<b>Tempat Menarik di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak - Come Sarawak |
- <b>Tempat Menarik di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak
- <b>Tempat Menarik Di Kuching</b>, Sarawak | Pakej <b>...</b> - Come Sarawak
- Older Post - <b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come <b>...</b>
<b>Tempat Menarik di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 08 Feb 2014 07:28 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang kita sedia maklum tahun 2014 adalah tahun melawat malaysia, di mana kerajaaan mensasarkan kehadiran sebanyak 28 juta lebih pengunjung datang melawat malaysia pada tahun 2014, jesteru itu entry kali ini ditulis khas menyokong kempen tahun melawat malaysia 2014. Malam tadi telah diadakan majis pelancaran secara besar-besaran kempen visit malaysia 2014 di dataran merdeka dan dipancarkan secara langsung di TV, saya sempat tengok majlis itu dijalankan, memang meriah majlis pelancaran tersebut, dipenuhi dengan tarian, lagu dan kastum yang berwarna warni. "Kita semua mesti menunjukkan sikap mesra pelancong. Kita mesti beri mereka satu perasaan iaitu jika melawat Malaysia, mereka akan diterima dengan layanan yang cukup mesra dan sopan," katanya ketika melancarkan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 - Pm Najib Razak Saya menyeru kepada anda semua termasuk saya sendiri marilah kita bersama-sama melancong di dalam negara kerana malaysia truely asia *ayat seperti ahli politik pulak, menyeru habis!* dan seperti kata saudara TimeTraveller *sempena tahun Visit Malaysia ni.. apa kata kita banyakan buat trip dalam Malaysia.. Ada banyak gunung boleh hiking.. Hutan untuk trekking.. Pulau untuk di jejaki.. Tempat Bersejarah untuk di ziarahi.. theme park, water park, muzium, zoo untuk di lawati.. Aktiviti camping, fishing, mandi air terjun dan banyak lagi..* Disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi, rancanglah percutian anda dengan melancong di dalam negara sebagai pilihan pertama anda. Selain dapat merancakkan lagi sektor industri perlancongan, Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai pilihan tempat perlancongan yang menarik perlu diterokai :P SENARAI TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN YANG MENARIK DIDALAM MALAYSIA
TEMPAT MENARIK DI KELANTAN - Pantai Tok Bali- Pantai Sabak - Air Terjun Gunung Stong - Pantai Cahaya Bulan - Nasi Ulam Cikgu - Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang - Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor - Jeram Linang di Pasir Puteh - Jeram Pasu di Pasir Puteh - Taman Perbandaran Tengku Anis - Pusat Galeri Tengku Anis - Makam Tok Kenali - Pantai Sri Tujuh - Pantai Geting - Pantai Irama Bachok - Pantai Cahaya Bulan (PCB) - Lata Rek di Kuala Krai - Pasar Malam Flat Buluh Kubu - Masjid Beijing di Rantau Panjang - Muzium NegeriKelantan - Pasar Besar Siti Khatijah - Pasar Malam Wakaf Che Yeh - Terminal Makanan Negara (TEMAN/RTC) - Bazar Tok Guru - Bazar Tengku Anis - Bazar Kain Batik Buluh Kubu - Arked Uda - Superpermarket Kota Bharu Mall (KBMALL) - Gelanggang Seni - Tokong Budda Besar di Tumpat Kelantan - Chinatown di Sungai Keladi (Kg. Penambang) TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU
TEMPAT MENARIK DI PERLIS - Padang Besar
- Cameron Highlands - Genting Higlands - Bukit Gambang Waterpark - Bukit Fraser - Pulau Tioman - Gunung Senyum - Pantai Balok - Pantai Cherating - Pantai Teluk Chempedak - Taman Negara Endau Rompin - Tasik Bera - Gunung Tahan - Air Terjun Sg. Pandan - Air Terjun Chemong TEMPAT MENARIK DI KEDAH
- Bukit Bendera - Taman Rama-Rama - Menara Komtar/Perangin Mall - Batu Feringgi - Taman Negara - Taman Botani - Taman Belia - Tokong Ular - Rumah Kelahiran P. Ramlee - Muzium Negeri Pulau Pinang - Masjid Kapitan Keling - Padang Kota Lama - Pasar Rope Walk - Pantai Seagate - Tempat Lepak di hadapan Queensbay Mall - Supermarket Queensbay Mall - kedai jeruk madu Pak Ali - Restoran Pak Hussin Tomyam - Nasi Kandar Beratur di Kapitan Keling - Nasi Kandar Immigration - Laksa Janggus di Balik Pulau TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN
TEMPAT MENARIK DI MELAKA
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
- Bandar Kuching TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR / SELANGOR
Macam mana? sangat menarik tempat-tempat perlancongan yang ada di Malaysia, personally daripada kesemua senarai tempat menarik wajib dikunjungi di setiap negeri adalah lebih kurang 10% daripada keseluruhan kawasan yang tersenarai pernah saya lawati cuba anda google sendiri gambar kawasan percutian tersebut sememangnya cantik dan menarik, untuk tahun ini saya sendiri ada target ke kawasan menarik hendak kunjungi dan selamat bercuti semua, pastikan bercuti di dalam malaysia menjadi pilihan utama kita semua - ayat macam duta perlancongan pulak :P P/s: saya tahu kebanyakkan blogger kat malaysia ni memang kaki berjalan, so apa kata anda kongsikan kawasan yang paling menarik pernah anda lawati di antara list kawasan di atas. | ||||
<b>Tempat Menarik Di Kuching</b>, Sarawak | Pakej <b>...</b> - Come Sarawak Posted: 09 Feb 2014 07:23 PM PST Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia. #1-KAMPUNG BUDAYA Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. #2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE) PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan. #3-PASAR MINGGU SATOK Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. #4-KUCHING WATERFRONT Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini. #5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar. #6- TAMAN NEGARA BAKO Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun. #7-PASAR SERIKIN Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif. #8-JONG'S CROCODILE FARM Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong. Selain dari tempat-tempat pelancongan utama yang dinyatakan, terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Negara Kubah, Taman Orkid, Fairy Cave, Muzium Sejarah Cina, Muzium Sarawak, Tokong Tua Pek Kong, Muzium Tekstil, Muzium Kuching, Masjid Kuching, Kompleks Mahkamah Lama, Astana Negeri Sarawak, Kubu Margherita, Damai Central, Muzium Islam, Tugu Kuching, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Sarawak River Cruise, dan Bazaar Kaum Bidayuh. Jadi diatas adalah diantara sempat pihak krew jomlahcuti kongiskan kepada anda semua. Kami disini menyediakan pakej percutian ke Kuching sama ada untuk percutian keluarga, bulan madu mahupun secara berkumpulan. Untuk dapatkan pakej percutian ke Kuching anda boleh klik disini. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau trip anda ke Kuching maka jangan segan untuk menghubungi kami di talian 603-5510 8266 atau 010-275 8891. Boleh juga email kami di sales@jomlahcuti.com. Sekian untuk artikel kali ini- krew jomlahcuti credit image : AndyLeo@Photography , GlobaLinks Learning Abroad, TW Cheong | ||||
Older Post - <b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come <b>...</b> Posted: 30 Jan 2014 07:46 PM PST Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama dah den aku nak buat post nie sebab cuti sekolah hari tu aku balik Kuching. Makanya, aku dapat pergi ke tempat makan yang aku selalu pergi kat Kuching nie. Maklumlah, aku sekolah asrama kat Semenanjung nie so jarang-jarang dapat balik. Since I have nothing better to write about, aku nak buat la pasal tempat makan menarik di Kuching. 1. Mee Sapi Haji Salleh Ingat tak yang aku cakap pasal mi kolok tu? Haaa.. Inilah dia! Dalam banyak-banyak tempat di Kuching nie, kedai nie menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan mi kolok. Kenapa? Sebab... Sedap! Kalau tak nak tunggu lama, datanglah awal sikit (dalam pukul 7 pagi gitu) sebab *lihat sebab di bahagian dua*. Kadang-kadang sampai 45 minit kena tunggu akibat kesesakan manusia. Keluarga aku biasanya tak kan pergi kedai lain untuk mi kolok. Regular customer lah katakan (sampai salah satu pekerjanya masih ingat kami walaupun kami telah lama menetap di Sabah), (but that's a whole different story) 2. Rojak Kuchei Tempat nie boleh kira all-time favourite keluarga aku dek kerana keenakan rojaknya yang tiada tandingan. Kedai nie buka pagi-pagi dan orang biasanya akan jadikan rojak tu sebagai breakfast tetapi sebagai pelanggan, anda perlu banyak bersabar sebab kalau dalam pukul 9-10 gitu dah ramai orang. Satu fakta ialah kedai nie pernah terbakar dan baru rebuilt. 3. Tok Janggut Rasa nak makan nasi beriyani (tak tau betul atau tak ejaannya)? Come to Tok Janggut! XD. Nasi beryani di sini sangat sedap. Favourite aku ialah ayam madu. Nyum2 ^^ 4. Swee Kang Ais Kacang This old-timer really is awesome. Mu tengok dia handle ABC tu, mu boleh tercengang. Kerana kehebatannya melempar ais ke dalam beg plastik (bagi mereka yang menapau) dengan penuh accuracy and precision. Dulu gerainya di kawasan lain, tetapi sekarang mereka telah berpindah ke tempat yang lebih besar dan selesa. Setelah aku menjelajah Malaysia nie, to be honest, aku tak pernah jumpa ABC yang lebih sedap. Tak tipu. Sementara menunggu ABC itu siap (ya, memang kena tunggu lama), anda boleh menikmati rojak buah, sotong kangkung dan beberapa menu yang lain yang terdapat di gerai ini (nampak tak permainan mereka?). Kedai ini buka pada sebelah petang. 5. Mi Jawa di Satok yang aku tak pasti nama sebenar kedainya. No comment ==' 6. Kubah Ria
This place brings back the memories when I was just a little kid. Sekembalinya aku dari Sabah, aku dapati yang Kubah Ria lama telah dirobohkan dan kawasannya dijadikan tempat parkir manakala sebuah bangunan baharu telah dibina bagi menggantikannya. Tempat nie berkonsepkan food court dan memang banyak gerai kat sini. Boleh venture sendiri, tetapi gerai yang aku selalu pergi ialah yang jual roti john dan mi jawa tu (okay, lupa nama lagi) :P Mula beroperasi pada lewat petang. 7. Singapore Chicken Rice (SCR)
Restoran nie ada banyak cawangan sekitar Kuching. There is a variety of food on the menu. ranging from western to Sarawakian to (of course) chicken rice. Mesti cuba! 8. Kopi O' Corner Sejujurnya aku jarang pergi sini tapi aku pernah dengar yang nasi lemak dia memang da bomb punya. Kat sini yang istimewanya ialah banyak pilihan makanan termasuk mi kolok dan laksa sarawak. Warning: tempat nie jam-packed! >.< Sesuai untuk breakfast or lunch (?). 9. Burger jiran sebelah Tak, tu bukan nama kedai. Literally, gambar di atas ialah burger yang dibeli daripada jiran sebelah rumah aku. Beliau (eh, beliau?) berniaga pada waktu malam. Burger yang dijual tidak sama dengan burger yang ada di luar sana. Packaging dia sangat bersih dan kemas dan rasanya pula enak. Sekiranya anda tahu rumah aku di mana, insyaAllah anda dapat bertemu dengan gerai nie. Jika tidak, nasib hang la. Aku tak dapat nak buat apa. Sori nek lori laaaa.. Hehe There you have it! Aku rasa banyak lagi kedai yang aku tak sempat nak senaraikan kat sini. So, if you guys are considering to spend the next hols in Kuching, make sure you dine at these places before you leave, or you'll miss out on half of the excitement in this Catcity. |
You are subscribed to email updates from Tempat Menarik di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |