10:27:00

Sepasang Kasut Merah : Jalan-jalan Cari <b>Makan Di Kuching</b> - Come Sarawak


Sepasang Kasut Merah : Jalan-jalan Cari <b>Makan Di Kuching</b>

Posted: 04 May 2014 04:25 AM PDT

Sebenarnya banyak tempat makan menarik di Kuching. So kami select yang terbaik. Penat gakla merasa dan google tempat makan di Kuching. So di sini saya hanya paparkan yang terbaek untuk dinikmati. Kalau datang Sarawak, kalau tak merasa mee kolok memangla tak sah. Betulkan? Bagi saya mee kolok yang terbaik terdapat di Serapi Corner, batu 7, Kota Sentosa.

*mee kolok (macam mee sup cuma kuahnya ada letak kicap, mee dia macam mee wantan)

Lagi satu makanan yang harus dinikmati ialah Laksa Sarawak. Laksa Sarawak yang terbaek saya vote ialah di Pak Amit Corner. Kedai ni terletak berhampiran Sekolah Petra Jaya. Berdekatan dengan Beemer Cafe Di Jalan Semarak.

Memang sedap. Harga cuma RM4.50 jek. Banyak pulak tu. Pekena lak dengan air teh 3layer. Fuhh nyaman. (Cuaca di Kuching memang panas time kami pergi)

Kalau nak rasa Ayam penyet yang sedap boleh pergi Barok Village Restaurant, di Kampung Boyan. Kalau dari Waterfront, leh naik bot tambang 50sen, berhenti di depan foodcourt, restoran di terletak di belakang foodcourt tu. kalau ikit jalanraya pun boleh tapi kena tol RM0.50. Memang restoran ni terkenal dengan ayam penyet. Restoran ni banyak pilihan, makan seafood pun ada. Terpulang selera masing-masing. So tempat makan ni paling senang nak cari. Turut menawarkan hidangan set kalau datang secara ramai.

Sorry gambar gelap, pencahayaan tak cukup. Maklumla pakai camera handset je

Ni la rupa nasi ayam penyet. Kami order yang spesel harga RM10. Kalau biasa RM6. Beza yang spesel dia letak tauhu dan tempe. Memang sedap.

Di hari terakhir kami, hunting for kek lapis la. Driver kami cakap kek lapis yang terkenal of course la Kek Lapis Dayang Salha. Tapi kalau nak sedap dia suh cari Kek Lapis Zaharah. Sebab dia lebih moist. So kami ikut jek pendapat orang Sarawak ni.

Kami tak pergi ke kedai (depan waterfront), terus ke rumah. Tapi sayangnya ada tinggal beberapa jenis je. Kalau nak tempah boleh sebab dia akan mula memasak pada pukul 3petang. So pengajarannya, before balik sehari sebelum leh tempah dulu, dia akan bungkus elok-elok dan boleh terus hantar ke hotel kalau kita mahu. Next time akan buat macam tu. Harga mengikut jenis kek lapis tersebut, paling murah RM8.