10:18:00

<b>Hotel</b> Waterfront diyakini menyumbang kepada legasi <b>...</b>


<b>Hotel</b> Waterfront diyakini menyumbang kepada legasi <b>...</b>

Posted: 08 May 2014 09:01 AM PDT

KUCHING: Pembinaan Hotel Waterfront yang dibina berkembar dengan pusat beli-belah Plaza Merdeka di sini diyakini akan menyumbang kepada legasi pembangunan bandar raya ini.

Demikian dinyatakan Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ketika menyempurnakan acara 'Topping Off' hotel baharu berkenaan, semalam.

"Saya yakin apabila berdirinya Hotel Waterfront nanti, ia akan membantu meningkatkan legasi kejiranan di Kuching.

"Saya mendoakan yang terbaik kepada projek ini agar ia dapat dilaksanakan sepenuhnya dan mencapai matlamat yang dikehendaki," katanya.

Menurut Taib, Kuching kini sudah semakin maju dan berkembang sekali gus menjadi tarikan utama para pelancong asing.

"Hakikatnya, kita sudah berjaya membangunkan Kuching khasnya dan Sarawak amnya.

"Sebab itu, kita dapat menyaksikan Kuching kini sudah menjadi tempat tarikan pelancong dan menjadi kawasan 'walk about' bagi masyarakat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Plaza Merdeka dan Kumpulan Hotel 360 Datuk Steve Ng berkata tema bagi pembinaan Hotel Waterfront adalah 'ARTRAGEOUS Hotel' iaitu berkonsepkan hasil seni.

"Kami telah komited untuk bekerjasama dan menyokong masyarakat seni tempatan.

"Kami akan memberikan tempat bagi mereka mempamerkan kerja-kerja seni mereka tanpa sebarang kos," katanya.

Selain itu, Ng berkata pihaknya juga akan membeli hasil seni yang terpilih dan mempamerkannya di dalam hotel untuk tatapan para pelanggan.

"Kami menyasarkan untuk mewujudkan satu produk yang akan menambah satu dimensi baharu kepada pasaran hospitaliti Kuching sekali gus menjadi salah satu lokasi ikonik di malaysia," katanya.

Hadir sama Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Print Friendly