11:33:00

10 <b>hotel</b> Malaysia terima Anugerah <b>Hotel</b> Hijau Asean 2014 - Kosmo


10 <b>hotel</b> Malaysia terima Anugerah <b>Hotel</b> Hijau Asean 2014 - Kosmo

Posted: 20 Jan 2014 09:32 AM PST

10 hotel Malaysia terima Anugerah Hotel Hijau Asean 2014

20/01/2014 6:55pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada 10 hotel Malaysia yang memenangi Anugerah Hotel Hijau Asean 2014 di Kuching, semalam.

"Tahniah atas kejayaan memberangsangkan ini.

"Saya harap Malaysia akan terus mengekalkan prestasi sebegini dalam usaha memacu teknologi hijau di rantau Asia Tenggara," kata Najib dalam catatan di laman Facebooknya.

Sepuluh hotel Malaysia itu antara 76 hotel dari seluruh Asean yang menerima

anugerah berkenaan sempena Forum Pelancongan Asean 2014 di Sarawak.

Hotel tersebut adalah Shangri-La's Tanjung Aru Resort and Spa, Kota Kinabalu; Shangri-La's Rasa Ria Resort, Tuaran; Nexus Resort Karambunai, Kota Kinabalu; Riverside Majestic Hotel, Kuching; dan Miri Marriott Resort and Spa.

Penerima lain adalah tiga hotel di Kuala Lumpur iaitu Mandarin Oriental, Shangri-La dan Renaissance; The Andaman, Langkawi, dan Shangri-La's Rasa Sayang Resort and Spa, Pulau Pinang. - Bernama