10:20:00

<b><b><b>Tempat Menarik</b> <b><b>Di Kuching</b></b></b></b></b> - Blogger <b>...</b> - Come Sarawak


<b><b><b>Tempat Menarik</b> <b><b>Di Kuching</b></b></b></b></b> - Blogger <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 08:07 PM PDT

Siapa suka melancong? Malaysia tak kurang tempat yang menarik untuk dilawati. Baru-baru ini, saya ada minta quaotation untuk ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Menarik juga tawarannya. Saya kongsikan di sini.

PAKEJ A (4Hari 3Malam)

TRANSPORTATION (VAN) + HOMESTAY + AIRPORT + TOURS + DRIVER

= RM1600

- HOMESTAY TAMAN SEJOLI - Petrajaya Kuching

- Sebuah Homestay 3 Bilik Tidur & 3 Bilik Mandi

- Penginapan Berkonsep Family House

- Homestay FULLY FURNISHED & FULLY AIRCOND

- Homestay ini Mempunyai 4 SET AIRCOND

- Semua Bilik Tidur mempunyai AIRCOND

- Ruang Tamu juga mempunyai AIRCOND

- Mempunyai 5 SET KATIL BESAR / DOUBLE

- 8 SET Towels / Tuala Mandi juga Disediakan

- Tilam & Bantal EXTRA juga Disediakan

- Ada TV, Seterika Baju, Mesin Basuh & Peti Sejuk

- Hanya 10 minit driving ke Bandaraya Kuching

- Dapur disediakan dan boleh memasak

- Homestay Bedekatan Kedai Makan / Restoran

- Sesuai Untuk Anda Sekeluarga

**STANDARD CHECK-IN  TIME :  2.00 Petang

**STANDARD CHECK-OUT TIME :  12.00 Tengahari

BOOKING SEGERA!!! BOOKING SEGERA! Sementara

masih ada kekosongan. Ramai yang datang untuk

Bercuti, Melancong, Event Sukan, majlis majlis

kahwin dan rombongan sekolah sekolah yang

membuat lawatan memandangkan PROMOSI

TIKET MURAH AIRASIA & TIKET PROMO

1 MiLLION FREE SEATSSSS dan kami

menerima banyak Booking tempoh tersebut.

"""FIRST COME FIRST SERVE BOOKING"""

"""FIRST COME FIRST SERVE BOOKING""".

Pakej ini adalah termasuk menjemput anda semua di Kuching

Airport nanti dan membawa anda ke penginapan anda untuk Check-In.

Kami juga boleh membawa anda TOURS/berjalan-jalan Direct dari pagi

sehingga jam 10.00 malam SETIAP HARI selama tempoh lawatan anda

di Kuching Sarawak untuk melawat beberapa tempat lawatan pilihan anda.

Begitu juga hari terakhir balik, kami akan hantar anda balik di airport nanti.

Di antara tempat-tempat TOURS / CADANGAN LAWATAN yang termasuk di

dalam PAKEJ ini adalah seperti berikut dan anda BEBAS & FLEKSIBEL

serta boleh pilih pilih mana-mana tempat lawatan bergantung kepada

kesempatan masa anda :-

Kampung Budaya Sarawak, Santubong

Main Bazar (bazar untuk shopping)

India Street (bazar untuk shopping)

Batu 5 (pasu-pasu Sarawak / perhiasan rumah)

Pasar Ikan Terubuk

Batu 7 (tikar-tikar Sarawak)

Kilang Kek Lapis Sarawak (Dayang Salhah)

SARIKIN - shopping (sabtu & ahad sahaja)

Pasar malam Sarawak, Satok (sabtu & ahad)

Pusat Orang Utan Sarawak

Taman Buaya Sarawak

BOAT Trip (Dolphin Viewing)

Bidayuh Long House Anah Rais

BAKO National Park (Boat Trip)

Matang Wildlife Centre / Pusat Hidupan Liar

Sen-Piao (Barangan Lada Hitam)

Wind Cave

Fairy Cave

Camp Permai / Waterfalls / Pantai

Serapi Water Park

Muzium Sejarah Sarawak

Muzium CAT WATERFRONT

Naik Sampan Ke Medan Selera

Muzium Tekstil

Wisma Satok Shopping Complex

Spring Shopping Complex (shopping)

Riverside Majestic (shopping)

Crystal Shop

DUN Tower (view/foto)

Orkid Garden

Muzium Rama Rama

Muzium Islam Sarawak

MBKS Galeri

Masjid Jamek Sarawak

Boat Cruise Sarawak River

Sarawak Plaza Shopping Complex

Cadangan Cadangan Tempat-Tempat Makan/Breakfast/Lunch/Dinner di

KUCHING SARAWAK;-

Mom's Laksa & Mee Kolok, Top Spot Seafood, Udang Galah House,

Ayam Pansuh, Ikan Terubuk Bakar, Raja Ayam Penyet Kampung Masjid,

Ket's Kitchen, Seafood Buntal, Restoran Chilli Pepper's, Baruk's Café,

Singapore Chicken Rice, Kopi Ocorner, YB Daud, Café Bunda, Café 75,

Ceko Café, Ket's kitchen, Medan Selera Kpg Boyan,  Restoran Bimmer's,

Laksa Tinot,  Tom Yam Goong, Saddad Court, Serapi Corner, Astana Satay

Local foods :- Laksa Sarawak, Mee Jawa, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyet, Linut,

Mee Sapi, Nasik Aruk Sarawak, Nasi Ikan Masin Terubuk

TIKET MASOK & MAKAN MINUM adalah BEBAS / Tanggungan sendiri

Sekiranya anda CONFIRM, Kami akan BLOCK-BOOKING untuk anda

tarikh Lawatan tersebut.

Waktu Solat/Makan/pertukaran tempat lawatan serta ubah suai masa

anda boleh berurusan dengan Driver anda nanti… anda boleh maklumkan

pada Driver untuk singgah singgah solat/makan dan sebagai nya yang berkaitan…

ENCIK MOHAMAD

016-8573030 (call/sms)

mohamadhomestay@gmail.com

Event Management, Homestay,

Transportation & TOURS Service







 So, siapa yang berminat, bolehlah contact En. Mohamamad di talian 016-857 3030

Kereta Sewa <b>di Kuching</b> Sarawak: <b>Tempat</b>-<b>tempat Menarik</b> Untuk <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2014 08:45 PM PDT


Tempat-tempat Menarik Untuk Dilawati

1) Sarawak Cultural Village


Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.

Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

2) Pasar Minggu di Jalan Satok







Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching ialah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula pada jam 5 pagi.


Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan - semuanya di tengah-tengah bandar Kuching.


Berada di sini jangan lupa untuk singgah di pasar yang menjual ikan terubok masin. Harga memang murah berbanding di tempat-tempat lain. Lagi pandai menawar lagi berbaloi la jawabnya =)

3) Kuching Waterfront

Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga.


Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole anda untuk saudara mara dan sahabat anda ketika kembali.

4) Taman Negara Gunung Gading

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah hanya dua jam jauhnya dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter.

Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam.Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelawat mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.

Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelawat berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.

5) Taman Negara Bako


Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.

Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.


Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam.Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.

6) Pasar Serikin


Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia - Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan.

Di pasar Serikin ini, pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'janjan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan.

7) Jong's Crocodile Farm

Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. 

Kalau timing melawat anda betul anda akan menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya anda berminat boleh beli juga daging buaya yang telah dikeringkan.. =) Di sini juga ada menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.