{latestItemTitle} Homestay di kuching - Come Sarawak |
Trip bercuti ke <b>kuching</b> | PedangmujahidDotNet Posted: 17 May 2014 05:41 PM PDT Tahun 2014 kali kedua buat trip ke kuching. Bandaraya kuching memang best tetapi cuaca agak panas sedikit berbanding kuala lum |
Hari pertama di kuching. Kami menuju ke pasar serikin. Ini adalah tempat kunjungan orang ramai, terutamanya pelancong dari pelbagai destinasi. Terletak lebih kurang 68 km dari bandar kuching, dengan bantuan google maps kami memacu kereta ke serikin dengan mengambil masa satu jam 30 minit. Alhamdulillah mujurlah sampai. Sebelum ini memang pernah pergi sekali ke situ tetapi dibantu oleh kawan. Kali ini kami cuba pergi secara bersendirian. Cuma ketika pulang sahaja ada sedikit. Masalah terlajak simpang menyebabkan kami tersesat sebanyak 20 km. Itu lah namanya pengalaman.
Kemudian balik sahaja dari serikin kami terus ke rumah anak kawan mak dan abah. Di kawasan pedawan. Perjalanan mengambil masa 20 minit. Juga dengan menggunakan bantuan google maps. Google maps di kuching adalah "teman setia anda" ambil alih tugas rtm hahaahahah. Rehat dan singgah disitu selama 20 minit kemudian kami teruskan perjalanan ke serian dalam 40 km lagi melawat salah seorang lagi kawan. Alhamdulillah penuh satu hari memandu kereta yang disewa.
lebih kurang jam 9.00 mlm kami sampai di homestay. Rehat dan tidur. Kumpul tenaga untuk agenda yang seterusnya. Apa apa pun buat masa sekarang. Kuching memang terbaik.

You are subscribed to email updates from Homestay di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |