15 ditahan kerana merokok dan <b>makan di</b> khalayak ramai <b>...</b> - Come Sarawak |
15 ditahan kerana merokok dan <b>makan di</b> khalayak ramai <b>...</b> Posted: 24 Jun 2015 03:39 PM PDT BINTULU: Seramai 15 individu membabitkan 13 lelaki dan dua perempuan Islam ditangkap kerana tidak menghormati bulan Ramadan apabila merokok dan makan di khalayak ramai setakat ini di negeri ini. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, tangkapan itu melibatkan 14 warga tempatan dan seorang warga asing merangkumi enam di Kuching, dua di Sri Aman, dua di Sibu, dua (seorang warganegara asing) di Miri dan tiga di Mukah, namun tempat-tempat lain termasuk Bintulu belum ada tangkapan. "Saya mengingatkan umat Islam supaya menghormati bulan Ramadan termasuk warganegara asing supaya mematuhi undang-undang dengan tidak makan di khalayak ramai sepanjang bulan Ramadan," ujarnya semasa diminta mengulas mengenai tangkapan orang Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadan pada sidang media semalam. Jelasnya, daripada jumlah itu lapan ditangkap kerana merokok dan tujuh lagi makan di khalayak ramai. Beliau berkata, penguat kuasa agama akan menjalankan operasi secara rambang memantau dan memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan serta mengadakan program penerangan supaya terus menghormati bulan Ramadan. Bagaimanapun, kata Daud, orang Islam diingatkan supaya berpuasa sepanjang Ramadan dan jika tidak berpuasa, mereka dinasihat supaya menghormati Ramadan. "Sekiranya hendak makan sekalipun disebabkan tidak berpuasa janganlah makan di khalayak ramai atau tempat awam yang boleh mencabar kesabaran orang berpuasa. "Sebaiknya makan di rumah. Mereka yang tidak berupaya, tidak mampu atau bekerja di tapak pembinaan dan kilang sewajarnya jangan merokok secara terang-terangan jika tidak berpuasa," katanya. Katanya, adalah lebih baik berpuasa dan sekiranya keadaan tidak mampu bertahan untuk berpuasa dan ingin makan, jangan makan di khalayak ramai. |
Fenomena Terbaru <b>di Kuching</b>, <b>Sarawak</b> - Zie Madini's Territory Posted: 12 Oct 2015 08:38 PM PDT Perkenalkan, Pezzo Pizza ^_^ Under Sugarbun. Well... kalau dah under Sugarbun tu, kompom ler kat Semenanjung takde kan. So uols (semenanjung readers), if uols mai ke Kuching, Sarawak, jangan lupa ye try pizza dia Pezzo Pizza ni. ... salah satu tempat makan yg uols MUST pergi. Highly recommended ^_^ Semalam buat pertama kalinya Zie makan di sini. Temankan husband zie berbuka puasa. Dia berpuasa sunat selama seminggu. Nazar dia dulu tu. Kalau dia dapat transfer kerja ke Kuching, dia bernazar akan berpuasa seminggu :) Weols try 2 slices je. One slice for him. and one slice for me. Mikail punya kongsi dgn weols. hihi. Weols ambil package 1 Pizza + Drink :) Pizza belah kiri tu, Hola Hawaiian utk husband. Meanwhile yg pizza yg sebelah kanan tu plak, Fishermen's Favourite, untuk Zie :D ...satu slice je dah kenyang koooo uols. Ada tgk org makan sampai 6 slice seorang. Perghhh.... larat gak ek makan. Zie 1 slice pun dah termengah nak habiskan. Maybe i am not so into pizza kot :P Box dia cantik! Sebab warna merah maa. lalalala. Sempat gak tapaw utk taukey wantan, Fai. Hehehe. Dia ambik 3 slices (flavour boleh campur²) only at RM20 je. So uols, jgn lupa ke Pezzo Pizza ya ^_^ |
You are subscribed to email updates from Makan di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |