10:08:00

Bufet Mega &#39;Original Macam-Macam Ada&#39; kembali lagi – BorneoPost <b>...</b>


Bufet Mega &#39;Original Macam-Macam Ada&#39; kembali lagi – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2014 03:17 PM PDT

Oleh Hamimi Kassim //

KUCHING: Bufet Mega 'Original Macam-Macam Ada' di Hotel Grand Margherita kembali lagi pada bulan Ramadan ini dengan menyajikan lebih daripada 200 hidangan tempatan dan antarabangsa.

Bufet mega ini boleh dinikmati untuk berbuka puasa bermula 29 Jun hingga 27 Julai pada harga RM93+ (RM98.60) bagi dewasa dan RM46.50+ (RM49.30) bagi kanak-kanak.

Salah satu menu istimewa yang boleh dinikmati dalam bufet ini ialah hidangan segar daging lembu berkualiti yang diperap daripada pembekal lembu terbesar Sarawak PPES Ternak Sdn Bhd.

Selain itu pelanggan berpeluang merasai sendiri sentuhan masakan daripada cef dari Timur Tengah, hidangan eksotik rantau Mekong, Kemboja, hidangan pelbagai perisa dari Indonesia, sushi dan sashimi dari Jepun, hidangan penjaja Pulau Pinang dan hidangan wajib Sarawak iaitu bubur pedas, sambal umai ikan dan ayam pansuh turut menjadi menu utama bufet itu.

Antara hidangan eksotik rantau Mekong termasuk penkek Vietnamese dengan perasa, salad telur, kerang goreng dengan sos cili bawang putih, ketam Mekong dengan mi dan banyak lagi.

Selain itu, turut disajikan ialah juadah dari Indonesia seperti daging cabe hijau, cumi masak pedas, ayam kari dengan tauhu kering, ikan asam pedas dan opor ayam.

Bukan itu sahaja, tiram omellette, Penang char kway teow, laksa asam Penang, 'ju hu eng chai', 'Penang loh bah', mi udang Hockkien merupakan beberapa hidangan menyelerakan khas daripada penjaja Pulau Pinang.

Dalam bufet mega kali ini juga, hidangan pencuci mulut pasti tidak akan dilupakan bagi memenuhi selera pengunjung.

Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang disajikan setiap hari sepanjang bufet mega ini, antaranya ialah kuih-muih tradisional, bubur manis, pastri antarabangsa, ais kacang dan rojak buah.

Sebagai tambahan, ruang khas solat juga disediakan bagi pengunjung yang ingin mengikuti sesi solat tarawih bersama imam dan bilal jemputan di hotel tersebut.

Semua dapur di Hotel Grand Margherita disahkan halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

Segala pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi Orchid Garden di talian 082-532111 (sambungan 1158/1109) bermula jam 8 pagi hingga 10 malam dan setiap tempahan harus dibuat awal bagi mengelak sebarang masalah.

Manakala bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Kuching antara 29 Jun dan 29 Julai boleh membuat tempahan pakej 'Unbeatabe Ramadan Deals' secara dalam talian.

Tawaran eksklusif ini termasuk 50 peratus diskaun bagi Bufet Mega 'Original Macam-Macam Ada' dari RM230+ sebilik satu malam.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat tempahan di talian 082-532000 atau layari www.grandmargherita.com.

Print Friendly