11:49:00

Tempat <b>Makan</b> Best <b>Kuching</b> : Gedung <b>Makan</b>, Semariang - Luar TeKo - Come Sarawak


Tempat <b>Makan</b> Best <b>Kuching</b> : Gedung <b>Makan</b>, Semariang - Luar TeKo

Posted: 27 Nov 2015 08:08 PM PST


Gedung Makan di Semariang ini, saya ketahui melalui group makan-makan di Facebook. Rasanya kedai makan ni baru juga beroperasi dalam sebulan dua ni.

Apa yang menarik minat saya untuk ke Gedung Makan ini adalah menu mee kolok mereka yang mempunyai identiti tersendiri iaitu Mee Kolok 3 Rasa. Lama dah teringin nak merasa, dan akhirnya baru semalam berkelapangan untuk terjah tempat makan ni yang juga pada saya unik. Sebab apa unik, sebabnya meja dan stall dibuat ala-alat kayu pallet yang selalu kat gudang tu.

Kami order Mee Kolok 3 Rasa yang berharga RM7.00 dan Nasi Beef Steak berharga RM15.00. 

Mee Kolok 3 Rasa

Nasi Beef Steak

Untuk Mee Kolok 3 Rasa memang unik sebab mee kolok tu ada 3 rasa, just saya tak suka mee kolok yang berwarna kemerahan atau orange color tu, sebab kuat sangat perasa sos. Apa-apa pun stil sedap dan berbaloi. Nasi Beef Steak pula, memang tiptop. Nasi berperasa dan beef steak pun sedap. Memang boleh pergi jauh kedai ni. Terbaek. Satu lagi saya suka kat sini, PR dieorang juga sangat bagus, lebih-lebih lagi pelayan budak perempuan yang ambik order kami semalam, sangat friendly dan pandai layan customer.

Just apa yang saya nak komen, harap nya agar pemilik Gedung Makan ni, letak tanda atau signboard yang lebih besar dan berlampu di tepi jalan iaitu di simpang jalan mereka bagi memudahkan pengunjung cari lokasi tempat makan ni. Btw lokasi Gedung makan ni, adalah Bertentangan dengan Sharifah Cafe di Semariang dan berdekatan dengan Kedai Basri Besi.