Rumah Sewa Di Kuching - Come Sarawak |
- HOT! Naik <b>Sewa Rumah</b> PPR, Kerajaan Selangor Tindas Rakyat <b>...</b>
- HOMESTAY <b>KUCHING</b> - <b>Kuching</b> Secret - Blogger
- cik azi nur BLOG: CARI <b>RUMAH</b>
HOT! Naik <b>Sewa Rumah</b> PPR, Kerajaan Selangor Tindas Rakyat <b>...</b> Posted: 14 Nov 2013 06:57 PM PST Mc ada terbaca di blog Sangkakala bahawa kerajaan negeri Selangor mengenakan kenaikkan sewa rumah PPR hampir 100%. Kita semua sedia maklum bahawa rumah PPR untuk mereka yang berpendapatan rendah saja. Kalau naik sewa macam tu, pasti ianya menyusahkan rakyat. Kerajaan Selangor melalui syarikat yang diberikan kuasa untuk menjalankan kutipan sewa kepada penyewa PPR nampak gayanya cuba menipu mereka untuk menaikkan harga sewa kediaman mereka dari RM 124 kepada RM 250 sebulan. Daripada surat pekeliling yang diedarkan kepada penduduk atau penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 124 jelas kerajaan negeri sudah mula menggula gulakan mereka dengan pemberian khairat kematian kononnya. Syarikta perumahan dan hartanah Selangor SDN BHD telah mengeluarkan sirat seperti diatas dan kononnya jika mereka tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut maka nama mereka akan dipamerkan di blok masing masing untuk dibuat semakan dan mendapat persetujuan daripada penduduk atau penyewa lain sama ada mereka layak atau tidak untuk membuat bayaran sebanyak RM 124. Apa yang Sangkakala maksudkan sebagai gula gula ialah, mereka dikatakan akan dilindungi oleh khairat kematian yang mana jika penama meninggal dunia, maka mereka layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM 1000, pasangan RM 500 dan anak anak juga sebanyak RM 500. Persoalannya disini, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 ini benar benar berkemampuan? Ada di kalangan mereka ini sudah berumur melebihi dari 60 tahun dan mereka ini adalah dikalangan warga emas. Kerajaan Selangor jangan la cuba nak tipu orang ramai khususnya mereka yang menyewa di PPR ini seolah olah mereka terlalu bodoh hingga tak mampu untuk berfikir dengan waras. Jika selama ini mereka membayar sewa sebanyak RM 124 sebulan atas dasar apa ianya hendak dinaikkan? Lagi satu soalan Sangkakala, bukankah EXCO Perumahan Selangor telah mengatakan bahawa tidak ada kenaikan terhadap penyewa penyewa ini dan adakah dengan cara sebegini membolehkan kerajaan Selangor menaikkan sewa secara paksa tanpa disedari? Sangkakala mengandaikan bahawa mereka ini cuba dianiaya oleh kerajaan Selangor melalui anak syarikat kerajaan Selangor sendiri kerana, jika nama mereka diletakkan di blok masing masing, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan bersetuju dengan kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 selama ini? Itu juga sebab kenapa Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor cuba untuk memaksa mereka membayar sewa sebanyak RM 250 dan alasan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri nanti sudah pasti penduduk lain tidak bersetuju dan mereka ini akan terus diminta untuk membayar sewa sebanyak RM 250. Sangkakala difahamkan bahawa mereka yang dipindahkan daripada setinggan di sekitar Selangor diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM 124 dan bagi mereka yang membuat permohonan untuk menyewa maka mereka ini perlulah membayar sewa dengan kadar RM 250 sebulan. Dan kini mereka yang membayar sewa dengan kadar RM 124 dipaksa secara profesional oleh kerajaan negeri yang kononnya akan bertanya kepada penduduk lain dan jawapan yang sudah pastiakan diberikan nanti ialah mereka yang membayar sewa ini dikatakan tidak layak untuk mengekalkan sewa mereka dan sewa mereka akan dinaikkan dari RM 124 kepada Rm 250 sebulan. Adakah ini keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang diwar warkan oleh kerajaan Selangor dan dari pengamatan Sangkakala, mereka ini majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu dan dimana lafaz sumpah Menteri Besar dihadapan DYMM Sultan Selangor bahawa beliau akan menjaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam? Penipuan demi penipuan dilakukan kepada rakyat Selangor oleh kerajaan negeri cuma ianya terselindung atau secara terang terangan. |
HOMESTAY <b>KUCHING</b> - <b>Kuching</b> Secret - Blogger Posted: 10 Nov 2013 11:51 PM PST HOMESTAY KUCHING: SL 30, TAMAN JUTA RIA , KM8, JALAN MATANG, KUCHING. Alhamdulillah, selepas perkembangan bisnes kereta sewa semakin tersebar luas di kalangan rakan-rakan, saya didatangi oleh seorang rakan sekerja yang jauh lebih berusia. Jarang sekali kami bersembang berkaitan kehidupan, tapi entah macam mana, dia menceritakan minat untuk menjadikan salah satu dari unit rumah miliknya, single storey house, dijadikan homestay. Sebelum ini, rakan sejawat ini, pernah menjadikan rumahnya sebagai rumah sewa.Tapi kali ini dia bertekad untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk menjana sedikit pendapatan bulanan bagi keluarga. Saya tidak berani menjanjikan bulan dan bintang untuk rakan ini, tapi saya cuba sedaya upaya untuk membantu dia mempromosi homestay dia, lagi-lagi sekarang ni musim cuti sekolah yang biasanya, pendapatan pengusaha homestay dan kereta sewa akan mendapat hasil yang lebih berbanding bulan-bulan lain. Herm, anda semua mesti tak sabar nak menjengok homestay ini. Letih dah mendengar celoteh sayakan.Selamat menatap semua. Homestay dilengkapi kemudahan berikut: 3 Bilik Tidur Bagi yang bercadang untuk bertandang ke Bandaraya Kuching dan ingin mendapatkan perkhidmatan ini, jangan malu dan segan. Terus berhubung dengan saya di 013-8016851.Selamat menatap semua. P/S: Tuan Rumah prefer tetamu Muslim sahaja... |
cik azi nur BLOG: CARI <b>RUMAH</b> Posted: 11 Nov 2013 06:53 PM PST hai.. aku sebenonya tengah cari rumah. rumah sewa je la kekdahnye. kira nak pindah dari rumah sewa A ke rumah sewa B. tapi rumah sewa B tak jumpe lagi. pening jugak nak cari rumah sewa kat JB especially area taman daya-taman molek ni. lagi pulak aku taknak dah duduk rumah pangsa. stress hakak duduk rumah cenggitu tu. :p bukan nak pandang rendah dekat rumah pangsa ni. tapi blok aku tu kan kan kan kan kan nak citer ni...ade mat gian duduk bawah tangga yang iolz selalu naik tu. stakat duduk saje dengan khayalan die takpe, ni tak kadang-kadang mengacau jugak. dah lah tu satu-satunya tangga untuk naik ke rumah. blok lain aku tak pasti la. blok aku ni ha macam-macam drama swasta pernah wujud. yang gaduh laki bini baling-baling baju kebawah, yang gaduh berparang-parang, gaduh pakwe makwe, hoii seram kannn. aku takoott tau. majoriti yang duduk kat situ orang indonesia yang dah dapat PR kot. pastu ramai jugak perantau dari sabah sarawak. orang kelantan pon ramai sebab kalau pagi-pagi mesti dengar dikir barat hihiihii. budak-budak kecik kat situ pon aku tengok macam gangsters. aku pulak takot dengan dorang. haha ade satu hari tu, aku dengan hosmet tengah main badminton kat court badminton. datang dua orang budak dalam lingkungan 8-10 tahun ni asyik bising je mulut maki-maki aku tak geti main la itu la ini la. coii sangat!. kalau adik ke sepupu sepapat aku lame dah aku hempuk dengan raket sekor-sekor! haha. pakal je anak orang, pakal je aku tengok budak tu macam gangster tak jadi nak hempukk..kahkahkah dasarrr pengecut! so, misi adalah mencari rumah taman. hoi nak cari rumah taman ni pulak punya lah leceh kan. mungkin takde rezeki lagi kot nak dapat rumah taman ni. mase mula-mula aku berhijrah kat JB ni adalah cuba cari rumah taman kira rumah pangsa ni last choice. tapi rege sewanya pulak sampai RM1k. kalau ada yang murah pon dalam RM700 tapi rumahnye pulak macam nak roboh plus paip poblem etc hehe. aku dapat rumah ni pun sebab rumah ni cleaner yang keje kat ofis aku tu yang punya. die taknak duduk situ sebab ade rumah len kat masai. rejeki aku dapat rumah die. murah pun murah RM350 je sebulan. poblemnye pulak singki, lubang air kat bilik mandi tu kerap tersumbat lantas mengeluarkan bau yang kurang enak. makin lama makin teruk, dah buat aduan pun still macam ni jugak takde tindakkan. kami jugak yang tak selesa, tu baru bab tersumbat, belum yang sekian-sekian tu #urutdada. aku harap sangat segera dapat rumah sewa lain sebelum tahun baru ni. #nekad ni!! :p
rumah oh rumah berdampinglah kau bersama ku!! |
You are subscribed to email updates from rumah sewa di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |