Batik Boutique <b>Hotel</b> Review, <b>Kuching</b> Sarawak | Travelog |
Batik Boutique <b>Hotel</b> Review, <b>Kuching</b> Sarawak | Travelog Posted: 19 May 2014 07:21 AM PDT Sehari sebelum check out dari Hotel Grand Margherita, kami dah book satu hotel baru yang cute nama Batik Boutique Hotel. Letaknya cuma 200 meter sahaja dari Grand Margherita. Cuma jalan kaki je tak perlu ambil teksi untuk ke sana. Batik Boutique Hotel ni tak de reservation desk. Bila masuk je, di sebelah kanan ada satu restoren yang serve breakfast, di belakang ada satu bar dan di hadapan bar ada satu pejabat kecil. Bila masuk, kami berikan kad pengenalan atau passport kepada pekerja yang menunggu kat situ. Lepas tu dapat kunci. Terus dihantar ke pintu bilik oleh kakitangannya. Hotel ni ada 4 tingkat. Ada elevator. Kami dapat tingkat 1, mengadap jalan. Tak de lagi riverview dekat Sarawak Waterfront macam di Grand Margherita Hotel. Tapi, walaupun bilik mengadap jalan besar, tak de lah bising pun dalam bilik tu. Bunyi kereta pun tak de kedengaran. Ok la tu kan berbanding sesetengah hotel yang bingit dengan bunyi kereta. Ni yang paling saya suka. Jika sekadar nak letak Nescafe 3-in-1 yang boleh diperolehi di mana-mana kedai runcit di Malaysia, ada baiknya tak payah letak. Bukan apa, kan elok jika tiru hotel ni. Letak sesuatu bercirikan local dan bukan standard biasa. Pengunjung pun rasa seronok. Btw, teh Pearl of The Orient tu sungguh sedap. Rasa macam minum bunga ros! Saya suka. Saya juga dah simpan paket tersebut untuk hubungi syarikat pembekal. Sebab utama kami check out keluar dari Hotel Grand Margherita ialah kerana bilik mandinya yang berbau. Sekarang, di hotel ni dapat bilik mandi yang bersih dan kemas. Tak ada nampak kulapuk di dalam bath tub pun. Hehe Lagipun, ia nya best. Bilik mandi ni ada dua pintu. Satu pintu biasa dan satu sliding door. Sambil mandi dalam bath tub, boleh buka sliding door untuk tonton tv atau curah air kat orang yang tidur atas katil Saya boleh bagi hotel ini rating 9/10. Highly recommended. Bukan sahaja biliknya dipenuhi serba serbi kemudahan, malah ia lebih dekat dengan pelbagai restoren tempatan di Kuching yang famous dan sedap seperti RJ Ayam Bakar, Sambal Planet dan local street foods juga. Betul-betul di hadapan hotel ialah Tun Jugah shopping kompleks. Ada shuttle ke airport (bermula jam 11 pagi), ada breakfast tapi kena order dan bukan buffet style. Apapun, kami selesa menginap di sini. Note: Saya tempah penginapan di Batik Boutique Hotel melalui website Booking PS: Ada rakan saya yang rekemen Nadin Homestay yang terletak di Petra Jaya. Atas faktor "within walking distance area", kami pilih hotel yang dalam bandar. Bukan apa, saya tak rajin sangat nak memandu jika melancong ni. Jika anda berkenderaan di Kuching, bolehlah sewa di Nadin Homestay. Kalau kawan saya yang rekemen tu, maknanya bagus lah tu. |
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |