10:34:00

Nation of Hydra teruja hibur peminat <b>di Kuching</b> – BorneoPost <b>...</b>


Nation of Hydra teruja hibur peminat <b>di Kuching</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2014 09:01 AM PDT

KUCHING: Nation of Hydra, sebuah kumpulan  muzik yang semakin menempa nama di Malaysia teruja untuk menghiburkan para peminat muzik rock di bandar raya ini.

Dianggotai lima orang ahli, persembahan hebat Nation of Hydra dapat disaksikan di pub Inggeris terkemuka Victoria Arms yang terletak di Hotel Merdeka Palace & Suites di sini.

Persembahan tiga malam berturut-turut Nation of Hydra dapat disaksikan mulai malam tadi (10 April) hingga 12 April bermula jam 10 malam.

Pada sidang media semalam, Pengurus Nation of Hydra yang dikenali sebagai Shiva berkata kumpulan ini sering muncul di pub-pub terkemuka di seluruh negara sejak 2003.

Bertapak di Kuala Lumpur, Nation of Hydra secara perlahan-lahan mula dikenali ramai dan pada 2013 lagu tema bagi filem Dampak menjadi hit selepas ditayangkan di pawagam pada September 2013.

Kejayaan Dampak telah mendorong Nation of Hydra menghasilkan lagu tema bagi filem Hujung Mentari dan album EP pertama akan dikeluarkan pada hujung suku pertama 2014.

Dalam pada itu, anggota-anggota Nation of Hydra pada sidang media semalam menyatakan keterujaan mereka untuk penampilan sulung mereka di bandar raya ini.

Lebih 10 lagu akan dipersembahkan bagi setiap sesi selama satu jam bagi tiga malam berturut-turut yang menampilkan lagu-lagu rock serta balada merangkumi versi 80an hingga kini.

Istimewanya kesemuanya anggota Nation of Hydra pandai menyanyi dengan baik selain vokalis utama Lan atau nama sebenar Sayed Sahlan Sayed Hamid yang juga ketua kumpulan.

Pemain gitar bass Nation of Hydra ialah Mohd Faizul Azril Isa atau lebih dikenali sebagai Boy, pemain dram I-Zad atau Ahmad Aizad Mohamed Fauzi, pemain keyboard Jezz atau Kamas Jezzriq Eddie Kismilardy dan G-Beng sebagai pemain gitar atau nama sebenar Mohd Fadzil Abdul Wahab.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan kehebatan dan kelincahan Nation of Hydra mulai 10 April hingga 12 April di Victoria Arms mulai jam 10 malam. Masuk adalah percuma dan sebarang pertanyaan sila hubungi Victoria Arms di talian 082-258000 sambungan 8070 atau pejabat F&B sambungan 8004 dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Print Friendly