<b>Makan</b> apa saja yang ada, terus menaruh harapan – BorneoPost <b>...</b> - Come Sarawak |
<b>Makan</b> apa saja yang ada, terus menaruh harapan – BorneoPost <b>...</b> Posted: 18 Apr 2014 09:18 AM PDT by Henrietta Liza. Posted on April 19, 2014, Saturday KUCHING: Nasi putih berkuahkan kicap pekat manis pembuka selera bagi orang kurang upaya (OKU) terencat akal Harrison Alim, 23, yang seolah-olah tahu keluarganya hidup susah, apatah lagi baharu ditimpa musibah kebakaran. Rohana Alim, 31, kakak kepada Dedek (panggilan manja Harrison di kalangan ahli keluarga) berkata, Dedek tidak mahu menjamah biar sebutir nasi mahupun makanan lain sekiranya tidak dihidangkan bersama kicap pekat. "Dedek sebenarnya tidak memilih makanan, tetapi selepas merasa kicap semasa usianya 10 tahun, dia sekali gus berselera dan terus pandai menyuapkan makanan menggunakan sudu sendiri. "Sebelum ini, Dedek mesti disuapkan dan jika makanannya tidak ada kicap, dia akan memuntahkan semula makanan sebaik sahaja makan. Ia seolah-olah makanan ruji dia dan tidak dapat lari daripada kicap," kata kakaknya, Rohana ketika ditemui semalam. Rohana berkata, kadangkala dia menyangka adiknya akan memakan ayam yang dimasaknya dengan kicap, tetapi lain ceritanya apabila Dedek akan menambah sendiri kicap ke dalam makanannya. Tambah menyedihkan lagi, keluarga Rohana baru-baru ini ditimpa musibah apabila rumah panjang yang didiaminya sekeluarga ranap dijilat api pada 4 April lepas di Kampung Raeh, Batu 27 Jalan Kuching-Serian. Sumber pencarian keluarganya bergantung sepenuhnya dengan suami, Sito Ejau, 33, yang hanya bekerja sebagai seorang pemandu lori. Anaknya sendiri Roxanne, 9, Madelini, 6, masih bersekolah dan Nata Iliya baharu berusia tiga bulan. Namun disebabkan musibah itu, Sito tidak dapat turun bekerja dan kemampuan beliau juga tidak seberapa bagi menyara seluruh keluarga. Hidupnya bak pepatah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang apabila terpaksa menjaga ibu mentua, adik, isteri dan anak-anaknya yang kesemuanya mengharapkan beliau. "Saya cuma seorang pemandu lori dan pendapatan yang saya dapat sebenarnya bergantung kepada berapa kali perjalanan dapat saya buat. Sejak terima berita buruk ini, saya belum lagi dapat turun bekerja," katanya. Walaupun keluarga dalam keadaan selamat sekarang tetapi hatinya sedih mahu meninggalkan keluarga kerana takut akan ada musibah lain yang akan menimpa. "Kami makan sahaja apa yang ada, tidak juga bergantung harap sangat dengan bantuan kerana ia akan berhenti suatu hari nanti. Kami tidak ada tanah untuk berkebun jadi kadang-kadang masuk hutan untuk mencari umbut, midin, rebung untuk makan keluarga," katanya. Beliau bagaimanapun nampak tabah dan berharap penderitaan keluarganya mendapat perhatian daripada orang ramai dengan menghulurkan sedikit bantuan. Buat masa sekarang, keluarganya mendiami bangunan gereja Anglikan Kampung Raeh sementara menunggu sekiranya mempunyai nasib untuk membina rumah di atas tapak baharu. Sebarang bantuan boleh dihulurkan dengan menelefon Alang 013-8942075, AJK Bilik Gerakan Kampung Raeh. |
You are subscribed to email updates from Makan di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |