10:14:00

<b><b><b><b>Tempat</b></b> <b>Menarik</b> <b><b>di kuching</b></b></b></b></b <b>...</b> - Come Sarawak


<b><b><b><b>Tempat</b></b> <b>Menarik</b> <b><b>di kuching</b></b></b></b></b <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2014 04:52 PM PDT

Siapa suka melancong? Malaysia tak kurang tempat yang menarik untuk dilawati. Baru-baru ini, saya ada minta quaotation untuk ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Menarik juga tawarannya. Saya kongsikan di sini.

PAKEJ A (4Hari 3Malam)

TRANSPORTATION (VAN) + HOMESTAY + AIRPORT + TOURS + DRIVER

= RM1600

- HOMESTAY TAMAN SEJOLI - Petrajaya Kuching

- Sebuah Homestay 3 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi

- Penginapan Berkonsep Family House

- Homestay FULLY FURNISHED & FULLY AIRCOND

- Homestay ini Mempunyai 4 SET AIRCOND

- Semua Bilik Tidur mempunyai AIRCOND

- Ruang Tamu juga mempunyai AIRCOND

- Mempunyai 5 SET KATIL BESAR / DOUBLE

- 8 SET Towels / Tuala Mandi juga Disediakan

- Tilam & Bantal EXTRA juga Disediakan

- Ada TV, Seterika Baju, Mesin Basuh & Peti Sejuk

- Hanya 10 minit driving ke Bandaraya Kuching

- Dapur disediakan dan boleh memasak

- Homestay Bedekatan Kedai Makan / Restoran

- Sesuai Untuk Anda Sekeluarga

**STANDARD CHECK-IN  TIME :  2.00 Petang

**STANDARD CHECK-OUT TIME :  12.00 Tengahari

BOOKING SEGERA!!! BOOKING SEGERA! Sementara

masih ada kekosongan. Ramai yang datang untuk

Bercuti, Melancong, Event Sukan, majlis majlis

kahwin dan rombongan sekolah sekolah yang

membuat lawatan memandangkan PROMOSI

TIKET MURAH AIRASIA & TIKET PROMO

1 MiLLION FREE SEATSSSS dan kami

menerima banyak Booking tempoh tersebut.

"""FIRST COME FIRST SERVE BOOKING"""

"""FIRST COME FIRST SERVE BOOKING""".

Pakej ini adalah termasuk menjemput anda semua di Kuching

Airport nanti dan membawa anda ke penginapan anda untuk Check-In.

Kami juga boleh membawa anda TOURS/berjalan-jalan Direct dari pagi

sehingga jam 10.00 malam SETIAP HARI selama tempoh lawatan anda

di Kuching Sarawak untuk melawat beberapa tempat lawatan pilihan anda.

Begitu juga hari terakhir balik, kami akan hantar anda balik di airport nanti.

Di antara tempat-tempat TOURS / CADANGAN LAWATAN yang termasuk di

dalam PAKEJ ini adalah seperti berikut dan anda BEBAS & FLEKSIBEL

serta boleh pilih pilih mana-mana tempat lawatan bergantung kepada

kesempatan masa anda :-

Kampung Budaya Sarawak, Santubong

Main Bazar (bazar untuk shopping)

India Street (bazar untuk shopping)

Batu 5 (pasu-pasu Sarawak / perhiasan rumah)

Pasar Ikan Terubuk

Batu 7 (tikar-tikar Sarawak)

Kilang Kek Lapis Sarawak (Dayang Salhah)

SARIKIN - shopping (sabtu & ahad sahaja)

Pasar malam Sarawak, Satok (sabtu & ahad)

Pusat Orang Utan Sarawak

Taman Buaya Sarawak

BOAT Trip (Dolphin Viewing)

Bidayuh Long House Anah Rais

BAKO National Park (Boat Trip)

Matang Wildlife Centre / Pusat Hidupan Liar

Sen-Piao (Barangan Lada Hitam)

Wind Cave

Fairy Cave

Camp Permai / Waterfalls / Pantai

Serapi Water Park

Muzium Sejarah Sarawak

Muzium CAT WATERFRONT

Naik Sampan Ke Medan Selera

Muzium Tekstil

Wisma Satok Shopping Complex

Spring Shopping Complex (shopping)

