10 <b>Tempat</b> Menarik <b>di Kuching</b>, Sarawak yang MESTI pergi <b>...</b> - Come Sarawak |
10 <b>Tempat</b> Menarik <b>di Kuching</b>, Sarawak yang MESTI pergi <b>...</b> Posted: 10 Jan 2014 12:00 AM PST Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.
Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.
Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah! Gambar di atas ialah Kubah Ria Food Court yang menempatkan pelbagai jenis juadah yang sedap dan istimewa orang Sarawak.
Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.
Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.
Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong. Tempat tempat Menarik yang lain : Taman Negara Kubah, | ||
Bercuti ke <b>Kuching</b> : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 1) ~ CiKGUHAiLMi Posted: 05 Sep 2014 05:59 PM PDT Semenjak bekerja di Sarawak nih, rasanya tak sah kalau saya tak ke Kuching untuk satu tahun tu. Kadang-kadang pasal bawak budak main sofbol, atau ada majlis penyampaian hadiah video dan sebagainya. Paling tidak pun bagi tujuan melawat kawan baik di sana. Tapi trip dengan kereta nih rasanya dah lama tak buat. Geng-geng keras dah habis pindah balik Semenanjung. So kesempatan cuti Merdeka nih, saya dan beberapa rakan sekolah buat roadtrip dari Sibu ke Kuching. Yeah! Percutian 4 hari 3 malam ke Kuching nih, kami dah rancang dengan baik sebelum pegi. Cikgu Alif dan saya dah buat survey ke beberapa tempat menarik sekitar Kuching. Survey macam masa lawatan, aktiviti yang boleh dilakukan dan jarak. Ini sekadar panduan kepada mereka yang lain, yang pertama kali nak ke Kuching, terutamanya hal yang berkaitan dengan budget. Saya sebelum nih main pakai redah saja. So, sekurang-kurangnya trip kali nih, teratur ler sket. Hari Jumaat (Day 0) Ada 2 kereta sebenarnya dari Sibu. Kereta pertama ada Ustaz Faris sebagai Driver, Cikgu Alif sebagai Tukang Survey, Cikgu Hafiz sebagai Bendahari dan saya sebagai GPS Penunjuk Arah. Senior 8 tahun lah katakan... ;) Kereta satu lagi ada Cikgu Asmadi sebagai driver, Cikgu Byeda, Cikgu Suhaila dan Cikgu Mastura. Kitorang pegi geng2 cikgu jer lah yer. Kereta pertama tu dah start bertolak ke Kuching pada petang Jumaat, sebaik habis Sembahyang Jumaat. Perjalanan mengambil masa hampir 7 jam untuk perjalanan dari Sibu ke Kuching dengan menggunakan kereta. Bagi mereka yang dah biasa dengan jalan di Sarawak nih, rasanya 6 jam pun dah boleh sampai. Tapi disebabkan kami ke Kuching nih atas tujuan nak melancong, so banyak lah sket masa dihabiskan dengan melihat ke sekeliling. Setibanya di Kuching, maka perkara pertama yang perlu dilakukan adalah cari tempat tidur! Plan asal nak stay di Hotel Fata, tapi penuh lah pulak. Maka mencari lah tempat lain. Bagi yang nak ke Kuching, dan tak kisah nak stay di mana, saya cadangkan anda cari hotel-hotel budget sekitar kawasan berhampiran waterfront. Banyak kat sana. Harga pun memang ok. Maka, bermalam lah kami pada malam ini di GW Furama Hotel. Lepas makan malam, kami ke Kuching Waterfront yang terletak berdekatan dengan hotel menginap. Acara waktu malam dia memang best. Happening! Ada geng-geng pemuzik jalanan dan juga gerai jual cenderamata dan makanan. Jalan-jalan makan angin sambil meninjau keindahan tebing Sungai Sarawak pada waktu malam. Hari Sabtu (Day 1) Awal pagi nih kami dah bangun. Sebab hari nih cadang nak ke Serikin, tempat membeli belah di sempadan Malaysia - Indonesia. Ala-ala macam kat Padang Besar ler. So, kami singgah dulu di kedai breakfast paling best di Kuching, iaitu Kopi O Corner! Ini kedai favourite saya setiap kali ke Kuching. Wajib singgah. Nasi lemak dia memang thorbaek! Selepas breakfast, kami teruskan perjalanan ke Serikin. Jarak dia agak jauh dari bandar Kuching. Rasanya 1 jam setengah juga untuk ke sana. Disebabkan kami bertolak awal, maka kami sampai ke Serikin pun agak awal. Parking kereta masih banyak kosong. Jadi boleh dapatkan tempat yang lebih dekat untuk nak berjalan. Serikin Kat Serikin nih, banyak benda yang anda boleh cari. Tapi yang selalunya orang beli kalau ke Serikin adalah benda yang jarang ada kat tempat lain. Contohnya macam bantal kekabu, tilam, karpet, baju, beg, kain sembahyang. Kalau nak cari barang kraf macam tikar rotan pun banyak. Tips membeli belah di Serikin nih, survey dulu sepanjang jalan anda ke sana. Dah sampai hujung, patah balik, baru mulakan pembelian anda, selepas dah tahu kedai mana yang jual dengan lebih murah. Boleh tawar menawar dengan peniaga untuk dapatkan harga yang terbaik. Tapi selalunya lebih kurang jer. Kampung Annah Rais Dah habis bershoping di Serikin, kami bergerak ke tempat kedua, iaitu Kampung Annah Rais. Ini adalah kampung Bidayuh yang masih mempunyai rumah panjang. Sebabnya, orang Bidayuh nih dah tak stay di rumah panjang. Kalau tak salah saya hanya ada 2 kampung Bidayuh saja lagi yang masih mengekalkan budaya rumah panjang ni, iaitu satu di Kampung Benuk, dan satu lagi Kampung Annah Rais nih. Ini bukan kali pertama saya ke rumah panjang. Tapi sebelum nih rumah panjang Iban. Tentulah tak sama dengan rumah panjang Bidayuh. Rumah panjang Bidayuh di Kampung Benuk pun saya dah sampai. So tak sabar pulak nak tengok rumah panjang Kampung Annah Rais nih. Tetamu dikenakan bayaran sebanyak RM8 untuk yuran. Kebetulan pada masa ketibaan kami, ada pulak majlis kahwin yang bakal berlangsung. Maka ramailah sket orang yang ada kat situ. Beza yang jelas antara rumah panjang Iban dan rumah panjang Bidayuh dah tentulah pada bahan yang digunakan untuk rumah panjang mereka. Orangg Bidayuh menggunakan buluh sebagai bahan utama membina rumah panjang mereka. Ini disebabkan majoriti masyarakat Bidayuh berada di kawasan yang banyak dengan buluh. Yang menariknya rumah panjang Bidayuh ini adalah kerana mempunyai sebuah rumah khas yang digunakan untuk upacara keagamaan masyarakat Bidayuh dahulu, iaitu Barok. Maka di sini lah para elders akan berkumpul dan menjalankan aktiviti mereka. Barok juga digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tengkorak semasa zaman pemburuan kepala. Zaman penggal kepala musuh. Kalau dalam Bahasa Iban, adat ini dikenali sebagai 'Ngayau', tapi kalau dalam Bahasa Bidayuh dikenali sebagai ' Besar juga kawasan perkampungan Annah Rais nih. Hampir 200 rumah dalam satu kampung, tapi dalam kelompok yang tertentu. Setiap satunya disambungkan dengan struktur khas daripada buluh, yang menjadikan satu rumah panjang. Semenggoh Wildlife Centre Selesai melawat kawasan sekitar Rumah Panjang Annah Rais nih, kami bergerak pulang ke Kuching. Dalam perjalanan pulang, kami singgah dulu ke Semenggoh Wildflife Centre. Di sini, anda boleh saksikan Orang Utan diberi makan. Menariknya di Semenggoh Wildlife Centre ini, Orang Utan tidak dipelihara di dalam sangkar, sebaliknya dilepaskan bebas di dalam hutan tersebut. Pada waktu diberi makan, iaitu dari jam 9.00 pagi ke 10.00 pagi atau 3.00 petang ke 4.00 petang, seorang petugas akan membuat bunyi bunyian untuk memanggil Orang Utan makan. Kadang-kadang tak keluar Orang Utan. Kadang-kadang keluar, tapi kat tempat lain. Bukan di tempat yang dah disediakan khusus. Trip kali nih tak bernasib baik. Sebabnya kami datang pada musim buah. Bila tiba musim buah, kebanyakkan orang utan yang ada kat sini, tak akan keluar bila dipanggil untuk diberi makan. Sebab dah ada banyak makanan dalam hutan.
So panduan kepada yang nak datang ke Semenggoh Wildflife Centre nih, pastikan anda survey dulu sebelum datang. Sila jangan datang masa musim buah! Sematan, Lundu Sebab tak berpeluang tengok Orang Utan, kami terus bergerak ke suatu lagi tempat menarik yang ada berhampiran Kuching, iaitu Sematan di Lundu. Sematan nih kalau tengok di peta, boleh kata tempat yang paling hujung boleh dicapai untuk pegi dengan kereta ler. Sebenarnya tak ada apa sangat yang menarik di Sematan. Cuma ada pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik! Ditambah dengan binaan jeti untuk bot dan perahu yang diparking di kiri dan kanannya, viewnya sungguh lah menakjubkan. Cer tengok gambar-gambar matahari terbenam di Sematan. Nice! Rancangan asal lepas feeling-feeling tengok sunset, nak merasa makanan segar laut kat Sematan nih. Tapi nak jadik cerita, black out pula satu kampung tu. So, tak ada kedai makan yang dibuka. Maka kami batalkan rancangan dan terus menghala balik ke Kuching. Seterusnya aktiviti biasa-biasa berjalan di sekitar bandar Kuching. Sesi malam lebih rileks sebab taknak pulon berjalan sampai tak larat nak bangun plak nanti. So teruskan bacaan anda ke mana plak kami pergi pada hari seterusnya dalam Entri Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2). Enjoi! |
You are subscribed to email updates from tempat melancong di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |