<b>TEMPAT</b> MENARIK <b>DI KUCHING</b>, SARAWAK <b>...</b> - Come Sarawak - Come Sarawak |
- <b>TEMPAT</b> MENARIK <b>DI KUCHING</b>, SARAWAK <b>...</b> - Come Sarawak
- <b><b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b></b> - Cahaya Purnama - Come <b>...</b>
- <b><b>Tempat</b></b> Menarik <b><b>Di Kuching</b></b> - Cahaya Purnama <b>...</b>
- <b>Melancong</b> ke sarawak | <b>tempat</b> menarik <b>di kuching</b> | Iban2U
<b>TEMPAT</b> MENARIK <b>DI KUCHING</b>, SARAWAK <b>...</b> - Come Sarawak Posted: 31 Oct 2015 07:15 PM PDT Semenjak dah besar panjang, macam susah nak berkumpul ramai-ramai dan pergi melancong bersama. Aku cuti, kau tak cuti. Kau cuti, aku tak cuti. Nak tunggu semua cuti serentak, time raya la jawabnya. Tapi, nak beraya kat kampung la pulak kan? Bila Air Asia memperkenalkan route baru dari Kota Bharu terus ke Kuching, maka kami satu keluarga plan untuk pergi jalan-jalan ramai-ramai satu keluarga. Sepakat beli tiket, set tarikh dan book dengan harga yang memang kaw-kaw murah time promosi. Alang-alang abang dah ada kat sana, boleh melancong sambil menziarah. Orang kata, "sambil menyelam, minum air". Rasanya, ini kali pertama kami sekeluarga travel ramai-ramai naik kapal terbang. Alhamdulillah, bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Ini pun rezeki juga namanya. Sebenarnya, ini kali ke-3 aku terbang ke Kuching. Pertama kali bersama Malindo Air dan kali ke-2 bersama Air Asia gara-gara nak tunaikan janji kepada anak buah kalau dia dapat 5A.Kali ke-3 ni pun bersama Air Asia dan kali ni paling best sebab pergi ramai-ramai. Kalau nak tengok destinasi-destinasi yang pernah aku pergi sebelum ni di sekitar Kuching, Sarawak, boleh baca kat sini. Untuk trip kali ke-3 ni, rasa excited nak share tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak terutamanya kepada sesiapa yang pasang hajat nak melancong ke Kuching bersama keluarga. Semoga bermanfaat. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak Moment indah yang sempat dirakam ketika ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Sebelum beredar dari airport, kami sekeluarga tak lepaskan peluang untuk bergambar. Bukan mudah nak gi jalan-jalan satu keluarga macam rombongan Mak Cik Kiah gini, haha. Family terbang dari Kota Bharu dan aku terbang dari Kuala Lumpur. Di Kuching, kami bertemu jua, ceewah! Walaupun ada yang cancel last minit, 2 tiket burnt atas sebab urusan kerja, kami teruskan juga percutian ni. Hah, yang cancel tu, sila gi lain kali ye, wakaka. Kalau ada yang travel bersendirian ke Kuching, don't worry. Kuching International Airport (KIA) ni agak selesa. Banyak tempat duduk dan keadaannya kurang padat. So, kalau nak lepak-lepak, nak rehat-rehat kat sini pun boleh sementara meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Tempat makan pun banyak dalam tuh. Ok, jom kita tengok destinasi-destinasi yang sempat kami sekeluarga pergi sepanjang percutian di Kuching, Sarawak selama 6 hari 5 malam bermula 9 Oktober 2014 sehingga 14 Oktober 2014. Muzium Etnologi, Kuching Destinasi pertama kami adalah ke Muzium Etnologi, Kuching. sekitar muzium ni, ada beberapa lagi muzium termasuklah Muzium Tekstil. Kat sini, kita belajar sejarah la sikit. Kalau nak tahu, Muzium Sarawak (Bangunan Lama) dibina pada tahun 1891 dan diperbesarkan seperti yang korang dapat lihat sekarang dalam tahun 1911. Asalnya, ia dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan. Bangunan ni dibina mengikut senibina Eropah. Di tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi semulajadi dan spesimen fauna yang terdapat di Sarawak seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain. Paling menarik, kerangka ikan paus dan buaya . Besar beb! Di tingkat atas pulak terdapat bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang, kraftangan, model