11:32:00

Tempat Menarik di kuching - Come Sarawak


Blog Ahmad Tarmizi Talib: <b>TEMPAT MENARIK DI</b> SARAWAK <b>...</b>

Posted: 27 Nov 2013 09:20 AM PST

Pasar Serikin terletak di daerah Bau. Pasar ini merupakan tempat MESTI WAJIB dikunjungi kalau datang ke Sarawak. Sebabnya kalau kita cerita pada orang yang kita pernah pergi Sarawak orang akan tanya,"ada pergi pasar Serikin"? hehe. Apa kita nak jawab. Tak diam tak tahu. Haa kena ambil tau sikit hehe.

Banyak produk yang terdapat di sini. Biasalah tempat dengan sempadan maka barangnya pun dari sempadan la. Kalau nakcari bingkai gambar jati, pakaian, telekung dan lain-lain lagi sinilah tempatnya. Memang berbaloi bershopping dekat sini. Kalau duduk di kuching tu,simpan2 la duit.Sebab dekat sini memang rambang mata.

Tengok apa yang aku borong kat bawah ni. Tikar Sarawak. Kalau dekat semenanjung ni mahunya cecah RM250 satu.Kalau dekat sini paling murah RM60. Untuk gred yang bagus dia mudah lentur. Warna dia gelap dan tak kasar tikarnya. Kena rajin bertanya. Jangan main beli je hehe. Harga mengikut pengalaman aku (sebab dulu belajo dan mengajar kat sana hehe) rate RM80-120 sahaja. Kalau lebih tu pandai2 la cari kedai lain hehe. Kalau nak bawak balik semenanjung suruh dia lipat dalam guni. Mudah kita bawa. Berat dalam 7kg macam tu. Lepas letak kat kargo hehe.