11:51:00

Makan di kuching - Come Sarawak


8 Nov 13 : Bakat TUDM Raikan Isteri Mantan-Mantan Panglima <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2013 01:25 AM PST

 REZ_4611

REZ_4629

REZ_4824

REZ_4818

REZ_4821

KUCHING, 8 Nov 13 – Bakat TUDM telah meraikan  isteri mantan-mantan Panglima Tentera Udara yang berkunjung ke Pangkalan Udara Kuching. Ketibaan mereka di PU Kuching  telah disambut oleh Puan Sri Datin Sri Asnah bt Din, isteri Panglima Tentera Udara serta ahli-ahli Bakat TUDM.

Kehadiran mereka di PU Kuching adalah bersama mantan-mantan Panglima Tentera Udara dalam satu program khusus bersama mantan-mantan PTU  yang dianjurkan oleh TUDM bagi mengimbau kembali kenangan silam di PU Kuching  semasa mereka di dalam perkhidmatan.

Antara isteri mantan Panglima Tentera Udara yang hadir adalah, Puan Sri Hjh Lat Kamariah bt Abd Rahman, isteri Lt Jen Tan Sri Mohamed Ngah Said (Bersara), Puan Sri Datin Sri Sa'adiah bt Daud, isteri Jen Tan Sri Dato' Sri Suleiman Mahmud (Bersara) dan Puan Sri Datin Sri Noorainee bt Abd Rahim, isteri Jen Tan Sri Dato' Sri Azizan Ariffin (Bersara).

Kesemua mereka telah dibawa ke tempat-tempat menarik disekitar Bandaraya Kuching serta menikmati pemandangan indah Bandaraya Kuching di waktu malam dalam satu majlis makan malam khas yang diadakan di atas Sarawak River Cruise.

. Bookmark the

.