perahu dan senjata. Satu je yang tak best kat sini, kita tak boleh snap gambar, haha. Adeh! Tapi, curi-curi snap jugak, keh3. Waktu Melawat Isnin - Jumaat 9 pagi - 445 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 10 pagi - 4 petang Bayaran kemasukan Pasar Serikin, Sarawak Hari ke-tiga kami di Kuching, banyak sikit tempat yang kami pergi. Alang-alang dah sampai Kuching, tak sah kalau tak datang shopping ke Pasar Serikin, Sarawak. Apa yang ada? Kalau di Kelantan ada Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Kalau di Kedah ada Changlon. Kalau di Perlis ada Padang Besar. Maka, kalau datang Kuching, Pasar Serikin lah tempatnya. Pendek kata, tempat meniaga yang terletak di sempadan. Cuma kat sini, majoriti peniaga adalah dari Indonesia. Kalau korang nak datang ke Pasar Serikin, make sure datang pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan pulak pergi time weekdays. Silap haribulan, korang yang kena berniaga kat situ, krik krik krik. Antara barang yang dijual kat sini adalah kain sarung, pakaian, baju tshirt untuk dibeli sebagai ole-ole dan macam-macam lagi makanan dan barang-barang. Memang meriah! Waktu beroperasi Sabtu - Ahad Mula beroperasi seawal jam 8 pagi pada hari Sabtu dan ditutup pada pukul 12 tengah hari pada hari Ahad Gua Angin Balik dari Pasar Serikin, kami singgah di Gua Angin. Destinasi santai-santai untuk berkelah dan singgah makan-makan memang sesuai kat sini. Memandangkan hari hujan, jadi tak dapat lah anak-anak buah nak mandi-manda sebab air agar deras. Kat mana Gua Angin? Meh nak cerita. Gua Angin terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau dan terletak bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Menurut sejarah, Gua Angin mendapat namanya kerana terowong di dalam gua ini menjadi laluan angin bertiup yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain. Kalau korang minat aktivti caving/ jalan-jalan dalam gua, memang sesuai datang ke Gua Angin. Cuma kena lebih berhati-hati sebab laluan yang agak berlumut dan licin. Bentuk stalagtit, stalagmit dan formasi batu kapur pelbagai bentuk yang ada dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Orang kata, ada bentuk yang macam kepala buaya dan ada juga rangka buaya! Tak sempat masuk hari tu, singgah makan-makan je. Di luar Gua Angin pula, terdapat pondok Baruk dan sesuai untuk dijadikan tempat pelancong berehat. Di Baruk ni lah kami sekeluarga singgah makan. Selain berada di Baruk, kalau kena cuaca elok, boleh juga mandi-manda di Sungai Sarawak yang berhampiran. Terdapat kemudahan bilik bersalin disediakan khas untuk mereka yang mandi-manda. Ada tandas serta gerai makanan dan minuman berhampiran kat situ. Pendek kata, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kami sekeluarga pun singgah makan ke situ sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Pandak. Nasib baik bawa bekal siap-siap dari rumah sebab kedai makan semua tutup. Pantai Pasir Pandak
Cat Museum | Muzium Kucing Lokasi terakhir kami untuk hari ke-tiga adalah Cat Museum, Kuching. Satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga bila berada di Kuching adalah Muzium Kuching (Cat Museum). Muzium ni memang penuh dengan macam-macam jenis kucing.Tak kira dalam bentuk lukisan, arca dan apa jua material seni yang semua berasaskan pelbagai spesies kucing. Muzium Kucing dibina pada tahun 1993 dan dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Kat sini ada lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak dan juga tugu berkaitan kucing dari serata dunia. Malangnya, kami sampai je muzium dah tutup. Adeh! Itu lah padahnya bila tak tengok dulu waktu operasi, haha. Kat sini boleh bawa kamera untuk snap gambar dengan bayaran serendah RM3-RM5. Untuk korang yang nak pergi melawat Cat Museum ni, better cek waktu operasi ni betul-betul ok!
Setiap hari Warung Kak Darot, Kampung Stakan Hari ke-empat kami di Kuching agak santai. Sebelah petang, kami ke salah satu warung yang menjual pelbagai jenis ABC dan Cendol. Mungkin, orang Sarawak sendiri pun tak tahu pasal tempat ni. Tapi, seriously ABC dan cendol kat sini best. Tak lain tak bukan di Warung Kak Darot yang terletak di Kampung Stakan. Warung ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau nampak banyak kereta parking tepi jalan, hah ye lah tuh. "Don't judge a book by its cover". Hah, betul la tuh. Nampak je warung ni kecil, biasa-biasa. Mana taknya, diorang meniaga depan rumah je bhai. Tapi, orang yang datang makan dan minum kat sini punyalah ramai. Nak tahu kami order apa? Jom, cekidout!
Riverside Superbowl Sebelah malamnya pula kami ke Riverside Superbowl. Dulu pernah menginap di Riverside Majestic Hotel. Kalau tahu ada bowling kat sini dah datang, lol. Takpe, kali ni dah datang, singgah dan main bowling kat sini. Buat tournament bowling lawan adik-beradik, haha. Seronok. Mungkin next time boleh buat lagi ajak ramai-ramai buat family day.
Hari ke-lima, kami ronda-ronda di sekitar bandar Kuching untuk singgah dan bergambar kenang-kenangan di tempat-tempat tarikan utama seperti Cat Statue Kuching Waterfront Seterusnya, kami jalan-jalan di sepanjang Kuching Waterfront. Gigih semua berjalan walaupun hari panas terik, haha. Ini namanya semangat melancong, lol. Dewan Undangan Negeri Sarawak Antara tarikan utama bila berjalan di sepanjang Kuching Waterfront adalah binaan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah di seberang sungai. Sarawak River Cruise Lagi satu tarikan utama di Kuching Waterfornt adalah Sarawak River Cruise . Kat sini, korang boleh pilih nak naik cruise ataupun boat untuk menikmati panorama indah di sepanjang Sungai Sarawak. Kedai Souvenir, Kuching Waterfront
Bot Tambang, Sarawak Waterfront
Kek Lapis Mira Cake House Beria naik bot tambang 5 minit, ini lah tujuannya. Menapak sikit je, terus sampai di Mira Cake House. Kalau datang Sarawak, tak beli kek lapis Sarawak memang rasa tak lengkap percutian di Sarawak. Kalau suka kek lapis Sarawak yang basah, aku recommend beli kat sini. Lagi satu kedai yang popular adalah Kek Lapis Dayang Salhah Tarikan Utama di Kuching, Sarawak
Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria
Tujuan utama kami ke sini dah tentu nak cari ikan terubuk masin. Antara makanan yang paling popular di Sarawak selain kek lapis adalah ikan terubuk. Kalau datang ke Kuching, tak beli ikan terubuk bawa balik ke semananjung memang tak lengkap. Jadi, lokasi terbaik untuk korang cari ikan terubuk murah adalah di Medan Niaga Satok
Inilah sedikit-sebanyak travelog kami sekeluarga bercuti di Kuching, Sarawak untuk disimpan jadi kenangan sampai bila-bila. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang yang plan nak bercuti ke Kuching, Sarawak. Inilah antara tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak yang harus korang kunjungi.Sebelum berangkat pulang, sekali lagi bergambar kenang-kenangan di Kuching International Airport (KIA). Jadi, kalau orang tanya apa kenangan manis tahun 2014? Antaranya adalah bila dapat bercuti bersama keluarga ke Kuching, Sarawak. Semoga di masa akan datang, kami dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki untuk melancong bersama. InshaAllah. |
<b><b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b></b> - Cahaya Purnama - Come <b>...</b> Posted: 28 Oct 2015 08:01 PM PDT
Assalammualaikum Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah: 1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini. 2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak 3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni. 4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. 5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik. 6) Kuching Waterfront Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =) Incoming search :tempat menarik di kuching,tempat menarik di sarawak,tempat menarik di kuching sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2014,tempat menarik di kuching 2015,tempat menarik sarawak,senarai tempat menarik di kuching,tempat menarik kuching,tempat pelancongan di sarawak,bercuti di sarawak 2015,tempat menarik dikuching,sarawak tempat menarik,tempat menarik di sarawak 2015,kawasan menarik di kuching,tempat yang menarik di kuching sarawak,tempat menarik di sarawak kuching,tempat peranginan di kuching,tempat-tempat yang menarik di kuching,tempat menarik di serikei,tempat-tempat menarik di sarawak,tempat yang menarik di sarawak,tempat yang cantik di serawak,tempat wajib dikunjungi di kuching,tempat percutian yang menarik di sarawak,tempat percutian menarik di sarawak,tempat percutian menarik di kuching sarawak,tempat percutian bajet di kuching sarawak,tempat pelancongan sarawak,tempat menarik d kuching,tempat menarik di sarawa,apa yg menarik di kuching,apa yg menarik kat kuching,ape yang menarik waktu malam di kuching 2015,cuti cuti bndar kuching,cuti cuti malaysia sarawak kuching,destinasi menarik di kuching,lima destinasi yang terdapat di bandaraya kuching,melancong ke sarawak 2015,percutian menarik di kuching,percutian menarik di sarawak,sarawak pusat pelancongan,tempat best kat kuching,tempat menarik di bandar kuching,apa ada di kuching sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2015,apa yang menarik di bandar serawak Comments |
<b><b>Tempat</b></b> Menarik <b><b>Di Kuching</b></b> - Cahaya Purnama <b>...</b> Posted: 26 Oct 2015 03:25 PM PDT
Assalammualaikum Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah: 1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini. 2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak 3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni. 4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. 5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik. 6) Kuching Waterfront Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =) Incoming search :tempat menarik di kuching,tempat menarik di sarawak,tempat menarik di kuching sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2014,tempat menarik di kuching 2015,tempat menarik sarawak,senarai tempat menarik di kuching,tempat menarik kuching,tempat pelancongan di sarawak,bercuti di sarawak 2015,tempat menarik di sarawak 2015,tempat menarik di sarawak kuching,tempat yang menarik di kuching sarawak,kawasan menarik di kuching,sarawak tempat menarik,tempat percutian yang menarik di sarawak,tempat-tempat yang menarik di kuching,tempat-tempat menarik di sarawak,tempat percutian menarik di kuching sarawak,tempat yang menarik di sarawak,tempat percutian bajet di kuching sarawak,tempat menarik di serikei,tempat peranginan di kuching,tempat percutian menarik di sarawak,tempat menarik sekitar kuching,tempat wajib dikunjungi di kuching,tempat menarik di sarawa,tempat menarik di kuching sarawak 2015,apa yg menarik di kuching,apa yg menarik kat kuching,ape yang menarik waktu malam di kuching 2015,cuti cuti bndar kuching,cuti cuti malaysia sarawak kuching,destinasi menarik di kuching,lima destinasi yang terdapat di bandaraya kuching,melancong ke sarawak 2015,percutian menarik di kuching,percutian menarik di sarawak,santubong tempat menarik,sarawak pusat pelancongan,tempat best kat kuching,tempat menarik d kuching,tempat menarik di bandar kuching,apa ada di kuching sarawak,apa yang menarik di bandar serawak Comments |
<b>Melancong</b> ke sarawak | <b>tempat</b> menarik <b>di kuching</b> | Iban2U Posted: 07 Oct 2014 11:16 PM PDT |
You are subscribed to email updates from tempat melancong di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |