06:05:00

<b><b><b><b>Tempat</b></b> Menarik <b><b><b>Di Kuching</b></b></b></b></b <b>...</b> - Come Sarawak


<b><b><b><b>Tempat</b></b> Menarik <b><b><b>Di Kuching</b></b></b></b></b <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 03:02 PM PDT

Siapa suka melancong? Malaysia tak kurang tempat yang menarik untuk dilawati. Baru-baru ini, saya ada minta quaotation untuk ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Menarik juga tawarannya. Saya kongsikan di sini.

PAKEJ A (4Hari 3Malam)

TRANSPORTATION (VAN) + HOMESTAY + AIRPORT + TOURS + DRIVER

= RM1600

- HOMESTAY TAMAN SEJOLI - Petrajaya Kuching

- Sebuah Homestay 3 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi

- Penginapan Berkonsep Family House

- Homestay FULLY FURNISHED & FULLY AIRCOND

- Homestay ini Mempunyai 4 SET AIRCOND

- Semua Bilik Tidur mempunyai AIRCOND

- Ruang Tamu juga mempunyai AIRCOND

- Mempunyai 5 SET KATIL BESAR / DOUBLE

- 8 SET Towels / Tuala Mandi juga Disediakan

- Tilam & Bantal EXTRA juga Disediakan

- Ada TV, Seterika Baju, Mesin Basuh & Peti Sejuk

- Hanya 10 minit driving ke Bandaraya Kuching

- Dapur disediakan dan boleh memasak

- Homestay Bedekatan Kedai Makan / Restoran

- Sesuai Untuk Anda Sekeluarga

**STANDARD CHECK-IN  TIME :  2.00 Petang

**STANDARD CHECK-OUT TIME :  12.00 Tengahari

BOOKING SEGERA!!! BOOKING SEGERA! Sementara

masih ada kekosongan. Ramai yang datang untuk

Bercuti, Melancong, Event Sukan, majlis majlis

kahwin dan rombongan sekolah sekolah yang

membuat lawatan memandangkan PROMOSI

TIKET MURAH AIRASIA & TIKET PROMO

1 MiLLION FREE SEATSSSS dan kami

menerima banyak Booking tempoh tersebut.

"""FIRST COME FIRST SERVE BOOKING"""

"""FIRST COME FIRST SERVE BOOKING""".

Pakej ini adalah termasuk menjemput anda semua di Kuching

Airport nanti dan membawa anda ke penginapan anda untuk Check-In.

Kami juga boleh membawa anda TOURS/berjalan-jalan Direct dari pagi

sehingga jam 10.00 malam SETIAP HARI selama tempoh lawatan anda

di Kuching Sarawak untuk melawat beberapa tempat lawatan pilihan anda.

Begitu juga hari terakhir balik, kami akan hantar anda balik di airport nanti.

Di antara tempat-tempat TOURS / CADANGAN LAWATAN yang termasuk di

dalam PAKEJ ini adalah seperti berikut dan anda BEBAS & FLEKSIBEL

serta boleh pilih pilih mana-mana tempat lawatan bergantung kepada

kesempatan masa anda :-

Kampung Budaya Sarawak, Santubong

Main Bazar (bazar untuk shopping)

India Street (bazar untuk shopping)

Batu 5 (pasu-pasu Sarawak / perhiasan rumah)

Pasar Ikan Terubuk

Batu 7 (tikar-tikar Sarawak)

Kilang Kek Lapis Sarawak (Dayang Salhah)

SARIKIN - shopping (sabtu & ahad sahaja)

Pasar malam Sarawak, Satok (sabtu & ahad)

Pusat Orang Utan Sarawak

Taman Buaya Sarawak

BOAT Trip (Dolphin Viewing)

Bidayuh Long House Anah Rais

BAKO National Park (Boat Trip)

Matang Wildlife Centre / Pusat Hidupan Liar

Sen-Piao (Barangan Lada Hitam)

Wind Cave

Fairy Cave

Camp Permai / Waterfalls / Pantai

Serapi Water Park

Muzium Sejarah Sarawak

Muzium CAT WATERFRONT

Naik Sampan Ke Medan Selera

Muzium Tekstil

Wisma Satok Shopping Complex

Spring Shopping Complex (shopping)

Riverside Majestic (shopping)

Crystal Shop

DUN Tower (view/foto)

Orkid Garden

Muzium Rama Rama

Muzium Islam Sarawak

MBKS Galeri

Masjid Jamek Sarawak

Boat Cruise Sarawak River

Sarawak Plaza Shopping Complex

Cadangan Cadangan Tempat-Tempat Makan/Breakfast/Lunch/Dinner di

KUCHING SARAWAK;-

Mom's Laksa & Mee Kolok, Top Spot Seafood, Udang Galah House,

Ayam Pansuh, Ikan Terubuk Bakar, Raja Ayam Penyet Kampung Masjid,

Ket's Kitchen, Seafood Buntal, Restoran Chilli Pepper's, Baruk's Café,

Singapore Chicken Rice, Kopi Ocorner, YB Daud, Café Bunda, Café 75,

Ceko Café, Ket's kitchen, Medan Selera Kpg Boyan,  Restoran Bimmer's,

Laksa Tinot,  Tom Yam Goong, Saddad Court, Serapi Corner, Astana Satay

Local foods :- Laksa Sarawak, Mee Jawa, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet, Linut,

Mee Sapi, Nasik Aruk Sarawak, Nasi Ikan Masin Terubuk

TIKET MASOK & MAKAN MINUM adalah BEBAS / Tanggungan sendiri

Sekiranya anda CONFIRM, Kami akan BLOCK-BOOKING untuk anda

tarikh Lawatan tersebut.

Waktu Solat/Makan/pertukaran tempat lawatan serta ubah suai masa

anda boleh berurusan dengan Driver anda nanti… anda boleh maklumkan

pada Driver untuk singgah singgah solat/makan dan sebagai nya yang berkaitan…

ENCIK MOHAMAD

016-8573030 (call/sms)

mohamadhomestay@gmail.com

Event Management, Homestay,

Transportation & TOURS Service







 So, siapa yang berminat, bolehlah contact En. Mohamamad di talian 016-857 3030

Mom&#39;s Laksa popular dengan menu Laksa Sarawak – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2014 06:14 PM PDT

by Siti Aisyah Ramli. Posted on April 29, 2014, Tuesday

BERMULA secara kecil-kecilan sejak 20 tahun lalu, kini Mom's Laksa antara restoran popular yang menyajikan menu Laksa Sarawak resipi ibu bagi peminatnya khusus di bandar raya Kuching.

Dengan menjadikan Kompleks Mahkamah Lama (Kompleks Pelancongan), Kuching sebagai lokasi gerai pertamanya, Mom's Laksa kini mempunyai lima cawangan di sekitar bandar raya ini.

Perniagaan yang pernah menyediakan perkhidmatan penghantaran Laksa Sarawak dari pejabat ke pejabat ini turut menjadi bukti bahawa perniagaan yang diusahakan masyarakat Melayu ini dapat terus berkembang.

Semuanya hasil gigih pengasasnya Hadiah Yak, 65, yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dan putus asa untuk memastikan perniagaannya itu terus bertahan malah maju seperti hari ini.

Kini, perniagaan itu diteruskan oleh dua daripada enam orang anaknya yang berjaya menjadikan Mom's Laksa sebagai lokasi persinggahan wajib masyarakat tempatan bahkan juga pengunjung luar yang melancong ke sini untuk menikmati hidangan Laksa Sarawak yang tidak menjemukan.

Meskipun wujud budaya persaingan sihat di kalangan pengusaha berbilang kaum dalam industri makanan dan minuman di sini, ia tidak menjadi faktor penghalang kepada Hadiah untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan itu sekali gus membayar segala penat lelah yang pernah dirasai suatu ketika dahulu.

Anak lelaki Hadiah, Rizal Jamali, 37, menyambung kudrat ibunya dalam mengusahakan Mom's Laksa yang terletak di Jalan Astana sambil turut dibantu oleh isterinya, Suhaida Sahdan, 38.

Rizal berkata, perniagaan yang diwarisi daripada ibunya itu harus diabadikan dalam bentuk penghargaan dan diteruskan oleh anak-anak.

"Kami tidak mahu perniagaan ini terkubur begitu sahaja kerana ia merupakan hasil titik peluh ibu bapa kami yang bermula dari titik sifar lagi.

"Memandangkan kini mereka masing-masing telah tua, kudrat mereka seharusnya disambung oleh kami sebagai anak yang sememangnya berhasrat untuk mengetengahkan industri perniagaan ini ke pasaran yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Borneo.

Suhaida menambah, Mom's Laksa kini mempunyai lima cawangan di sekitar bandar raya Kuching merangkumi Jalan Merdeka, Jalan Astana, Matang, Gita dan Was Corner (gerai sewa) yang diusahakan sendiri oleh adik beradik Rizal termasuk adiknya, Mastika Jamali, 26, yang mengusahakan cawangan di Jalan Astana.

Selain itu, ujarnya hubungan baik dan erat sesama adik beradik menjadikan perniagaan itu kini lebih berjaya dan laris serta terkenal di seluruh bandar raya.

"Resipi kejayaan kami sangat mudah. Pertama sekali ialah niat yang ikhlas dalam menghidangkan makanan terbaik kepada pelanggan dan yang kedua hubungan erat antara adik beradik dengan ibu dan bapa.

"Meskipun perniagaan ini bermula dari gerai kecil-kecilan, kami rasakan ia patut diteruskan dalam usaha untuk menghargai resipi warisan turun temurun oleh ibu bapa kami," katanya.

Kini, Mom's Laksa juga menjamu hidangan Bihun Belacan yang turut menjadi kegemaran masyarakat di bandar raya ini, kata Suhaida.

Sementara itu, pelanggan setia Mom's Laksa, Ahmad Zaki Affende berkata Mom's Laksa menjadi pilihan utama terutama bagi memenuhi seleranya untuk bersarapan pagi.

"Sejak mencuba hidangan Laksa Sarawak di Mom's Laksa (gerai di Was Corner) suatu ketika dahulu, saya terus menyukai rasanya yang tidak menjemukan.

"Sehingga suatu ketika saya berkesempatan mencuba hidangan Laksa Sarawak Mom's Laksa di cawangan lain, rasanya masih kekal sama dan tidak berubah hingga kini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ahmad Zaki berkata, sebagai konsultan di salah sebuah bank tempatan di Kuching, beliau berkunjung ke Mom's Laksa hampir setiap hari untuk bertemu dengan pelanggan bagi urusan perniagaan.

"Setiap kali bertemu dengan pelanggan, saya akan menetapkan temu janji untuk berjumpa di Mom's Laksa kerana tidak mahu terlepas peluang merasai hidangan Laksa Sarawaknya yang tiada bandingan, sekurang-kurangnya sekali setiap hari," tambahnya.

Manakala bagi pasangan suami isteri yang juga merupakan pelanggan setia Mom's Laksa, Marikan Rais, 67, dan Noraini Buang, 62, berkata hidangan Laksa Sarawak yang dijual di Mom's Laksa tidak pernah menghampakan pelanggan yang berkunjung ke sana.

"Saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di Mom's Laksa selain tidak perlu menunggu lama untuk dihidangkan Laksa Sarawak meskipun kedai sentiasa dipenuhi pelanggan.

"Ini membuktikan pekerja di sini sangat komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Selain itu, rasa Laksa Sarawak yang dihidangkan di sini tidak pernah berubah walaupun penyediaannya kini mestilah dalam kuantiti yang banyak memandangkan pelanggan yang semakin bertambah saban hari," ujarnya.

Print Friendly