<b>Tempat Menarik Di Kuching</b> - Come Sarawak - Blogger... - Come Sarawak |
- <b>Tempat Menarik Di Kuching</b> - Come Sarawak - Blogger...
- Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker Hotel Berambih <b>...</b>
- aku VS kehidupan: Senarai <b>Tempat</b> Perlancongan <b>Menarik Di</b> Johor <b>...</b>
- Melawat Rumah Panjang Titi Buluh Etnik Bidayuh <b>Di</b> Homestay <b>...</b>
<b>Tempat Menarik Di Kuching</b> - Come Sarawak - Blogger... Posted: 27 Feb 2014 03:46 PM PST Siapa suka melancong? Malaysia tak kurang tempat yang menarik untuk dilawati. Baru-baru ini, saya ada minta quaotation untuk ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Menarik juga tawarannya. Saya kongsikan di sini. PAKEJ A (4Hari 3Malam) TRANSPORTATION (VAN) + HOMESTAY + AIRPORT + TOURS + DRIVER = RM1600 - HOMESTAY TAMAN SEJOLI - Petrajaya Kuching - Sebuah Homestay 3 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi - Penginapan Berkonsep Family House - Homestay FULLY FURNISHED & FULLY AIRCOND - Homestay ini Mempunyai 4 SET AIRCOND - Semua Bilik Tidur mempunyai AIRCOND - Ruang Tamu juga mempunyai AIRCOND - Mempunyai 5 SET KATIL BESAR / DOUBLE - 8 SET Towels / Tuala Mandi juga Disediakan - Tilam & Bantal EXTRA juga Disediakan - Ada TV, Seterika Baju, Mesin Basuh & Peti Sejuk - Hanya 10 minit driving ke Bandaraya Kuching - Dapur disediakan dan boleh memasak - Homestay Bedekatan Kedai Makan / Restoran - Sesuai Untuk Anda Sekeluarga **STANDARD CHECK-IN TIME : 2.00 Petang **STANDARD CHECK-OUT TIME : 12.00 Tengahari BOOKING SEGERA!!! BOOKING SEGERA! Sementara masih ada kekosongan. Ramai yang datang untuk Bercuti, Melancong, Event Sukan, majlis majlis kahwin dan rombongan sekolah sekolah yang membuat lawatan memandangkan PROMOSI TIKET MURAH AIRASIA & TIKET PROMO 1 MiLLION FREE SEATSSSS dan kami menerima banyak Booking tempoh tersebut. """FIRST COME FIRST SERVE BOOKING""" """FIRST COME FIRST SERVE BOOKING""". Pakej ini adalah termasuk menjemput anda semua di Kuching Airport nanti dan membawa anda ke penginapan anda untuk Check-In. Kami juga boleh membawa anda TOURS/berjalan-jalan Direct dari pagi sehingga jam 10.00 malam SETIAP HARI selama tempoh lawatan anda di Kuching Sarawak untuk melawat beberapa tempat lawatan pilihan anda. Begitu juga hari terakhir balik, kami akan hantar anda balik di airport nanti. Di antara tempat-tempat TOURS / CADANGAN LAWATAN yang termasuk di dalam PAKEJ ini adalah seperti berikut dan anda BEBAS & FLEKSIBEL serta boleh pilih pilih mana-mana tempat lawatan bergantung kepada kesempatan masa anda :- Kampung Budaya Sarawak, Santubong Main Bazar (bazar untuk shopping) India Street (bazar untuk shopping) Batu 5 (pasu-pasu Sarawak / perhiasan rumah) Pasar Ikan Terubuk Batu 7 (tikar-tikar Sarawak) Kilang Kek Lapis Sarawak (Dayang Salhah) SARIKIN - shopping (sabtu & ahad sahaja) Pasar malam Sarawak, Satok (sabtu & ahad) Pusat Orang Utan Sarawak Taman Buaya Sarawak BOAT Trip (Dolphin Viewing) Bidayuh Long House Anah Rais BAKO National Park (Boat Trip) Matang Wildlife Centre / Pusat Hidupan Liar Sen-Piao (Barangan Lada Hitam) Wind Cave Fairy Cave Camp Permai / Waterfalls / Pantai Serapi Water Park Muzium Sejarah Sarawak Muzium CAT WATERFRONT Naik Sampan Ke Medan Selera Muzium Tekstil Wisma Satok Shopping Complex Spring Shopping Complex (shopping) Riverside Majestic (shopping) Crystal Shop DUN Tower (view/foto) Orkid Garden Muzium Rama Rama Muzium Islam Sarawak MBKS Galeri Masjid Jamek Sarawak Boat Cruise Sarawak River Sarawak Plaza Shopping Complex Cadangan Cadangan Tempat-Tempat Makan/Breakfast/Lunch/Dinner di KUCHING SARAWAK;- Mom's Laksa & Mee Kolok, Top Spot Seafood, Udang Galah House, Ayam Pansuh, Ikan Terubuk Bakar, Raja Ayam Penyet Kampung Masjid, Ket's Kitchen, Seafood Buntal, Restoran Chilli Pepper's, Baruk's Café, Singapore Chicken Rice, Kopi Ocorner, YB Daud, Café Bunda, Café 75, Ceko Café, Ket's kitchen, Medan Selera Kpg Boyan, Restoran Bimmer's, Laksa Tinot, Tom Yam Goong, Saddad Court, Serapi Corner, Astana Satay Local foods :- Laksa Sarawak, Mee Jawa, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet, Linut, Mee Sapi, Nasik Aruk Sarawak, Nasi Ikan Masin Terubuk TIKET MASOK & MAKAN MINUM adalah BEBAS / Tanggungan sendiri Sekiranya anda CONFIRM, Kami akan BLOCK-BOOKING untuk anda tarikh Lawatan tersebut. Waktu Solat/Makan/pertukaran tempat lawatan serta ubah suai masa anda boleh berurusan dengan Driver anda nanti… anda boleh maklumkan pada Driver untuk singgah singgah solat/makan dan sebagai nya yang berkaitan… ENCIK MOHAMAD 016-8573030 (call/sms) mohamadhomestay@gmail.com Event Management, Homestay, Transportation & TOURS Service So, siapa yang berminat, bolehlah contact En. Mohamamad di talian 016-857 3030 |
Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker Hotel Berambih <b>...</b> Posted: 01 Sep 2013 07:25 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah seminggu balik bercuti, baru hari ni nak update. Agak sibuk dengan jemputan open house dan kenduri kahwin sebenarnya. Kebetulan juga mak dan ayah saya datang dari kampung, jadi masa untuk beronline juga dikurangkan. Banyak sungguh alasan..hihi Untuk seminggu ni, saya akan update beberapa siri percutian kami sekeluarga ke Kuching baru-baru ni. Rancangnya sekeluarga 5 orang tetapi Along tak ikut, dia ada peperiksaan tak lama lagi, tak nak ponteng. Alhamdulillah, penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamat dan mengikut jadual di Bandaraya Kuching. Pemandangan sebelum mendarat yang sangat menarik. Terpegun melihat lentuk liuk Sungai Santubong atau Sungai Sarawak ( saya tak pasti ) yang berliku-liku dari udara. Dari lapangan terbang, kami ambil teksi berkupon ke Waterfront dengan harga RM 26.00 sebuah. Saya telah menempah Berambih Lodge di Kuching melalui laman web agoda.com. Tak susah untuk mencari lokasi Berambih Lodge yang terletak di Jalan Ewe Hai dengan bantuan Google Maps. Perkara pertama yang memukau adalah ruang tamu yang berkonsepkan hiasan rumah panjang dengan lantai buluh dan dinding atap nipah. Ini adalah kali pertama kami menginap di hotel berkonsep backpacker seperti ini berbanding hotel biasa. Pada pandangan saya, ini cukup memadai berbanding harga yang ditawarkan. Kemudahan asas dengan ruang yang minimum sesuai untuk menginap bagi percutian kembara seperti kami. Balik ke bilik hanya untuk tidur sahaja. Saya tempah dua bilik , satu katil berkembar ( RM 50 semalam ) dan satu bilik 3 orang ( RM 70 ) untuk anak-anak di Berambih Lodge. Berambih Lodge Kuching adalah backpacker hotel yang sangat sesuai kepada pelancong yang gemar menjelajah dan lokasinya beada di persekitaran yang hampir dengan semua tempat tumpuan. Memandangkan kami adalah keluarga dengan anak-anak dewasa, hotel yang mempunyai kemudahan asas seperti ini sudah mencukupi. Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil, hotel berkonsep seperti ini tidak berapa sesuai kerana bilik airnya berada di luar. Anak-anak saya dah besar, mereka boleh uruskan diri masing-masing. Sarapan self service di sediakan di ruang dapur dan perkhidmatan wifi percuma juga disediakan. Selepas mendaftar, rugikan kalau memerap di bilik saja. Mesti keluar menjelajah kerana itulah tujuan percutian ini. Berjalan kaki hanya 2-3 minit sudah berada di Waterfront. Kami naik sampan dengan tambang 50 sen menyeberang Sungai Santubong di Waterfront ke seberang. Makan tengah hari dan beli kek lapis. Nota : mohon pencerahan – nama sungai ini Sungai Sarawak atau Sungai Santubong? Bila tengok Google Maps, tulis Sungai Santubong tapi baca tempat lain tulis Sungai Sarawak Warna-warna ceria – Tokong Hong San adalah landmark paling mudah untuk ke Berambih Lodge.
Pengangkutan penting adalah sampan bagi penduduk tempatan yang menyeberang sungai ke pusat bandar. Antara beberapa lokasi senarik sepanjang kembara ini. Untuk makan malam, kami seberang Sungai Sarawak sekali lagi. Suasana waktu malam lebih meriah. Perkhidmatan sampan menyeberang sungai beroperasi sehingga lewat malam. Mesti nak cuba Laksa Sarawak , bagi saya ok lah. Suami dan anak-anak cakap sedap. Dah kena dengan selera tekak dia orang le tu. Saya order Mee kolok sarawak tetapi cuma mampu makan sesuap saja. Payah kalau orang jenis makan masakan di rumah, semua tak kena ..hihi
Ada juga pelawat tempatan dari semenanjung tetapi mereka tak sudi bergambar dengan kami… Nota : Dari beratus-ratus, gambar suasana dan peribadi, ini saja yang mampu diupload…tak berapa ada banyak masa nak beronline, maaf ye. Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie |
aku VS kehidupan: Senarai <b>Tempat</b> Perlancongan <b>Menarik Di</b> Johor <b>...</b> Posted: 16 Mar 2014 05:00 PM PDT Assalamualaikum & salam sejahtera, ini adalah entry yang ke 10 senarai kawasan perlancongan menarik di Malaysia, kali ini kita akan menjelajah ke selatan Malaysia iaitu Negeri Johor. Seperti yang anda sedia maklum, sempena dengan tahun Melawat Malaysia 2014, saya akan menyenaraikan info-info dan tempat perlancongan yang menarik yang ada di setiap negeri di Malaysia & sebelum ini saya menyenaraikan tempat perlancongan yang menarik di Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah anda boleh klik link di bawah untuk membaca entry terdahulu.
Negeri Johor antara negeri di Malaysia yang menawarkan kepelbagian destinasi yang boleh diterokai, bermula daripada laut yang indah, hutan paya bakau, taman tema yang menarik dan pelbagai lagi tarikan yang ada. Terletak bersempadan dengan Singapura antara sebab Johor antara destinasi yang popular di kalangan pelancong asing. Jadi entry kali ini saya menyenaraikan kawasan-kawasan perlancongan lain yang menarik untuk dilawati sekiranya anda datang ke Negeri Johor Darul Takzim, jadi jom lihat senarai tempat-tempat perlancongan menarik yang ada di Johor :P List Of Interesting Places In Negeri Johor, Malaysia Senarai Kawasan Perlancongan Yang Menarik Di Negeri Johor, Malaysia Pulau Kukup Johor National Park / Pulau Kukup Pulau Kukup is one of the largest uninhabited mangroves in the world. It is also the only one situated in Johor waters. Today, Pulau Kukup has received international recognition, being granted the status of a 'Wetland of International Importance' (RAMSAR site) by the Geneva- based Ramsar Convention Bureau. A local folklore tells the tale of Pulau Kukup, an abode for five celestial princesses. One day, one of them fell in love with a sailor and they eloped. A curse was set upon the island of Kukup and it was submerged by sea. The island later resurfaced, but it was covered in mangroves. Many have tried to settle on this island, but without success. Some say this is because the island is inhabited by spirits. Pulau Kukup is today the home of countless species of wildlife. Among these are playful monkeys, quiet mudskippers and nosy wild boars. Enjoy the beauty of the national park, and be immersed in a delightful natural ecosystem. Pulau Rawa / Rawa Island Sixteen kilometres off the coast of Mersing is Pulau Rawa. The island is famed for its white coral sand, tall palm trees and coral reefs with neon-coloured fish and other exotic marine life. This quiet island only has two choices of accommodation on it. The wooden chalets nestled amongst coconut groves complement the island's reputation as a quaint hideaway, perfect for those wanting to escape the hustle and bustle of the city. Pulau Sibu / Sibu Island Pulau Sibu is a pleasant hideaway with its lush tropical vegetation, endless stretches of golden beaches and clear blue waters. The island is also dotted with numerous sea caves carved out of rocks. The constant pounding of the sea during the monsoon season has given the island a beautiful yet rugged appearance. The surrounding waters contain fascinating coral reefs teeming with colourful marine life. Shipwrecks off its coast can also be found. In the olden days, Chinese junks and pirate vessels often exchanged cannon fire around this island, and the remains of these battles lie scattered around the seabed. There are facilities for scuba diving, snorkelling, windsurfing, sailing and angling. Visitors can go for a hike through the jungle leading to unspoilt mangrove swamps or visit the kelong, or jetty, where anchovies are caught. Alternatively, head for the kampung, or village, to get a first-hand look at how coconuts are smoked to make copra. Desaru's beaches / Pantai Desaru Desaru's beaches are among the best in Johor. Many returning visitors agree that its white sandy beaches are a sight to behold. The beaches are clean, lined with casuarina trees and stretch 25 kilometres long. Here, visitors can enjoy fun- filled activities such as fishing, boating, swimming, hiking as well as other outdoor activities. Take the opportunity to relax or get that sexy tan, while listening to rushing waves and enjoying the cool breeze. Numerous hotels, resorts and chalets line the area, making accommodation simple and convenient. Pantai Kampung Air Papan Water Board, coordinated 2 ° 30'59 .26 "N 103 ° 50'5 .6" T, is a beach located in Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Located about 12 KM north of Mersing, the beach is popular with locals, especially on weekends and public holidays. They can swim in the blue water, playing in the beach area or just sit and relax in the shade of the trees along the edge of the beach. From here, visitors can see quite clearly the archipelago as the Big Island, Rawa Island, Tioman Island and Middle Island, and nearby smaller islands such as Pulau Batu Gajah and Pulau Setindan. Endau Rompin National Park Endau Rompin, straddling the Johor/Pahang border, is the second National Park after Taman Negara. It covers an area of approximately 80,000 hectares of rich and exotic flora and fauna, encompassing the watershed of the rivers Endau and Rompin, from which it derives its name. In other words, this place is huge. The park is home to a vast species of birds, mammals, frogs, insects and exotic varieties of orchids, herbs, medicinal plants and trees. It seems that every time a scientific expedition returns from Endau Rompin, they discover a new species! Regular treks through the jungle will give adventurers sightings of leaf monkeys, long-tail macaques, white- handed gibbons, elephants, deer, tapirs and the occasional tiger and leopard. For adventure lovers and river trekkers, there are exhilarating rapids and fairly substantial waterfalls. To protect the pristine environment, only limited areas of the park are open for ecotourism. Entry to the park requires a special permit from the Johor National Park Corporation. Gunung Ledang / Ophir Mount Shrouded in mystical legends and folklore, Gunung Ledang continues to charm and intrigue locals and visitors alike. According to the legend of the Princess of Gunung Ledang, the Sultan of Melaka wanted the Princess' hand in marriage and she, not wanting to marry him, demanded that the Sultan present her with seven jars of women's tears, seven trays of mosquitoes' hearts and seven bowls of the Sultan's son's blood. After he was unable to meet these impossible requests, she fled to the mountain and continues to live in a hidden cave, to this day. The mountain is ideal for a myriad of outdoor activities with challenging mountain trails, icy waterfalls, and exotic flora and fauna, including many species of birds. At the relatively flat summit, which is 1,276m above sea level, a panoramic view of the Straits of Melaka and even the Sumatran coastline can been seen on a clear day. Also, Sagil Waterfall is a popular picnic spot at the base of the mountain. Tanjung Piai National Park If you've ever dreamed of falling asleep to the lilting sounds of the ocean, or waking up to the splendour of the universe, Tanjong Piai presents itself as a natural wonderland at the southernmost tip of Asia. Located 90km south of Johor Bahru's city centre, Tanjung Piai's natural wonders have been gazetted into a National Park. Its beautiful mangroves, important for their resilience, are one of the mainstays to sustainable growth of the various mangrove wildlife. They also serve to protect the land from the fierce onslaught of the wild sea. Frolic with wide-eyed mudskippers, funny macaques, wild birds and other wildlife. Platforms built throughout the park allow visitors to observe the different habitats supported by the mangroves. Just bring a pair of good walking shoes to enjoy the mangroves in comfort. Kota Tinggi Waterfalls / Air Terjun Kota Tinggi Kota Tinggi Waterfalls is located about 16 km from Kota Tinggi. waterfall located in the mine, 16 kilometers northwest of the city, is a very popular tourist destination. As high as 36 meters, this waterfall is located at the foot of Mount Muntahak which has a height of 634 meters. The cold water flowing across some shallow pool ideal for swimming. The natural beauty of some of these places have been damaged by the development of the resort with artificial landscaping. Sungai Lebam Wetlands Watching fireflies, or lightning bugs, is one of the main attractions in the Sungai Lebam Wetland Preservation area. Catching sight of the synchronised blinking lights for the first time is a magical experience. Fireflies emit light at their lower abdomen to attract mates and also scare away predators. They are harmless, but visitors should refrain from catching any as this would pose a threat to its fragile population. Fireflies often congregate at a vast mangrove swamp, especially at the Berembang trees. One should keep silent and avoid flash photography so as not to scare them away. There are fewer fireflies around on rainy nights and when the moon is full. The best time to watch fireflies is one to four hours after sunset. To get the most out of your trip, do plan your journey in advance. Danga Bay Danga Bay is the largest recreational park in Johor. The park is situated close to the Istana Bukit Serene . Danga Bay is usually the choice of location for events during the festive season. Danga Bay is expected to be the next exclusive waterfront development as it offers high-end outlets, luxurious properties as well as entertainment. The Danga Bay is easily accessible through the network of main roads which makes this place a frequently visited spot by the locals. Mawar Gallery The first of its kind in Malaysia, the Mawar Gallery showcases the "Gracious and Famous Ladies of Johor". Housed in a building about 100 years old, the permanent gallery is an amazing achievement towards the recognition of women in Johor, especially to those who have publicly contributed to the knowledge and achievements of Johor. Portraits of all past Sultanahs of Johor since 1886 until the present day, as well as ladies of the Royal Family and grand ladies of Johor are displayed here, serving as a tribute to ladies from all walks of life and professions. Puteri Harbour Theme Park Puteri Harbour Theme Park is in a modern block which resembles a shopping mall or an office complex. A sign outside says 'Little Red Cube'. It is located in the fast developing Nusajaya district adjoining a new marina and faces Singapore on the opposite bank of the Straits of Johor. Part of this complex was still being completed and no doubt more shops and restaurants will open up in the coming months. The Ground Floor of the complex is made up of a large merchandise store, the Red Bow Café and the ticketing counters. The shop sells Hello Kitty, Pingu, Barney, Bob the Builder, Angelina Ballerina and Thomas the Tank Engine products. Escalators lead up the First Floor where Sanrio Hello Kitty Town is located. The escalators continue up to the Second Floor and Third Floors where the Little Big Club is located. Zoo Johor Zoo Johor is considered as one of the oldest zoos in Malaysia as it was built in the year of 1928. There are more than 100 species of animals living in Zoo Johor including some endangered species of them animals. They are gorillas, elephants, flamingos, horses, lions and much more. The entrance fee is just RM3. The zoo is clean and well organized with clean food selling around the stalls. This is definitely one favorite spot for families especially the children. There are animal shows for the entertainment of you folks too. Johor Premier Outlets Shopaholics will love this place, an outdoor shopping centre with a collection of over 60 designer fashion, sportswear, shoes, bags, accessories and gift shops selling branded items at direct from factory prices. Not really my cup of tea, but a pleasant atmosphere, plenty of parking and a good selection of places to eat. Legoland Malaysia Theme Park Legoland Malaysia theme park, the first in Asia, is situated in Nusajaya, Johor. Situated on 76 acres of land, the park is the sixth such park to open in the world. Previous parks are located in Billund, Denmark (1968), Windsor, England (1996), California, USA (1999), Germany (2002), Florida, USA (2005). Legoland is built with over 40 interactive rides, shows and attractions. One of the main attractions here is the Miniland. More than 30 million lego bricks are used in the building of these monuments including the Petronas Twin Towers, The Merlion Statue, Taj Mahal and others. These well-known buildings are built using lego bricks, an interactive world on a scale of 1:20 where people, trains and aeroplanes come to life at the touch of a button. Other attractions at the park include Lego City, Land of Adventure, Imagination, Lego Kingdom and Lego Technic. In the theme park, there is also an Observation Tower which is the highest tower in Legoland Malaysia, some 60 meters from the ground. This is also the third Legoland observation tower in the world after Denmark and Germany. Legoland is a fascinating place to visit for children and adults alike! Kota Iskandar, Johor Kota Iskandar, Johor State Administrative Centre was opened in April 2009 and is now one of the must see places in Johor. Inspired by Moorish-Andalusian and Johor Malay designs and motifs, Kota Iskandar is Malaysia's first Experiential Parliament where visitors through our guided tours will be allowed the chance to enter Johor's beautiful state parliament hall and immersed in Johor's rich culture and history while understanding the symbolisms and abstract interpretations in true style and splendour of Kota Iskandar- Johor's Living Legacy. Entry ini ditulis khas menyokong kempen tahun melawat malaysia 2014. P/s: Macam mana dengan senarai kawasan perlancongan menarik yang ada di Negeri Johor, sangat menarik bukan? Jadi apa lagi jom melancong ke Johor! Diharapkan entry boleh dijadikan sebagai rujukan / panduan sekiranya anda mencari info dan senarai kawasan yang menarik ada di sekitar Johor dan jangan lupa bookmark entry ini :P
Senarai di atas hanyalah sebahagian kecil daripada tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda mengunjungi Johor Darul Ta'zim, jadi bagi anda yang mempunyai info / maklumat tambahan mengenai kawasan perlancongan menarik yang ada di Johor di ruang komen sebagai rujukan kita bersama :P |
Melawat Rumah Panjang Titi Buluh Etnik Bidayuh <b>Di</b> Homestay <b>...</b> Posted: 05 Sep 2013 07:36 PM PDT wah wah.. jangan lari. Cerita cuti ni seminggu pun belum habis. Banyak sangat nak dicerita dan banyak sangat perkara menarik yang berlaku. Selepas pulangkan kunci homestay kepada penjaga, kami bergerak ke Kampung Benuk Homestay kira-kira 34 Kilometer dari Bandaraya Kuching. Dari Kuching ambil jalan arah untuk ke Lapanganterbang dan ikut arah ke Kota Samarahan atau Serian. Bagi pelawat luar, menandu dan mencari arah perlu berhari-hati. Kalau dalam bandar, panan tanda belum menunjukkan arah ke bandar terdekat sebaliknya hanya menunjukkan nama jalan. Terus terang, Google Maps sangat membantu. Samsung S3 saya banyak 'makan bateri' kerana Google Maps! Mari ikut saya dan keluarga melawat tempat menarik di Kuching, Sarawak. Sebelum tu, boleh baca dulu entri terdahulu yang merangkumi hari pertama dan kedua di sini : 1. Pengalaman Pertama Menginap Di Backpacker Hotel Berambih Lodge Kuching2. Homestay Santubong Legenda Pantai PuteriAmbil Jalan Penrissen, kemudian Jalan Kuching – Serian , Jalan Kota Padawan dan berjumpa bulatan comel ada arca burung. Ambil jalan Puncak Borneo. Selepas lebih kurang 3KM, akan jumpa Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre. Memandu lebih kurang 15 minit sehingga berjumpa Kampung Benuk Bidayuh Longhouse. Disitulah Homestay Kampung Benuk. Kami sampai ke Kampung Benuk Tourists Information Cente hampir jam 11. Untuk masuk dan melawat rumah panjang di Kampung Benuk, pelawat perlu membayar RM5 seorang. Saya dah buat temujanji dengan Encik Ewing Senon iaitu pengurus di rumah panjang ini. 5 minit selepas membuat panggilan, Encik Ewing pun sampai. Inilah Rumah Panjang Kampung Benuk. Bentuk rumah panjang dibina tinggi untuk mengelak serangan musuh, binatang buas atau banjir. Pada masa dahulu, tangga akan dinaikkan apabila malam untuk mengelak rumah panjang dicerobohi musuh. Atap rumah panjang menggunakan rumbia atau sagu dan dinding juga pelantar atau lantai rumah menggunakan buluh. Tiang menggunakan Kayu Belian. Ewing Senon sedang menerangkan sejarah dan pembinaan rumah panjang kaum Bidayuh di Kampung Benuk. Kayu Belian yang amat terkenal tahan dan lasak digunakan sebagai tiang dan kerangka utama pembinaan rumah panjang. Tangga ini adalah binaan asal yang berusia lebih 100 tahun. Inilah bentuk tangga asal di rumah panjang – dua beradik ni tak henti naik turun main tangga. Agak licin kalau melaluinya dengan kasut tetapi orang zaman dulu berkaki ayam, tak ada masalah. Ruang rumah panjang menggunakan lantai diperbuat daripada buluh. Ruang yang terdedah ini menggunakan buluh yang lebih tahan lasak kerana kesan hujan dan panas. Perlu diganti setiap tahun. Rumah panjang asalnya sebuah, apabila seorang anak telah berkahwin, akan dibina sebuah lagi berhampir dan bersambung dengan ruang seperti ini. Begitulah turutannya sehingga membentuk satu perkampungan yang mempunyai pertalian anak beranak saudara mara. Anak-anak etnik Bidayuh yang baru balik dari tadika. Ruang rumah panjang yang terdedah ini bukan saja digunakan sebagai laluan penduduk tetapi mereka menjemur getah, padi, lada atau jagung di tempat ini.
Kemudian kami terus berjalan sepanjang laluan rumah panjang hingga ke Baruh atau Panggah atau rumah kepala iaitu rumah ketua bagi etnik Bidayuh di Sarawak. Baruk ini biasanya berada di tengah-tengah rumah panjang tempat ketua dan pahlawan kampung berkumpul dan bermesyuarat. Binaanya sesuai untuk tugas pemantau kampung dari serangan musuh atau binatang liar. Ini namanya Ranji yang dibuat daripada rotan. Biasanya orang Bidayuh bawa ke kebun ( umai ) untuk mengisi hasil yang dituai.
Ewing akan terangkan segalanya mengenai rutin kehidupan yang dilalui oleh penduduk dan memori zaman membesarnya.
Hampir 98 peratus pengeluaran lada di Malaysia datangnya dari Sarawak, jadi dimana-mana saja kita boleh lihat penduduk menanam pokok lada. Ada yang berkebun segara besar-besaran dan ada yang sekadar menanam disekitar halaman rumah. Untuk menyeberang sungai ke kebun, inilah jalannya. Sebuah jambatan buluh yang dibina hampir 30 kaki tingginya. Menurut Ewing, mereka bina jambatan disetiap sungai yang perlu dilitas apabila ke kebun. Setiap pelawat yang datang ke Sarawak, mesti melalui pengalaman menarik melalui jambatan buluh di Kampung Benuk. Barulah dapat rasa kembali ke asal usul dan menyelami kehidupan budaya mereka. Seronok dapat merasai sendiri pengalaman berharga ini. Seronok juga kerana dapat mendedahkan anak-anak dengan pengetahuan yang mereka sukar temui. Kalau korang datang melawat Kuching , sila masukkan rumah panjang Kampung Benuk di dalam senarai tempat menarik yang perlu dilawati di Kuching. Ada beberapa pakej penginapan yang disediakan di homestay mengikut keperluan pelawat. Selepas melawat kebun, kami balik ke homestay Kampung Benuk. Makan masakan tempatan pucuk timun dan beras tempatan yang berlainan dari kebiasaan.
Tunggu entri akan datang untuk cerita selanjutnya.. ada banyak sebenarnya yang ingin dikongsi untuk menceritakan gambaran pengalaman tersebut tetapi rasa dah berjela-jela saya menaip. Terima kasih Encik Ewing yang ramah mesra memberi penerangan sepanjang lawatan ini. Sesiapa yang ingin menghayati dan mengalami sendiri pengalaman seperti ini, bolehlah hubungi Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie |
You are subscribed to email updates from Tempat Menarik di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |