Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker <b>Hotel</b> Berambih <b>...</b> |
Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker <b>Hotel</b> Berambih <b>...</b> Posted: 01 Sep 2013 07:25 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah seminggu balik bercuti, baru hari ni nak update. Agak sibuk dengan jemputan open house dan kenduri kahwin sebenarnya. Kebetulan juga mak dan ayah saya datang dari kampung, jadi masa untuk beronline juga dikurangkan. Banyak sungguh alasan..hihi Untuk seminggu ni, saya akan update beberapa siri percutian kami sekeluarga ke Kuching baru-baru ni. Rancangnya sekeluarga 5 orang tetapi Along tak ikut, dia ada peperiksaan tak lama lagi, tak nak ponteng. Alhamdulillah, penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamat dan mengikut jadual di Bandaraya Kuching. Pemandangan sebelum mendarat yang sangat menarik. Terpegun melihat lentuk liuk Sungai Santubong atau Sungai Sarawak ( saya tak pasti ) yang berliku-liku dari udara. Dari lapangan terbang, kami ambil teksi berkupon ke Waterfront dengan harga RM 26.00 sebuah. Saya telah menempah Berambih Lodge di Kuching melalui laman web agoda.com. Tak susah untuk mencari lokasi Berambih Lodge yang terletak di Jalan Ewe Hai dengan bantuan Google Maps. Perkara pertama yang memukau adalah ruang tamu yang berkonsepkan hiasan rumah panjang dengan lantai buluh dan dinding atap nipah. Ini adalah kali pertama kami menginap di hotel berkonsep backpacker seperti ini berbanding hotel biasa. Pada pandangan saya, ini cukup memadai berbanding harga yang ditawarkan. Kemudahan asas dengan ruang yang minimum sesuai untuk menginap bagi percutian kembara seperti kami. Balik ke bilik hanya untuk tidur sahaja. Saya tempah dua bilik , satu katil berkembar ( RM 50 semalam ) dan satu bilik 3 orang ( RM 70 ) untuk anak-anak di Berambih Lodge. Berambih Lodge Kuching adalah backpacker hotel yang sangat sesuai kepada pelancong yang gemar menjelajah dan lokasinya beada di persekitaran yang hampir dengan semua tempat tumpuan. Memandangkan kami adalah keluarga dengan anak-anak dewasa, hotel yang mempunyai kemudahan asas seperti ini sudah mencukupi. Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil, hotel berkonsep seperti ini tidak berapa sesuai kerana bilik airnya berada di luar. Anak-anak saya dah besar, mereka boleh uruskan diri masing-masing. Sarapan self service di sediakan di ruang dapur dan perkhidmatan wifi percuma juga disediakan. Selepas mendaftar, rugikan kalau memerap di bilik saja. Mesti keluar menjelajah kerana itulah tujuan percutian ini. Berjalan kaki hanya 2-3 minit sudah berada di Waterfront. Kami naik sampan dengan tambang 50 sen menyeberang Sungai Santubong di Waterfront ke seberang. Makan tengah hari dan beli kek lapis. Nota : mohon pencerahan – nama sungai ini Sungai Sarawak atau Sungai Santubong? Bila tengok Google Maps, tulis Sungai Santubong tapi baca tempat lain tulis Sungai Sarawak Warna-warna ceria – Tokong Hong San adalah landmark paling mudah untuk ke Berambih Lodge.
Pengangkutan penting adalah sampan bagi penduduk tempatan yang menyeberang sungai ke pusat bandar. |
Antara beberapa lokasi senarik sepanjang kembara ini.
Untuk makan malam, kami seberang Sungai Sarawak sekali lagi. Suasana waktu malam lebih meriah. Perkhidmatan sampan menyeberang sungai beroperasi sehingga lewat malam.
Mesti nak cuba Laksa Sarawak , bagi saya ok lah. Suami dan anak-anak cakap sedap. Dah kena dengan selera tekak dia orang le tu.
Saya order Mee kolok sarawak tetapi cuma mampu makan sesuap saja. Payah kalau orang jenis makan masakan di rumah, semua tak kena ..hihi
Keistimewaan menginap di hotel jenis backpacker adalah kita lebih mesra dan senang untuk bergaul dengan penginap lain terutamanya pelancong asing. Salah seorangnya dari New Zealand dan datang sebagai peserta persidangan membuat kajian penting. Habiskan cuti selepas majlis rasmi berakhir.
Ada juga pelawat tempatan dari semenanjung tetapi mereka tak sudi bergambar dengan kami…
Nota : Dari beratus-ratus, gambar suasana dan peribadi, ini saja yang mampu diupload…tak berapa ada banyak masa nak beronline, maaf ye.
Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.
Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

SENARAI <b>HOTEL</b> YANG AGAK MURAH <b>DI</b> BANDARAYA <b>KUCHING</b>.
Posted: 01 Mar 2014 11:12 PM PST
ANDA JUGA BOLEH PILIH SENARAI HOTEL YANG KAT BAWAH NI
No 94 Carpenter Street
Harga bilik hotel paling murah rm37.00
Untuk tempahan:
Tel / Fax : (+6082) 256729
www.mysarawaktravelcafe.com
No. 3, Jawa Street Kampung Boyan
Harga bilik hotel paling murah rm37.00
Untuk tempahan:
Tel: +6 082 231 133
www.asianhotel.com.my
No. 104 Ewe Hai Street
Harga bilik hotel paling murah rm42.00
Untuk tempahan:
Tel: +60 (82) 238589
www.budgetlodgekuching.com
Jalan Borneo, Off Jalan Tunku Adbul Rahman
Harga bilik hotel paling murah rm68.00
Untuk tempahan:
www.tunehotels.com/our-hotels/waterfront-kuching
3411, Block D, Jalan Tun Razak
Harga bilik hotel paling murah rm72.00
Untuk tempahan:
Tel: +6 082 341200
Fax: +6 082 341201
www.penviewhotel.com/penview
Wisma Phoenix, Jalan Song Thian Cheok
Harga bilik hotel paling murah rm85.00
Untuk tempahan:
Tel: +6082-236060
Fax: +6082-237070
www.360xpress.com.my
Jalan Tun Abang Haji Openg
Harga bilik hotel paling murah rm87.00
Untuk tempahan:
Tel: (+6) 082 2580000
Fax: (+6) 082-250003
www.merdekapalace.com
Basaga House Lot 69-70 Jalan Tabuan Off Chong Lin Park
Harga bilik hotel paling murah rm89.00
Untuk tempahan:
Tel:+6.082.416069, +6.082.4170699
Fax: +6.082.411069
www.basaga.com
2Nd Floor Lot 8 9 No 117 119 Jalan Padungan
Harga bilik hotel paling murah rm98.00
Untuk tempahan:
082-2521177
Ban Hock Road PO Box 1239
Harga bilik hotel paling murah rm99.00
Untuk tempahan:
Tel: +60 82 4155888
Fax: +60 82 425316
www.telangusan.com

You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |