<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota <b>...</b> - Come Sarawak - Come Sarawak |
<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota <b>...</b> - Come Sarawak Posted: 24 Oct 2015 03:28 PM PDT Tempat percutian yang menarik. Dikenali sebagai 'Muzium Hidup', Perkampungan Budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santubong, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat. Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak; rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuah restoran dan kedai menjual kraftangan. Anda juga boleh berkahwin di Perkampungan Budaya Sarawak, mengikut gaya tradisional Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. Rumah panjang orang Iban mempunyai bilik berasingan yang terletak bersebelahan, semuanya terbuka menjadi dewan kemasyarakatan, yang digunakan untuk aktiviti riadah seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Tetamu seringkali dijemput untuk menghadiri majlis-majlis pada setiap malam dan minum air tapai yang kuat, tuak, yang dibuat sendiri oleh orang Iban. Rumah tetamu yang selesa juga disediakan untuk pelawat. Panduan Perjalanan Laluan Darat Tiada pengangkutan awam untuk ke Perkampungan Budaya, tetapi ada sebuah bas ulang-alik yang bertolak dari Holiday Inn Kuching pada pukul 9 pagi dan 12.30 tengahari, dan kembali semula pada pukul 1.45 petang dan 5.30 petang. Atau, anda boleh menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa. Perhubungan jalan raya di sana sangat bagus dan dengan arah yang mudah diikut. Cari Hotel di Kuching 80% Off klik disini Sumber: http://www.tourism.gov.my |
You are subscribed to email updates from tempat melancong di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |