07:17:00

<b>Tempat</b> Menarik <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak


<b>Tempat</b> Menarik <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 24 Jan 2014 07:19 PM PST

Lepas beli ikan...hehehehe...kita teruskan percutian kita ini dengan melawat lagi tempat-tempat menarik di sekitar kuching. Wah....

Kayra dah sampai sini

Nak sampai ke muzium kenalah melalui jejantas ni. Masa tu panas terik. Tapi Kayra happy ja berjalan kesana...

Besar dan megah muzium  ni. Tapi mama tak ingat la ni muzium apa. Tu la kan, ambik masa yang lama sangat nak update blog sampai dah lupa dah semua.

Bagusnya kat sini, depa letak deretan muzium kat satu tempat. Senang kita nak melawat.

Kayra sangat seronok, tak nampak pun muka letih dia

Kita rilek ja bergambar dalam muzium ye...

Sampai la selesai saat kita ambil gambar ni. Tiba-tiba kita ditegur oleh pak guard. Jangan bergambar di dalam muzium....ok, sorry-sorry...

Jadi, kita berdua pun sedihlah tak dapat bergambar di dalam muzium lagi...Kat tangga muzium pun ok what...

Kayra tak kisah. kat mana-manapun Kayra happy aje...

Dah settle hal muzium, kita gerak ke kereta untuk pi makan. Oh ya, ni kereta yang kita sewa kat sana, Saga
 Lepas makan kita singgah sat kat kedai kek Sarawak ni. Beli sikit ja untuk bawak balik kat Tok dan tok Honey
 Mama nak kek 'hati pari' ja...
Dan Kayra yang penat menunggu...

Lepas tu kita singgah kat Kota Magharita sat saja nak tengok-tengok

Cantik berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri

Kat hujung jalan ada plak pameran. Singgah la sekejap

Pameran yang menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh Negeri sarawak sejak merdeka ni...

Puaslah Kayra menerai segala benda di dalam ni...

Terjelepok duduk ja dia dimana saja...

Banyak jugak port-port yang cantik untuk bergambar

Diam tak diam, dah 50 tahun dah Sarawak join Tanah Melayu kan ? Bangga sekejap

Sebenarnya bila berjalan dalam keadaan kenyang sangat pun tak seronok jugak. Apatah lagi dengan keadaan kaki mama yang tak berapa nak elok lagi tu... Sekejap jalan, sekejap duduk mama ni. Tapi dah kata nak melancong, rugi ja kalau dok lepak hotel saja kan ?

xoxo

<b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b> - Cahaya Purnama

Posted: 12 Jan 2014 03:24 AM PST

Assalammualaikum

Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah:

1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini.

DSC01581

2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak :)

DSC01610

3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni.

DSC01659

DSC01651

4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. :)

5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik.

6) Kuching Waterfront

Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki :) Recommended place for cuti cuti Malaysia =)

Incoming search :

  tempat makan best,Tempat menarik di kuching,tempat-tempat menarik di kuching