Riverside Majestic (shopping)

Crystal Shop

DUN Tower (view/foto)

Orkid Garden

Muzium Rama Rama

Muzium Islam Sarawak

MBKS Galeri

Masjid Jamek Sarawak

Boat Cruise Sarawak River

Sarawak Plaza Shopping Complex

Cadangan Cadangan Tempat-Tempat Makan/Breakfast/Lunch/Dinner di

KUCHING SARAWAK;-

Mom's Laksa & Mee Kolok, Top Spot Seafood, Udang Galah House,

Ayam Pansuh, Ikan Terubuk Bakar, Raja Ayam Penyet Kampung Masjid,

Ket's Kitchen, Seafood Buntal, Restoran Chilli Pepper's, Baruk's Café,

Singapore Chicken Rice, Kopi Ocorner, YB Daud, Café Bunda, Café 75,

Ceko Café, Ket's kitchen, Medan Selera Kpg Boyan,  Restoran Bimmer's,

Laksa Tinot,  Tom Yam Goong, Saddad Court, Serapi Corner, Astana Satay

Local foods :- Laksa Sarawak, Mee Jawa, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet, Linut,

Mee Sapi, Nasik Aruk Sarawak, Nasi Ikan Masin Terubuk

TIKET MASOK & MAKAN MINUM adalah BEBAS / Tanggungan sendiri

Sekiranya anda CONFIRM, Kami akan BLOCK-BOOKING untuk anda

tarikh Lawatan tersebut.

Waktu Solat/Makan/pertukaran tempat lawatan serta ubah suai masa

anda boleh berurusan dengan Driver anda nanti… anda boleh maklumkan

pada Driver untuk singgah singgah solat/makan dan sebagai nya yang berkaitan…

ENCIK MOHAMAD

016-8573030 (call/sms)

mohamadhomestay@gmail.com

Event Management, Homestay,

Transportation & TOURS Service







 So, siapa yang berminat, bolehlah contact En. Mohamamad di talian 016-857 3030

<b>Tempat Menarik Di Kuching</b>, Sarawak | Pakej Pulau Malaysia <b>...</b>

Posted: 10 Nov 2013 08:00 PM PST

tempat menarik di kuching sarawak

Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.

tempat menarik di kuching sarawak-7

#1-KAMPUNG BUDAYA

Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan  merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke  tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

tempat menarik di kuching sarawak-1

 #2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)

PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.

tempat menarik di kuching sarawak-2

#3-PASAR MINGGU SATOK

Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain.

tempat menarik di kuching sarawak-3

 #4-KUCHING WATERFRONT

Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.

tempat menarik di kuching sarawak-4

#5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.

 tempat menarik di kuching sarawak-6

 #6- TAMAN NEGARA BAKO

Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib  baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.

 tempat menarik di kuching sarawak-5

 #7-PASAR SERIKIN

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.

 tempat menarik di kuching sarawak-8

#8-JONG'S CROCODILE FARM

Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.

Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong. Selain dari tempat-tempat pelancongan utama yang dinyatakan, terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Negara Kubah, Taman Orkid, Fairy Cave, Muzium Sejarah Cina, Muzium Sarawak, Tokong Tua Pek Kong, Muzium Tekstil, Muzium Kuching, Masjid Kuching, Kompleks Mahkamah Lama, Astana Negeri Sarawak, Kubu Margherita, Damai Central, Muzium Islam, Tugu Kuching, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Sarawak River Cruise, dan Bazaar Kaum Bidayuh.

Jadi diatas adalah diantara sempat pihak krew jomlahcuti kongiskan kepada anda semua. Kami disini menyediakan pakej percutian ke Kuching sama ada untuk percutian keluarga, bulan madu mahupun secara berkumpulan.  Untuk dapatkan pakej percutian ke Kuching anda boleh klik disini. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau trip anda ke Kuching maka jangan segan untuk menghubungi kami di talian 603-5510 8266 atau 010-275 8891. Boleh juga email kami di sales@jomlahcuti.com. Sekian untuk artikel kali ini- krew jomlahcuti

credit image : AndyLeo@Photography , GlobaLinks Learning Abroad, TW Cheong