10:18:00

Luar TeKo: Makanan Wajib <b>Makan Di Sarawak</b> - Come Sarawak


Luar TeKo: Makanan Wajib <b>Makan Di Sarawak</b>

Posted: 01 Aug 2015 05:01 AM PDT

Datang ke Sarawak untuk melancong rasanya rugi kalau tak cuba makan makanan tradisi di sini. Apa menu makanan yang wajib korang cuba kalau ke sini?? takkan nak gi makan KFC atau Mcd kan..huhu.. Kat tempat korang boleh kot nak hadap kfc dan mcd ni.

So, ni aku listout kan antara menu atau makanan trademark yang wajib korang cuba try dan test kalau datang ke Kuching, Sarawak beserta dengan tempat makan yang dicadangkan:

1. Laksa Sarawak.
Tempat Makan yang dicadangkan: Mom's Laksa Kubah Ria atau Matang, Pak Amit Cafe Gita, Madam Tang di Petanak atau di The Spring.
Laksa Sarawak di Mom's Laksa












2. Mee Kolok
Tempat makan yang dicadangkan: Super Cafe di Pending, Mee Kolok Haji Salleh di Satok, Pak Amit Cafe di Gita, Doreens di Foodcourt Kubahria, Teh Tarek di Kubah ria, Mangkok Merah di Benteng Satok, Asyiq Cafe di MJC Batu Kawa.

Mee Kolok di Asyiq Cafe, MJC

3. Mee Pok
Tempat makan yang dicadangkan: Super Cafe di Pending, Asyiq Cafe di MJC Batu Kawa.

4. Linut
Tempat makan yang dicadangkan: Planet Sambal, Barok di Kpg Gersik, Barong Tinuk di Gita.

5. Ikan terubuk masin/ Terubuk panggang
Tempat makan yang dicadangkan: Benteng Satok di Kubah Ria.

6. Telur terubuk masin
Tempat makan yang dicadangkan: Salleh Corner di Astana

Telur Terubok Masin di Salleh Corner

7. Mee Kampua
Tempat makan yang dicadangkan: Super Cafe di Pending, Teh Tarek di Kubah Ria.

8. Ayam Pansoh
Tempat makan yang dicadangkan: Barok di kpg Gersik.

9. Mee Belacan
Tempat makan yang dicadangkan: Cendol mami di Gita.
Mee Belacan di
Cendol Mami, Gita













10. Mee Jawa
Tempat makan yang dicadangkan: Super Cafe di Pending, Kopi o Corner di Satok.

11. Nasi Ayam Penyet
Tempat makan yang dicadangkan: RJ Ayam Bakar Kopitiam di Satok, Kopi o corner di Satok, Ratu Ayam Penyet di Matang, Rimba 12
Nasi Ayam Bakar Penyet di RJ Ayam
Bakar Kopitiam, Satok













12. Mee Pangsit
Tempat makan yang dicadangkan: De Tamu Cafe di Satok, Salleh Corner di Astana

13. Ketam/udang masak telur masin
Tempat makan yang dicadangkan: Topspot Bukit Mata.

14. Nasi Goreng Cornbeef
Tempat makan yang dicadangkan: Celebrity Cafe di Jln Rubber (mlm shj)

15. Umai Obor-obor/Umai udang/Umai Sotong (Umai=Kerabu)
Tempat makan yang dicadangkan: Tospot Bukit Mata, ADM Di Foodcourt Kubahria, Salleh Corner di Astana.

Umai atau Kerabu Sotong
di Salleh Corner

16. Nasi Goreng Dabai
Tempat makan yang dicadangkan: Foodcourt Kubahria.

17. Sotong Pirit atau sotong tutok Tempat makan yang dicadangkan: Foodcourt Kubah ria iaitu stall paling hujung berdekatan kedai ayam panggang

18. Midin Belacan
Tempat makan yang dicadangkan: Topspot Bukit Mata, Salleh Corner di Astana.

19. Mee Brunei
Tempat makan yang dicadangkan: Kantin Muzium Sarawak bersebelahan Merdeka Palace.

20. Mee Sup Ikan
Tempat makan yang dicadangkan: Kantin Muzium Sarawak bersebelahan Merdeka Palace.

21. Aiskrim Gula Apong

Tempat dicadangkan: DP Aiskrim di area Sarawak Plaza

Aiskrim Gula Apong di
DP Aiskrim
Setakat ni, ni la dulu yang aku dapat suggest k. Nanti aku akan update lagi kot kalau ada yang aku teringat menu apa yang korang boleh try. InsyaAllah.

Jom Layan Dulu Video Makanan Wajib anda cuba jika ke Sarawak

Tempat <b>Makan</b> Menarik <b>di Kuching</b> - Kg. Gersik - Alam Hati

Posted: 28 Jul 2015 01:45 AM PDT

medan selera kg. gersik

Sepanjang berada di Kuching kami selalu makan di kampung seberang waterfront iaitu Kampung Gersik. Nak pergi ke sana kena naik bot dengan bayaran RM1.00 satu hala. Jom naik bot penambang. :)

bot penambang waterfront kuching

Bot penambang

Medan Selera Kg. Gersik

Medan Selera Kg. Gersik

Medan Selera Kg. Gersik

Kalau nak diikutkan tiap-tiap malam, tiap-tiap petang bila perut lapar kami ke sana untuk dinner. Ada pelbagai pilihan makanan yang ada di medan makan Kg. Gersik. Banyak makanan Sarawak yang disediakan antaranya Mee Kolok, Laksa Sarawak, Bihun Sup, Mee Jawa, Satay, Set Nasi Ikan Terubuk dan macam-macam lagilah. Bukan makanan Sarawak pun ada. Laksa Penag pun ado. Jenuh nak senarai sebab gerai makan banyak sangat.

Menu yang selalu saya order tak lain tak bukan mestilah mee kolok. Rugi kalau tak cuba sekiranya berkunjung ke Sarawak.

Pinjam gambar Mee Kolok dari entri sebelumnya. Maklumlah nak kendong dlsr yang berat nak mampus ( berat pun mampus gak ye? ) tu kadang-kadang tak terdaya. Pakai phone, gambar tak cantik. Nak ipong… nak ipong..

Sebenarnya lupa nak snap gambar food, sebab dah lapar sangat. Berjalan tak ingat nak makan. Bila dah lapar giler baru sibuk nak cari makan.. Kan dah macam orang tak cukup makan. Hihi…

mee kolok sarawak

Mee Kolok

Terdapat 2 lokasi medan makan yang hanya bersebelahan. Lokasi pertama hanya bersebelahan dengan jeti manakala lokasi ke-2 ke depan sikit. Kena jalanlah sikit. Kadang-kadang saya suka ke lokasi yang ke-2 kerana tak ramai orang dan satu lagi jus buah kat situ betul-betul kaw. Pertama kali saya minum jus durian belanda kaw punyalah. Slurrpppp.

medan selera kg. gersik

Medan Selera Kg. Gersik

jus durian belanda

Jus durian belanda terbaik di dunia

Satu lagi medan selera yang kedua ini meriah sikit dengan nyanyian karaoke oleh penduduk tempatan. Orang yang menyanyi bukannya anak-anak muda tapi pakcik-pakcik. Sporting gilalah mereka ni. Kalau masuk Kilauan Emas ni, bikin riuh dengan gelagat mereka yang mencuit hati. Paling best adalah persembahan pakcik ni.

Tengok video ni, pakcik ni main enjoyy lagi menyanyi. Boleh masuk Kilauan Emas ini. Persembahan terbaik. Hihi..

Dari segi harga makanan pula, makanan di medan selera Kg. Gersik ini tidak terlalu mahal. Harga biasa-biasa sahaja. Set butterprawn dengan nasi yang kami makan harganya hanya RM6.00 sahaja sepinggan. Murahkan?

buuterprawn

Butterprawn

Rasa butterprawn ni tidaklah sesedap yang saya masak. Alamak.. puji diri sendiri pulak ye.. kikiki… Butterprawn di sini sedikit manis, sedikit? Agak manis bagi saya yang dah lama tak minum gula. Oleh kerana murah dan manis, kami order lagi buat kali ke-2 dengan sedikit mengada-gada cakap kat tukang masak kasi masin sikit, tak nak manis sangat. This time, order kat gerai lain pula. Kami ni suka test makan.

Sekali datang, alamak ini bukan sedikit masin.. ini manyak masin wooo… Pening dan berdengung… Pegsan lidah sekejap. :p

butterprawn

Sebelum pulang, jangan lupa untuk mencuba set nasi ikan terubuk masin. Satu set ada ikan terubuk masin, nasi putih, sup dan ulam-ulaman. Cuba juga nasi ayam penyet dan air tea 3 layer. Seriously, nasi ayam penyet di Pekan Lundu terbaik. Banyak lagi makanan yang saya nak cuba dan nak saya repeat tapi masa tidak mengizinkan untuk mencuba semuanya. Nak pergi pasar pun tak sempat untuk mencuba umai, linut, manok, pansoh. Ahad pagi dah nak balik dan pasar Serikin buka hari ahad. Waa..melepas… kalau flight petang sempat lagi. Apesal Encik Suami ni ambil flight pagi. Huhu…

mee jawa

Mee Jawa

Kek Lapis Sarawak

Kalau anda nak bawa balik ole-ole Sarawak, silalah datang ke Kg. Gersik kerana di sini terdapat banyak kedai kek lapis Sarawak. Antara yang popular adalah Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah.

kek lapis sarawak

Tester dulu sebelum beli. Makan sampai kenyang… errkkk

Sebelum beli, anda boleh cuba dulu sampai kenyang, dan bersedia untuk rasa pening. Pening nak pilih mana satu yang hendak dibeli.

kek lapis mira sarawak

Test dulu sebelum beli Kek Lapis Mira

Masa Encik Suami ke Sarawak dulu, dia dah beli Kek Lapis Mira. Kek Lapis Mira ni kiranya kek lapis Sarawak yang original dan pelopor dalam industri kek lapis Sarawak.

kek lapis mira sarawak

Sebelum gerak ke Lundu, kami beli 1 kotak untuk makan di sana. Sampai balik tak sempat pun nak makan sebab perut sentiasa kenyang dengan makanan-makanan best di Pekan Lundu.

kek lapis sarawak

Kali ini saya nak cuba Kek Lapis Dayang Salhah. Kalau diikutkan dari kawan Encik Suami (orang Sarawak), kek lapis Sarawak boleh tahan lama. Nak guna time raya akan menyusul pun sempat.

Tetapi lepas kami balik beberapa minggu, kek lapis yang hajatnya nak disimpan untuk makan-makan dah berkulat. Agak kecewa jugalah kami. Seingat saya, Kek Lapis Mira tak adalah cepat sangat naik kulat.

Emmm… bukan rezeki kami agaknya. Rezeki kulat kali ini. :(

kek lapis mira sarawak

Kek lapis Sarawak ada macam-macam jeis, macam-macam warna, macam-macam rasa dan macam-macam nama. Nama kek lapis semuanya nama drama Melayu popular. Bersedialah memilih dan memeningkan diri.

 Sarapan Pagi Di Mana?

Atas saranan kawan group backpackers, beliau cadangkan breakfast di belakang bangunan Riverside Majestic dan cari gerai Mohd Lim dan cuba makan mee merah. Melilau juga kami cari. Banyak pula kedai kat situ. Mana satu? Akhirnya penat cari kami pilih food court yang ada kat situ. Macam –macam gerai yang ada di sini mee goreng, nasi goreng dangai, nasi ayam, butterprawn, mee kolok dll.

Saya order nasi goreng dangai. Alhamdulillah tapi tidak sesedap yang saya makan di Pekan Lundu. Nasi goreng dangai di Pekan Lundu memang superb.

Bila dah setengah makan, baru perasan gerai mee kolok yang dimaksudkan adalah gerai Muhd Lim betul-betul depan saya. Kenapa tak perasan. Saya perasan bila ada pelanggan yang order mee dan meenya warna merah. Kat menu tak delah tulis mee merah. Kecewa betullah saya. Nak order mee, perut dah kenyang dengan nasi goreng dangai. Mee merah yang dimaksudkan bukanlah namanya mee merah. Tapi mee memang kelihatan merah. Saya ni 'betul' orangnya, haha.

Nak order sudah kenyang akhirnya teringat-ingat sampai sekarang. Perut kecik macam saya tak sesuai nak makan buffet. Rugi…

Next time, saya datang itupun kalau ada rezeki melancong ke Sarawak lagi.

Makan sudah, next…. shopping time sebelum balik. Hee

15 ditahan kerana merokok dan <b>makan di</b> khalayak ramai <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2015 03:39 PM PDT

BINTULU: Seramai 15 individu membabitkan 13 lelaki dan dua perempuan Islam ditangkap kerana tidak menghormati bulan Ramadan apabila merokok dan makan di khalayak ramai setakat ini di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, tangkapan itu melibatkan 14 warga tempatan dan seorang warga asing merangkumi enam di Kuching, dua di Sri Aman, dua di Sibu, dua (seorang warganegara asing) di Miri dan tiga di Mukah, namun tempat-tempat lain termasuk Bintulu belum ada tangkapan.

"Saya mengingatkan umat Islam supaya menghormati bulan Ramadan termasuk warganegara asing supaya mematuhi undang-undang dengan tidak makan di khalayak ramai sepanjang bulan Ramadan," ujarnya semasa diminta mengulas mengenai tangkapan orang Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadan pada sidang media semalam.

Jelasnya, daripada jumlah itu lapan ditangkap kerana merokok dan tujuh lagi makan di khalayak ramai.

Beliau berkata, penguat kuasa agama akan menjalankan operasi secara rambang memantau dan memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan serta mengadakan program penerangan supaya terus menghormati bulan Ramadan.

Bagaimanapun, kata Daud, orang Islam diingatkan supaya berpuasa sepanjang Ramadan dan jika tidak berpuasa, mereka dinasihat supaya menghormati Ramadan.

"Sekiranya hendak makan sekalipun disebabkan tidak berpuasa janganlah makan di khalayak ramai atau tempat awam yang boleh mencabar kesabaran orang berpuasa.

"Sebaiknya makan di rumah. Mereka yang tidak berupaya, tidak mampu atau bekerja di tapak pembinaan dan kilang sewajarnya jangan merokok secara terang-terangan jika tidak berpuasa," katanya.

Katanya, adalah lebih baik berpuasa dan sekiranya keadaan tidak mampu bertahan untuk berpuasa dan ingin makan, jangan makan di khalayak ramai.

Print Friendly

Luar TeKo: Listing Tempat <b>Makan</b> Best & Special <b>di Kuching</b>

Posted: 20 Apr 2015 07:34 AM PDT

Malam ni datang rajin pula nak update tempat-tempat makan special.dan sedap di Kuching ni. Mungkin boleh dijadikan panduan buat korang yang bakal datang ke Kuching Sarawak ataupun mereka-mereka yang dah pun ada kat sini. Jangan tak tahu, kadang- kadang aku yang orang local ni pun boleh tiba- tiba tak tahu mana nak suggest tempat makan best kat Kuching ni. So dibawah ni, senarai beberapa tempat makan best, sedap dan special yang korang boleh terjah bila kat Kuching:

1. Salleh Corner

Special: Muslim Seafood, Tomyam Udang Galah, Kerabu sotong, Nasi goreng Racun dll.

Lokasi: Perumahan Astana Kpg Tunku, Jln Astana, Kuching

2. Kedondong Cafe

Special: Mee Apek dan menu mee dan nasi goreng yang superb.

Lokasi: bersebelahan klinik abd rahman

3. Celebrity Cafe

Special: Nasi goreng Cornbeaf, kuetiaw Goreng, Nasi goreng ayam dan menu-menu sampingan lain.

Lokasi: Bersebelahan Lock Ann Satok

4. Bukhari Cafe

Special: Nasi Briyani Ayam dan Kambing yang sedap dah super banyak

Lokasi: Satok. Berdekatan dengan Secret Recipe Satok

5. ADM Cafe

Special: Menu nasi campur yang sedap dan lain dari yang lain. Makanan style kampung. Ulam ulaman.

Lokasi: Foodcourt Kubah Ria

6. Foodcourt Kompleks Baitulmal

Special: Nasi briyani Johor, Nasi campur, masakan ala thai.dll

Lokasi: Aras 3, Kompleks Baitulmal Kuching. Belakang Hopoh.
Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/06/nasi-briyani-kompleks-islam-sarawak.html

7. Mom's Laksa

Special: Laksa Sarawak , Laksa Penang, Meehoon Belacan, Mee Kolok, Mee Pok

Lokasi: cawangan Gita, cawangan Kubah Ria, cawangan Matang
Link :  Laksa Sarawak Mom's Laksa Power

8. RJ Ayam Penyet Satok

Special: Ayam Penyet Bakar, dan menu- menu lain

Lokasi: Satok
Link:  Nasi Ayam Penyet @ RJ Ayam Penyet Kopitiam

9. Ratu Ayam Penyet
Special: Ayam Penyet dan menu-menu lain
Lokasi: Matang

10. Ket's Kitchen
Special: Charkuetiaw Goreng, Nasi kerabu, dan menu-menu lain
Lokasi: Matang (sebelah Bank Rakyat Matang)

11. Kopi O Corner

Special: Nasi campur, mee jawa, laksa sarawak dll.

Lokasi: Satok (bersebelahan Raja Ayam Penyet)
Link: Prataroll di Kopi O Corner

12. Super Cafe

Special: Mee Kolok, Mee Jawa Sate, Nasi Ayam, Mee Kampua, Mee Kari, Roti Canai, Mee Cendawan dll.

Lokasi: Pending. Bersebelahan Rajah Court Cafe.

13. Kafe Muzium Sarawak

Special: Mee Sup Ikan, Mee Brunei, Mee Goreng, Nasi Goreng Daging, Nasi Lemak, Laksa Penang

Lokasi: Di area Muzium Sarawak, dan dibelakang Hotel Merdeka Palace

14. Yong Cafe

Special: Nasi Briyani, Mee Goreng, Kuetiaw Goreng, Bakso, Laksa Sarawak, Mee sup.

Lokasi: Satok. Berdekatan dengan Bs superstore Satok.

15. Teh tarik Cafe (Kubah Ria)

Special: Nasi Penyet Ikan, Nasi Kerabu dll.

Lokasi: Kubah Ria. Berdekatan dengan 3H cafe

16. Teh Tarik Cafe (Medan hamidah)
Special: Nasi Kukus Ayam, Char kue Tiaw Basah, Laksa Sarawak, Nasi Kerabu, Ayam Panggang Special dan lain-lain menu
Lokasi: Berdekatan dengan Medan Hamidah

17. J & J Medan Hamidah
Special: Mee Bergoreng/Nasi Goreng/dan lain-lain menu
Lokasi: Bersebelahan dengan Teh Tarek Medan Hamidah

18. Rimba 12

Special: Nasi Ayam Penyet

Lokasi: Bersebelahan Arif Hotel/ di Saddad Court lama

19. Madam Tang

Special: Laksa Sarawak, Homemade Kolo Mee

Lokasi: Petanak

20. Annuar Steamboat

Special: Banyak pilihan makanan laut

Lokasi: berdekatan dengan Telang Usan Hotel.

21. Pelbagai Stall di Arif Hotel

Special: Nasi Kerabu, western food, makanan kelantan

Lokasi: di perkarangan bawah Arif Hotel

22. Trenos Cafe

Special: Western Food

Lokasi: Batu 3, bersebelahan Mcdonald Bt 3

23. Pak Somet

Special: Nasi Ayam Penyet

Lokasi: Berdekatan dengan Sarawak Plaza

24. El Buey

Special: Western Food

Lokasi: Jln Haji Taha

25. Kubah Ria Food Court

Special: Pelbagai Makanan

Lokasi: Kubah Ria

26. Benteng Satok

Special: Pelbagai makanan (laksa sarawak, mee jawa, mee kolok, sate, ayam panggang dll.)

Lokasi: Kubah Ria. Di bahagian belakang Kubah Ria Food Court

27. Top Spot (Stall Bukit Mata no. 25)

Special: Makanan seafood, midin belacan, umai, dll.

Lokasi: Bangunan UTC Sarawak

28. Cendol Mami

Special: Cendol Pulut Durian, Mee Belacan, Popia Sengkuang

Lokasi: Di Bangunan Kedai Lama Maarof, Gita

29. Mangkok

Special: Boat Noodles

Lokasi: Jln Ajibah Abol, Kampung Nombor.

Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/05/boat-noodles-mangkok.html

30. Doreen's di Kubah Ria Foodcourt
Special: Mee Kolok/Nasi Ayam/Sup Power
Lokasi: Foodcourt Kubah Ria
Link: http://luarteko.blogspot.com/2015/07/mee-kolok-sarawak-doreen-kubah-ria.html

31. Planet Sambal
Special: Linut (makanan tradisi orang melanau sarawak), Laksa Sarawak, Cucur Umph dan lain-lain makanan
Lokasi: Berdekatan dengan Aiskrim Gulapong DP

32. London Kebab
Special: Roti Pita Lamb Doner, Roti Pita Chicken Doner
Lokasi: Belakang Mom's Laksa Kubah Ria
Link: Tercekik London Kebab

33. The Eating Garage
Special: To be updated
Lokasi: Berdepan Hotel Hilton, Kuching

34. Kuching Station
Special: Ayam Penyet dll.
Lokasi: Bertentangan dengan Hotel Pullman

35. Warung Nusantara
Special: Ayam Penyet dll.
Lokasi: Bertentangan dengan Hotel Pullman

36. De'Tamu Cafe (24 jam)
Special: Mee Pangsit, Nasi Lemak Malam
Lokasi: Satok. Bersebelahan Mama Bakery Satok.

Ada lagi tempat- tempat makan best dan special di Kuching? Just update me k. :)

Ohya, kalau nak tahu menu atau makanan wajib korang kena cuba atau makan di Kuching Sarawak, korang boleh gi ke entry terbaru ni> Makanan Wajib Makan Di Sarawak

Butter Chicken yang super nyaman di Salleh's Corner
Nasi Goreng Ayam Butter di Celebrity Cafe

{latestItemTitle} <b>Makan di kuching</b> - Come Sarawak - Come

Posted: 27 Feb 2014 07:26 PM PST

How Taib Family Built Huge Housing Wealth In The Name Of Kuching's Poor

This post is also available in: Iban, Malay

1/2 million ringgit price tags on CMS built homes in Bandar Samariang

1/2 million ringgit price tags on CMS built homes in Bandar Samariang

The Taib family company CMS proudly boasts of its "vast land bank" in its annual reports and has started selling off chunks for tens of millions in Kuching.

Commercial centres and grand housing estates are also being developed in two key areas, Bandar Samariang, where CMS has 5,200 acres, valued around half a billion ringgit, and of course on the Kuching Isthmus, where land is even more expensive.

But, how did CMS acquire all this property and who has benefitted?

Sarawak Report has acquired shocking information about the way Taib and his family members have profited from this land, which was forcibly taken (official term is 'alienated') from local people and state ownership.

We did it to help the poor

The story that the Chief Minister told from the start was that this was land that difficult and expensive to develop, but that his family company was kindly determined to provide housing for poor people.

Back in 2001, he even made out that CMS was doing this supposed favour in Bandar Samariang entirely "for the people's benefit" for "not much profit", because other developers didn't want to get involved in such a loss-making venture!

Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud denied yesterday that the development projects implemented in the state had benefited him personally as alleged by some quarters. Stressing that the projects were for the people's benefit, he urged them to think rationally all allegations of nepotism and cronyism which were levelled at him before making any conclusion….he cited as an example the low-cost housing project in Rampangi, Semariang of which he was accused of benefiting personally. Taib.. said the project did not bring much profit to the developer Cahya Mata Sarawak Bhd due to the peat soil condition. Not many companies wanted to invest in the project because of the high cost involved to prepare the site for the project, he said. But in the interest of the people, the project had to be carried out to provide housing to the low income group, he said. "We do not want them to remain without houses and live far away from the city. That's why we continued with the project," he said.[Bernama Sunday, April 08, 2001]

Such a kind old fellow!

Chief Executive and key shareholder at the time, Taib brother Onn Mahmud

Chief Executive and key shareholder at the time, Taib brother Onn Mahmud

Interestingly no mention has ever been made again of these poor soil conditions by CMS.  This is probably, not least, because in every other country in the world, developing tropical peat soil has been banned, because of the severe environmental consequences.

To gain a sense of the value of this land handed to CMS in the guise of helping the poor, consider the recent news that the company has decided to sell on a parcel of 500 acres for over RM45million to Sentoria Group to build a theme park.

Suddenly, another developer has been found willing not only to take on the job of developing the land, but to pay big money for the plot.

However, this time of course the money has gone to CMS, not the government or the people from whom the area was 'alienated'.

At the time CMS got this land for free it was largely owned and run by Taib's brother Onn Mahmud, who shortly after passed on his shares to Taib's wife, with the remainder being largely in the hands of the Chief Minister's four children.

No nepotism at all then!

Sucking money out of pensions too

Robert Geneid, the Head of CMS Property Development and husband of Taib's sister Raziah Mahmud.

Robert Geneid, the Head of CMS Property Development and husband of Taib's sister Raziah Mahmud.

But, of course, the Taibs didn't really want to invest their own money in this mission to assist the poor with 'quality low cost housing'.

Far better to use their influence to encourage the government controlled Employee Provident Fund (EPF) to put in the money instead.

After all, this fat milk cow has been used to pour vast sums of money into endless pet projects to benefit BN politicians, meaning public employees can look forward to far lower pensions, despite being forced to pay a quarter of their salaries into the obligatory savings fund controlled by the government.

EPF therefore was dragged into a joint venture with CMS and the investment in the "low cost housing" in Bandar Samariang began.

But, in fact, low cost housing was only ever planned to form a small part of the project from the very start.  The original terms of agreement, as explained in CMS's own annual reports, made clear just 1/3 of the area was to be housing for the less well-off.

Housing for the poor?

Housing for the poor?

The rest of the huge site was to be developed as an ambitious commercial enterprise.

CMS's 1997 Annual Report was certainly not bashful about the profit-driven nature of CMS's latest housing project or the ambitions of its new Property Development Division, headed by the new husband of Taib's sister Raziah, the Lebanese Australian, Robert Geneid.

It also reveals that, thanks to Taib's ability to pull the strings, that the State Housing & Development Commission had already been tasked with buying whatever 'quality low cost housing' CMS Property produced on the site, ensuring a guaranteed profit.

1997 Annual Report

Property Development

"This is a new growth area for the Group, and CMS Properties Sdn Bhd has been set up to develop and manage the Group's vast land bank, with the long-term objective of becoming Sarawak's principal property developer and a major player throughout Malaysia and the ASEAN region. The Group's strategy is based on using the natural synergy between the infrastructure, finance and property divisions….

Bandar Baru Samariang is a joint venture with the Employees Provident Fund (EPF) and will be the largest low-cost housing project ever undertaken in Sarawak, and the first housing development project undertaken by the Group. 

The 13,500 low cost houses (approximately 36 percent of the project) will be sold to the Housing & Development Commission……The remaining 64 percent of the project will comprise medium-cost homes, commercial centres and ancillary buildings, providing a total of 42,200 housing units on the vast 5,200 acre site just 15 km from Kuching. Phase 1 of the township is currently being implemented, to provide over 4,000 units of low-cost housing, as well as hundreds of other residential and commercial properties."[Ann Rpt 1997]

So, in fact, a mere 4,000 units of the token low cost housing have been included in the first phase of the project, all promoted in the beginning in a blaze of positive publicity, before CMS moved speedily to the much more lucrative "medium cost" housing, where units are currently being sold for the very fancy prices of anything up to half a million ringgit!

Bandar Samariang Phase I Plan

Phase 1 - including 4,000 low cost housing units guaranteed to be purchased by the Housing Committee

Phase 1 – including 4,000 low cost housing units guaranteed to be purchased by the Housing Committee

Of course, the fact that the state has ploughed in major infrastructure, in terms of roads and amenities into the area, has made the development potential of this project ever more lucrative.  Yet, the Chief Minister is still justifying his handing of it all to his family in the name of charity for Kuching's poor!

Presiding over his family's vast profitable land venture.

Presiding over his family's vast profitable land venture.

However, this mother of all land grabs from the Sarawak people is just the start of the story of how the Taib family set about enriching themselves from this project.

In 'Phase 2′ of our investigation we will be looking at how individual members of the Taib inner family circle, set about using the massive housing project to develop profitable businesses for themselves, with disastrous consequences for the very poor people in whose name the Bandar Samariang land grab was executed.

"The new township boasts a myriad of vibrant features such as improved road connectivity between central and South Kuching" Borneo Post

"The new township boasts a myriad of vibrant features such as improved road connectivity between central and South Kuching" Borneo Post

Luar TeKo: Homemade Grilled Burger <b>di Kuching</b>

Posted: 04 Aug 2015 05:57 AM PDT

Bagi peminat burger seantero dunia, kalau kat Kuching, Sarawak  salah satu tempat favourite aku untuk homemade burger adalah di Homemade Grilled Burger di Jln Astana. Lokasi kedai ini adalah berdekatan dengan.SK EncikBuyong.

Kalau adik-adik aku dieorang minat makan homemade chicken burger. Tapi bagi aku, aku prefer lagi homemade beef burger. Tekak lain-lain kan. So lain juga la citarasanya. Satu bonus untuk burger ni adalah roti dia yang sangat-sangat empuk dan lembut. Kombinasi beef dengan roti tu memang terbaek la. Kedai burger ni beroperasi malam sehingga lewat malam. Kalau nak lebih detail pasal kedai makan ni, korang boleh add kat Facebook dieorang ok. Homemade Grilled Burger. Harga homemade burger ni adalah RM4.50 sahaja. Still berbaloi-baloi.
Ni beef homemade burger yang aku beli malam ni. 
Homemade beef burger dalam pemprosesan.
Sumber gambar: Homemade Grilled Burger FB

Logo Kedai Ni. Pastikan kedai yang betul ye.
Sumber gambar: Homemade Grilled Burger FB

Chicken Homemade Burger dalam pemprosesan
Sumber gambar: Homemade Grilled Burger FB