dengan pendahuluan.
Sebelum tu, saya nak bagi penerangan serba-sedikit tentang tempat ni. Jong's Crocodile Farm & Zoo terletak 29 KM dari Kuching iaitu kira-kira 20 minit memandu. Tapi, kami tersesat selama dua jam walaupun guna Google Map sebab tak biasa dengan jalan di sini. Lagipun, teknologi sekarang bukan boleh percaya 100% kan...huhu… Setelah berhempas pulas, akhirnya sampai juga kami di Taman Buaya Jong ini.
Sebelum masuk kena beli tiket di kaunter. Harga tiket agak mahal. Tapi, tak mengapalah sebab kami sudah melalui pelbagai halangan untuk sampai ke sini. Tersesat ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Fuhhh! Cobaan. Lagipun, bukan selalu…hew…hew… Tiket masuk akan dilekatkan di pergelangan tangan. Macam tiket konsert pula. Tapi, itu lebih mudah berbanding tiket yang nak pegang.
Entrance Fee
Admission Charges:
Adult: RM22.00
*Children: RM11.00
Sarawakian Charges:
Adult: RM12.00
*Children: RM6.00
*Children (3-12 years old)
Price above is inclusive of GST
Opening & Feeding Hours
Open Daily - Monday to Sunday
9.00 AM - 5.00 PM
Feeding Demonstration:
11AM & 3PM Daily
Perkara pertama yang kami nampak sejurus selepas masuk ialah galeri tentang buaya atau dipanggil Bujang Senang di Sarawak. Di sini banyak yang boleh dibaca seperti cerita-cerita mangsa bahaman buaya (termasuk gambar sekali ya. Ngeri), cara pembiakan dan sebagainya. Boleh juga nampak rangka buaya serta binatang lain yang telah diawet. Jam menunjukkan pukul 1.30 PM. Feeding time jam 3.00 PM. So, kami ada masa 2 jam setengah untuk meneroka kawasan ni. Kalau nak tahu, feeding untuk buaya merupakan tarikan utama di sini. Tak sabar.
Ini merupakan antara haiwan-haiwan di luar galeri.
Kemudian, kami ke bahagian unggas. Di sini ada burung merak. First time saya nampak burung merak depan mata. Semualah first time kan…haha… Burung ini sangat cantik dan menawan. Lebih-lebih lagi bila dia kembangkan ekor. Macam bidadari. Merak ni jinak. Bila kita halakan kamera dia akan pegun seketika dan posing. Bijak sungguh. Di sini juga ada ayam, itik dan beberapa burung yang tak pernah kami lihat.
Posing! |
Beautiful creature |
Next station, kami ke kolam yang mengandungi beratus-ratus ikan Patin yang berwarna seakan-akan pink dan oren muda. Best view dekat sini. Sangat menenangkan. Kami melepaskan lelah sebentar di sebuah pondok yang disediakan sebelum meneruskan perjalanan ke station yang seterusnya.
Entrance ke kolam yang unik |
Ikan-ikan Patin sebesar paha orang dewasa |
Selepas berehat selama kira-kira 10 minit, kami pun pergi ke bahagian yang mengandungi banyak buaya. Setiap kolam mungkin didiami oleh ratusan buaya. Ada pelbagai jenis buaya. Ada yang kecil dan besar. Biasanya yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam besar. Manakala, yang besar, I mean yang BESAR, diasingkan dalam kurungan lain. Menakutkan tengok buaya besar. Garang semacam. Kadang-kadang, buaya-buaya tu akan bergaduh sesama sendiri. Macam nak berbunuh pun ada. Pernah dengar tak bunyi suara buaya? Kalau nak dengar di sinilah tempatnya.
Selepas melihat perilaku buaya-buaya tu, kami menuju ke bahagian haiwan hutan liar. Nak sampai sana kena melalui hutan kecil dan paya. Redup dan selesa saja berada dalam hutan ni.
Banyak haiwan yang kami lihat di sini. Antaranya:
Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 PM. Kelihatan ramai kelibat manusia berduyun-duyun ke station nombor 4 iaitu tempat pertunjukkan Crocodile Jump/Feeding termasuklah kami. Tak nak lepaskan peluang tengok buaya kena bagi makan. Pekerja taman akan mengantungkan daging di tali betul-betul atas kolam.Tinggi sedikit dari permukaan air. Kemudian, buaya-buaya yang lapar akan cuba mendapatkan daging itu. Siapa yang lompat paling tinggi akan dapat makan besar. Seronok tengok pertunjukan ini.
Ready... |
and... |
...annddd |
Eat! |
Selepas berakhirnya pertunjukan itu, kami singgah sebentar di kafe yang terdapat di taman ini untuk makan aiskrim. Yalah, cuaca sangat panas. Jadi, ais krim adalah penawar terbaik…hew…hew… Memang berbaloilah berkunjung di sini. Sangat disyorkan. Kemudian, selepas bergambar sebentar kami pun menuju ke bandaraya Kuching untuk aktiviti yang seterusnya. Anda pasti tak ingin terlepas untuk membacanya.
Stay tuned!
Terima kasih kerana membaca.
You are subscribed to email updates from tempat melancong di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |