{latestItemTitle} Makan <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Blogger |
{latestItemTitle} Makan <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Blogger Posted: 09 Feb 2014 07:32 PM PST Genap seminggu berlalu kenangan kami sekeluarga ke Kuching ,Sarawak.Buat pertama kali dalam hidup saya menaiki kapal terbang.Sungguh teruja,gementar pun ada.Maklumlah tak pernah merasai pengalaman tersebut.Kami berlepas di Lapangan Terbang Senai,Johor Bahru pada pukul 4 petang.Dan tiba di Kuching pada jam 6 petang.Cuaca yang agak mendung dan berangin menyukarkan sedikit perjalanan kami. Alhamdulillah selamat juga kami sampai ke destinasi walaupun agak terlewat sedikit. Kami menginap di Hotel Margeritha yang berdekatan dengan Water Front. Pemandangan dari Hotel Margeritha,Kuching. Di seberang hotel tersebut terdapat tempat untuk membeli kek lapis Sarawak yang sangat popular.Di sana juga terdapat ikan terubok masin yang sangat sedap dan tidak terdapat di semenanjung tau.Untuk ke seberang ,kami sekeluarga menaiki bot tambang dengan harga hanya 50 sen seorang,sangat murah.Memang best melalui pengalaman tersebut. Hotel Margeritha terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching,memang senang untuk bersiar-siar seisi keluarga di sekitar Kuching. Replika beberapa ekor kucing berhampiran dengan Hotel Margeritha. Suasana pada waktu malam pula sangat cantik dengan kerlipan lampu yang berwarna warni.Memang seronok bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah ni.Mereka kelihatan sangat teruja dan seronok berada di Kuching. Cruise Sarawak Lagi teruja apabila ternampak cruise 2 tingkat yang memang cantik.Terdapat susunan meja dan kerusi ala-ala restoren bergerak gitu.Tiket untuk menaiki cruise tersebut ialah rm 60 untuk dewasa dan rm 30 untuk kanak-kanak.Perjalanannya selama 1 setengah jam yang merentasi sepanjang sungai Sarawak.Pasti menyeronokkan. Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah tentang masakan di Sarawak.Masakannya amat berbeza dan sangat enak rasanya.Antara masakan yang saya cuba ialah sayur midin masak goreng belacan,kari hijau dan umai ikan.Fuhh memang menyelerakan....tapi tak sempat nak ambil gambar...hihi 4 hari berada di Sarawak ,rasanya belum puas.Sebelum pulang ke semenanjung kami sempat ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit ole-ole buat keluarga dan sahabat handai.Pelbagai koleksi cenderamata boleh didapati di Kuching seperti keychain,baju,barangan kraftangan dan bermacam lagi.Yang pasti semuanya menarik hati anda. Jika berkesempatan lagi ,saya ingin kembali ke Sarawak sekali lagi.Walaupun kepenatan tetapi saya puas dan seronok berada di Bumi Kenyalang yang kaya dengan adat tradisinya. Jom melancong ke Sarawak...anda pasti teruja... Sekian coretan dari saya...semoga bermanfaat buat anda semua...wassalam... | |||||
{latestItemTitle} Makan <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 09 Feb 2014 07:03 PM PST | {latestItemTitle} <b>Makan di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 23 Jan 2014 07:48 PM PST
|
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |