<b>TEMPAT</b> MENARIK <b>DI KUCHING</b>, SARAWAK | VISIBLE VOICE - Come Sarawak |
- <b>TEMPAT</b> MENARIK <b>DI KUCHING</b>, SARAWAK | VISIBLE VOICE
- <b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b> - Cahaya Purnama - Come Sarawak
- <b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b>, Sarawak - Hotel <b>...</b> - Come Sarawak
<b>TEMPAT</b> MENARIK <b>DI KUCHING</b>, SARAWAK | VISIBLE VOICE Posted: 17 Jan 2015 04:00 AM PST Semenjak dah besar panjang, macam susah nak berkumpul ramai-ramai dan pergi melancong bersama. Aku cuti, kau tak cuti. Kau cuti, aku tak cuti. Nak tunggu semua cuti serentak, time raya la jawabnya. Tapi, nak beraya kat kampung la pulak kan? Bila Air Asia memperkenalkan route baru dari Kota Bharu terus ke Kuching, maka kami satu keluarga plan untuk pergi jalan-jalan ramai-ramai satu keluarga. Sepakat beli tiket, set tarikh dan book dengan harga yang memang kaw-kaw murah time promosi. Alang-alang abang dah ada kat sana, boleh melancong sambil menziarah. Orang kata, "sambil menyelam, minum air". Rasanya, ini kali pertama kami sekeluarga travel ramai-ramai naik kapal terbang. Alhamdulillah, bukan mudah nak dapat peluang macam ni. Ini pun rezeki juga namanya. Sebenarnya, ini kali ke-3 aku terbang ke Kuching. Pertama kali bersama Malindo Air dan kali ke-2 bersama Air Asia gara-gara nak tunaikan janji kepada anak buah kalau dia dapat 5A.Kali ke-3 ni pun bersama Air Asia dan kali ni paling best sebab pergi ramai-ramai. Kalau nak tengok destinasi-destinasi yang pernah aku pergi sebelum ni di sekitar Kuching, Sarawak, boleh baca kat sini. Untuk trip kali ke-3 ni, rasa excited nak share tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak terutamanya kepada sesiapa yang pasang hajat nak melancong ke Kuching bersama keluarga. Semoga bermanfaat. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak Moment indah yang sempat dirakam ketika ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Sebelum beredar dari airport, kami sekeluarga tak lepaskan peluang untuk bergambar. Bukan mudah nak gi jalan-jalan satu keluarga macam rombongan Mak Cik Kiah gini, haha. Family terbang dari Kota Bharu dan aku terbang dari Kuala Lumpur. Di Kuching, kami bertemu jua, ceewah! Walaupun ada yang cancel last minit, 2 tiket burnt atas sebab urusan kerja, kami teruskan juga percutian ni. Hah, yang cancel tu, sila gi lain kali ye, wakaka. Kalau ada yang travel bersendirian ke Kuching, don't worry. Kuching International Airport (KIA) ni agak selesa. Banyak tempat duduk dan keadaannya kurang padat. So, kalau nak lepak-lepak, nak rehat-rehat kat sini pun boleh sementara meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Tempat makan pun banyak dalam tuh. Ok, jom kita tengok destinasi-destinasi yang sempat kami sekeluarga pergi sepanjang percutian di Kuching, Sarawak selama 6 hari 5 malam bermula 9 Oktober 2014 sehingga 14 Oktober 2014. Muzium Etnologi, Kuching Destinasi pertama kami adalah ke Muzium Etnologi, Kuching. sekitar muzium ni, ada beberapa lagi muzium termasuklah Muzium Tekstil. Kat sini, kita belajar sejarah la sikit. Kalau nak tahu, Muzium Sarawak (Bangunan Lama) dibina pada tahun 1891 dan diperbesarkan seperti yang korang dapat lihat sekarang dalam tahun 1911. Asalnya, ia dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan. Bangunan ni dibina mengikut senibina Eropah. Di tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi semulajadi dan spesimen fauna yang terdapat di Sarawak seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain. Paling menarik, kerangka ikan paus dan buaya . Besar beb! Di tingkat atas pulak terdapat bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang, kraftangan, model perahu dan senjata. Satu je yang tak best kat sini, kita tak boleh snap gambar, haha. Adeh! Tapi, curi-curi snap jugak, keh3. Waktu Melawat Isnin - Jumaat 9 pagi - 445 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 10 pagi - 4 petang Bayaran kemasukan Pasar Serikin, Sarawak Hari ke-tiga kami di Kuching, banyak sikit tempat yang kami pergi. Alang-alang dah sampai Kuching, tak sah kalau tak datang shopping ke Pasar Serikin, Sarawak. Apa yang ada? Kalau di Kelantan ada Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Kalau di Kedah ada Changlon. Kalau di Perlis ada Padang Besar. Maka, kalau datang Kuching, Pasar Serikin lah tempatnya. Pendek kata, tempat meniaga yang terletak di sempadan. Cuma kat sini, majoriti peniaga adalah dari Indonesia. Kalau korang nak datang ke Pasar Serikin, make sure datang pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Jangan pulak pergi time weekdays. Silap haribulan, korang yang kena berniaga kat situ, krik krik krik. Antara barang yang dijual kat sini adalah kain sarung, pakaian, baju tshirt untuk dibeli sebagai ole-ole dan macam-macam lagi makanan dan barang-barang. Memang meriah! Waktu beroperasi Sabtu - Ahad Mula beroperasi seawal jam 8 pagi pada hari Sabtu dan ditutup pada pukul 12 tengah hari pada hari Ahad Gua Angin Balik dari Pasar Serikin, kami singgah di Gua Angin. Destinasi santai-santai untuk berkelah dan singgah makan-makan memang sesuai kat sini. Memandangkan hari hujan, jadi tak dapat lah anak-anak buah nak mandi-manda sebab air agar deras. Kat mana Gua Angin? Meh nak cerita. Gua Angin terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau dan terletak bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Menurut sejarah, Gua Angin mendapat namanya kerana terowong di dalam gua ini menjadi laluan angin bertiup yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain. Kalau korang minat aktivti caving/ jalan-jalan dalam gua, memang sesuai datang ke Gua Angin. Cuma kena lebih berhati-hati sebab laluan yang agak berlumut dan licin. Bentuk stalagtit, stalagmit dan formasi batu kapur pelbagai bentuk yang ada dalam Gua Angin dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Orang kata, ada bentuk yang macam kepala buaya dan ada juga rangka buaya! Tak sempat masuk hari tu, singgah makan-makan je. Di luar Gua Angin pula, terdapat pondok Baruk dan sesuai untuk dijadikan tempat pelancong berehat. Di Baruk ni lah kami sekeluarga singgah makan. Selain berada di Baruk, kalau kena cuaca elok, boleh juga mandi-manda di Sungai Sarawak yang berhampiran. Terdapat kemudahan bilik bersalin disediakan khas untuk mereka yang mandi-manda. Ada tandas serta gerai makanan dan minuman berhampiran kat situ. Pendek kata, sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Kami sekeluarga pun singgah makan ke situ sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Pandak. Nasib baik bawa bekal siap-siap dari rumah sebab kedai makan semua tutup. Pantai Pasir Pandak Dari Gua Angin menuju ke Pantai Pasir Pandak. Ini first time aku menjejakkan kaki ke Pantai Pasir Pandak. Cantik betul pantai nih, pesisir pantai pun bersih. Kalau korang nampak, kat belakang tu adalah Gunung Santubong. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini selain mandi-manda di pantai dan berjalan di pesisir pantai adalah makan-makan. Banyak gerai-gerai seafood dan restoran kat sini. Kalau datang bersama anak-anak, antara kemudahan yang disediakan di Pantai Pasir Pandak adalah swimming pool untuk kanak-kanak. Kalau tak nak mandi di pantai, boleh mandi-manda di kolam renang yang disediakan.Lebih tenang dan lebih selamat. Cat Museum | Muzium Kucing Lokasi terakhir kami untuk hari ke-tiga adalah Cat Museum, Kuching. Satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi bersama keluarga bila berada di Kuching adalah Muzium Kuching (Cat Museum). Muzium ni memang penuh dengan macam-macam jenis kucing.Tak kira dalam bentuk lukisan, arca dan apa jua material seni yang semua berasaskan pelbagai spesies kucing. Muzium Kucing dibina pada tahun 1993 dan dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Kat sini ada lebih kurang 2000 bahan pameran, artifak dan juga tugu berkaitan kucing dari serata dunia. Malangnya, kami sampai je muzium dah tutup. Adeh! Itu lah padahnya bila tak tengok dulu waktu operasi, haha. Kat sini boleh bawa kamera untuk snap gambar dengan bayaran serendah RM3-RM5. Untuk korang yang nak pergi melawat Cat Museum ni, better cek waktu operasi ni betul-betul ok!
Setiap hari 9:00 pagi hingga 5:00 petang Warung Kak Darot, Kampung Stakan Hari ke-empat kami di Kuching agak santai. Sebelah petang, kami ke salah satu warung yang menjual pelbagai jenis ABC dan Cendol. Mungkin, orang Sarawak sendiri pun tak tahu pasal tempat ni. Tapi, seriously ABC dan cendol kat sini best. Tak lain tak bukan di Warung Kak Darot yang terletak di Kampung Stakan. Warung ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau nampak banyak kereta parking tepi jalan, hah ye lah tuh. "Don't judge a book by its cover". Hah, betul la tuh. Nampak je warung ni kecil, biasa-biasa. Mana taknya, diorang meniaga depan rumah je bhai. Tapi, orang yang datang makan dan minum kat sini punyalah ramai. Nak tahu kami order apa? Jom, cekidout! Ini antara menu yang kami order. ABC special, Cendol biasa, Ice cream special tabur milo, Ice cream special tabur horlick dan cendol special tabur horlick. Fuh, memang mengancam! Nasib baik, kami sampai sempat lagi order. Next customer yang datang nak order, dah habis. Kalau kami yang kena macam tuh, tak ke kempunan? haha. Riverside Superbowl Sebelah malamnya pula kami ke Riverside Superbowl. Dulu pernah menginap di Riverside Majestic Hotel. Kalau tahu ada bowling kat sini dah datang, lol. Takpe, kali ni dah datang, singgah dan main bowling kat sini. Buat tournament bowling lawan adik-beradik, haha. Seronok. Mungkin next time boleh buat lagi ajak ramai-ramai buat family day.
Hari ke-lima, kami ronda-ronda di sekitar bandar Kuching untuk singgah dan bergambar kenang-kenangan di tempat-tempat tarikan utama seperti Cat Statue Kuching Waterfront Seterusnya, kami jalan-jalan di sepanjang Kuching Waterfront. Gigih semua berjalan walaupun hari panas terik, haha. Ini namanya semangat melancong, lol. Dewan Undangan Negeri Sarawak Antara tarikan utama bila berjalan di sepanjang Kuching Waterfront adalah binaan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah di seberang sungai. Sarawak River Cruise Lagi satu tarikan utama di Kuching Waterfornt adalah Sarawak River Cruise . Kat sini, korang boleh pilih nak naik cruise ataupun boat untuk menikmati panorama indah di sepanjang Sungai Sarawak. Kedai Souvenir, Kuching Waterfront
Bot Tambang, Sarawak Waterfront Ini first time naik bot tambang dari Sarawak Waterfront nak ke seberang sana untuk beli kek lapis. Bukan orang tua beria nak naik, tapi si budak kecik bernama Syakir Darwisy. Tambang RM1 seorang dan masa perjalanan tak sampai 5 minit. Snap gambar sekali, eh dah sampai? haha. Kek Lapis Mira Cake House Beria naik bot tambang 5 minit, ini lah tujuannya. Menapak sikit je, terus sampai di Mira Cake House. Kalau datang Sarawak, tak beli kek lapis Sarawak memang rasa tak lengkap percutian di Sarawak. Kalau suka kek lapis Sarawak yang basah, aku recommend beli kat sini. Lagi satu kedai yang popular adalah Kek Lapis Dayang Salhah Tarikan Utama di Kuching, Sarawak
Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria Sebagai penutup kunjungan kami di Kuching kali ini, kami singgah di Pasar Satok, Medan Niaga Kubah Ria. Kalau datang pagi, macam-macam kuih-buih dan makanan ada dijual di sini. Ala-ala macam pasar tani. Tujuan utama kami ke sini dah tentu nak cari ikan terubuk masin. Antara makanan yang paling popular di Sarawak selain kek lapis adalah ikan terubuk. Kalau datang ke Kuching, tak beli ikan terubuk bawa balik ke semananjung memang tak lengkap. Jadi, lokasi terbaik untuk korang cari ikan terubuk murah adalah di Medan Niaga Satok
Inilah sedikit-sebanyak travelog kami sekeluarga bercuti di Kuching, Sarawak untuk disimpan jadi kenangan sampai bila-bila. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu korang yang plan nak bercuti ke Kuching, Sarawak. Inilah antara tempat-tempat menarik di Kuching, Sarawak yang harus korang kunjungi.Sebelum berangkat pulang, sekali lagi bergambar kenang-kenangan di Kuching International Airport (KIA). Jadi, kalau orang tanya apa kenangan manis tahun 2014? Antaranya adalah bila dapat bercuti bersama keluarga ke Kuching, Sarawak. Semoga di masa akan datang, kami dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki untuk melancong bersama. InshaAllah. | ||||||||
<b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b> - Cahaya Purnama - Come Sarawak Posted: 17 Nov 2015 07:14 PM PST
Assalammualaikum Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah: 1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini. 2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak 3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni. 4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. 5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik. 6) Kuching Waterfront Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =) Incoming search :tempat menarik di kuching,tempat menarik di sarawak,tempat menarik di kuching sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2014,tempat menarik di kuching 2015,tempat menarik sarawak,senarai tempat menarik di kuching,tempat menarik kuching,tempat pelancongan di sarawak,bercuti di sarawak 2015,tempat menarik di sarawak 2015,tempat menarik di sarawak kuching,tempat yang menarik di kuching sarawak,kawasan menarik di kuching,sarawak tempat menarik,tempat percutian yang menarik di sarawak,tempat-tempat yang menarik di kuching,tempat-tempat menarik di sarawak,tempat percutian menarik di kuching sarawak,tempat yang menarik di sarawak,tempat percutian bajet di kuching sarawak,tempat menarik di serikei,tempat peranginan di kuching,tempat percutian menarik di sarawak,tempat menarik sekitar kuching,tempat wajib dikunjungi di kuching,tempat menarik di sarawa,tempat menarik di kuching sarawak 2015,apa yg menarik di kuching,apa yg menarik kat kuching,ape yang menarik waktu malam di kuching 2015,cuti cuti bndar kuching,cuti cuti malaysia sarawak kuching,destinasi menarik di kuching,lima destinasi yang terdapat di bandaraya kuching,melancong ke sarawak 2015,percutian menarik di kuching,percutian menarik di sarawak,santubong tempat menarik,sarawak pusat pelancongan,tempat best kat kuching,tempat menarik d kuching,tempat menarik di bandar kuching,apa ada di kuching sarawak,apa yang menarik di bandar serawak Comments | ||||||||
<b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b>, Sarawak - Hotel <b>...</b> - Come Sarawak Posted: 16 Nov 2015 07:08 PM PST | <b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b> - Cahaya Purnama - Come Sarawak Posted: 22 Oct 2015 03:39 PM PDT
Assalammualaikum Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah: 1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini. 2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak 3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni. 4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. 5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik. 6) Kuching Waterfront Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =) Incoming search :tempat menarik di kuching,tempat menarik di sarawak,tempat menarik di kuching sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2014,tempat menarik di kuching 2015,tempat menarik sarawak,senarai tempat menarik di kuching,tempat menarik kuching,tempat pelancongan di sarawak,bercuti di sarawak 2015,tempat menarik dikuching,sarawak tempat menarik,tempat menarik di sarawak 2015,kawasan menarik di kuching,tempat yang menarik di kuching sarawak,tempat menarik di sarawak kuching,tempat peranginan di kuching,tempat-tempat yang menarik di kuching,tempat menarik di serikei,tempat-tempat menarik di sarawak,tempat yang menarik di sarawak,tempat yang cantik di serawak,tempat wajib dikunjungi di kuching,tempat percutian yang menarik di sarawak,tempat percutian menarik di sarawak,tempat percutian menarik di kuching sarawak,tempat percutian bajet di kuching sarawak,tempat pelancongan sarawak,tempat menarik d kuching,tempat menarik di sarawa,apa yg menarik di kuching,apa yg menarik kat kuching,ape yang menarik waktu malam di kuching 2015,cuti cuti bndar kuching,cuti cuti malaysia sarawak kuching,destinasi menarik di kuching,lima destinasi yang terdapat di bandaraya kuching,melancong ke sarawak 2015,percutian menarik di kuching,percutian menarik di sarawak,sarawak pusat pelancongan,tempat best kat kuching,tempat menarik di bandar kuching,apa ada di kuching sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2015,apa yang menarik di bandar serawak Comments | <b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b>, Sarawak | Pulau Malaysia | Destinasi <b>...</b> Posted: 24 Apr 2015 12:00 AM PDT Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia. #1-KAMPUNG BUDAYA Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. #2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE) PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan. #3-PASAR MINGGU SATOK Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. #4-KUCHING WATERFRONT Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini. #5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar. #6- TAMAN NEGARA BAKO Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun. #7-PASAR SERIKIN Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif. #8-JONG'S CROCODILE FARM Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong. Selain dari tempat-tempat pelancongan utama yang dinyatakan, terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Negara Kubah, Taman Orkid, Fairy Cave, Muzium Sejarah Cina, Muzium Sarawak, Tokong Tua Pek Kong, Muzium Tekstil, Muzium Kuching, Masjid Kuching, Kompleks Mahkamah Lama, Astana Negeri Sarawak, Kubu Margherita, Damai Central, Muzium Islam, Tugu Kuching, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Sarawak River Cruise, dan Bazaar Kaum Bidayuh. credit image : AndyLeo@Photography , GlobaLinks Learning Abroad, TW Cheong, Farispis | <b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b>, Sarawak | Pulau <b>...</b> - Come Sarawak Posted: 13 Aug 2015 07:46 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from tempat melancong di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |