06:39:00

Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker Hotel Berambih <b>...</b> - Come Sarawak


Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker Hotel Berambih <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2013 07:25 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah seminggu balik bercuti, baru hari ni nak update.  Agak sibuk dengan jemputan open house dan kenduri kahwin sebenarnya.  Kebetulan juga mak dan ayah saya datang dari kampung, jadi masa untuk beronline juga dikurangkan.  Banyak sungguh alasan..hihi

Untuk seminggu ni, saya akan update beberapa siri percutian kami sekeluarga ke Kuching baru-baru ni.  Rancangnya sekeluarga 5 orang tetapi Along tak ikut, dia ada peperiksaan tak lama lagi, tak nak ponteng.

Alhamdulillah, penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamat dan mengikut jadual di Bandaraya Kuching. Pemandangan sebelum mendarat yang sangat menarik. Terpegun melihat lentuk liuk Sungai Santubong atau Sungai Sarawak ( saya tak pasti )  yang berliku-liku dari udara.

pemandangan dari udara bandar Kuching

Dari lapangan terbang, kami ambil teksi berkupon ke Waterfront dengan harga RM 26.00 sebuah.

berambih lodge kuching

Saya telah menempah Berambih Lodge di Kuching melalui laman web agoda.com.  Tak susah untuk mencari lokasi Berambih Lodge yang terletak di Jalan Ewe Hai dengan bantuan Google Maps.

Perkara pertama yang memukau adalah ruang tamu yang berkonsepkan hiasan rumah panjang dengan lantai buluh dan dinding atap nipah.  Ini adalah kali pertama kami menginap di hotel berkonsep  backpacker seperti ini berbanding hotel biasa.  Pada pandangan saya, ini cukup memadai berbanding harga yang ditawarkan.

hotel murah di Kuching

Kemudahan asas dengan ruang yang minimum sesuai untuk menginap bagi percutian kembara seperti kami.  Balik ke bilik hanya untuk tidur sahaja.

Saya tempah dua bilik , satu katil berkembar ( RM 50 semalam )  dan satu bilik  3 orang ( RM 70 )  untuk anak-anak di  Berambih Lodge.

Berambih Lodge Kuching adalah backpacker hotel yang sangat sesuai kepada pelancong yang gemar menjelajah dan lokasinya beada di persekitaran yang hampir dengan semua tempat tumpuan. Memandangkan kami adalah keluarga dengan anak-anak dewasa, hotel yang mempunyai kemudahan asas seperti ini sudah mencukupi.

Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil, hotel berkonsep seperti ini tidak berapa sesuai kerana bilik airnya berada di luar.  Anak-anak saya dah besar, mereka boleh uruskan diri masing-masing.

Sarapan self service di sediakan di ruang dapur dan perkhidmatan wifi percuma  juga disediakan.

sampan seberang sungai sarawak

Selepas mendaftar, rugikan kalau memerap di bilik saja. Mesti keluar menjelajah kerana itulah tujuan percutian ini. Berjalan kaki hanya 2-3 minit sudah berada di Waterfront. Kami naik sampan dengan tambang 50 sen menyeberang Sungai Santubong di Waterfront  ke seberang.  Makan tengah hari dan beli kek lapis.

Nota : mohon pencerahan – nama sungai ini Sungai Sarawak atau Sungai Santubong?  Bila tengok Google Maps, tulis Sungai Santubong tapi baca tempat lain tulis Sungai Sarawak

tempat menarik di kuching

Warna-warna ceria – Tokong Hong San adalah landmark paling mudah untuk ke Berambih Lodge.

Muzium Sarawak
Kami berjalan kaki sekitar bandar hingga ke Muzium Sarawak , Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium Etnolagi, Muzium Seni dan Muzium Islam Sarawak.  Agak terhad masanya kerana muzium ditutup jam 4.00 petang pada hari Sabtu.

melawat kuching

Pengangkutan penting adalah sampan bagi penduduk tempatan yang menyeberang sungai ke pusat bandar.

kuching sarawak

gambar sensasi

khatulistiwa

tempat menarik

Antara beberapa lokasi senarik sepanjang kembara ini.

sampan seberang sungai di Kuching

Untuk makan malam, kami seberang Sungai Sarawak sekali lagi.  Suasana waktu malam lebih meriah.  Perkhidmatan sampan menyeberang sungai beroperasi sehingga lewat malam.

laksa sarawak

Mesti nak cuba Laksa Sarawak , bagi saya ok lah. Suami dan anak-anak cakap sedap. Dah kena dengan selera tekak dia orang le tu.

mee kolok sarawak

Saya order Mee kolok sarawak tetapi cuma mampu makan sesuap saja. Payah kalau orang jenis makan masakan di rumah, semua tak kena ..hihi

pelancong asing
Keistimewaan menginap di hotel jenis backpacker adalah kita lebih mesra dan senang untuk bergaul dengan penginap lain terutamanya pelancong asing.  Salah seorangnya dari New Zealand dan datang sebagai peserta persidangan membuat kajian penting. Habiskan cuti selepas majlis rasmi berakhir.

Ada juga  pelawat tempatan dari semenanjung tetapi mereka tak sudi bergambar dengan kami… :)

Nota : Dari beratus-ratus, gambar suasana dan peribadi, ini saja yang mampu diupload…tak  berapa ada banyak masa nak beronline, maaf ye.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie