Mee Sup Ikan & Nasi Goreng Daging Sedap : Tempat <b>Makan</b> Best <b>di</b> <b>...</b> - Come Sarawak |
- Mee Sup Ikan & Nasi Goreng Daging Sedap : Tempat <b>Makan</b> Best <b>di</b> <b>...</b>
- Senjata <b>makan</b> tuan - The Borneo Post Online
- Luar TeKo: Makanan Wajib <b>Makan Di Sarawak</b> ... - Come Sarawak
Mee Sup Ikan & Nasi Goreng Daging Sedap : Tempat <b>Makan</b> Best <b>di</b> <b>...</b> Posted: 26 Sep 2015 10:15 PM PDT Pada entry sebelum ini Klik SINI, saya pernah berkongsi pasal Mee sup Ikan di Kafe Muzium Sarawak ni. Mungkin ada sahabat-sahabat di luar sana yang masih tak tahu kat mana lokasi Kafe Muzium Sarawak ni kan. Dan saya dengan berbesar hati, nak tunjuk kat mana lokasi sebenar Kafe Muzium Sarawak ni.
Kalau anda dah jumpa Muzium Sarawak ni, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Merdeka Palace Hotel, maknanya anda memang di lokasi yang betul. Tapi kafe muzium tu bukan berada di dalam bangunan muzium sarawak tu ye kawan-kawan, tetapi, anda kena jalan kaki turun ke bawah sedikit dan tanya je dengan orang-orang kat situ, kat mana kafe muzium ni. InsyaAllah berjumpa akhirnya.
Menu trademark di sini adalah Mee Brunei dan Mee Hoon Sup Ikan. Kalau mee Brunei tu, saya memang tak dapat masuk tekak sebab rasa kuahnya yang manis. Tapi mee hoon sup ikan tu memang strongly suggested ye. Sedap sangat. Bagi menu-menu bergoreng yang lain juga tidak kurang hebatnya. Nasi goreng Daging dan Mee Goreng kat sini memang cukup rasa dan power.
Kalau tengok pada gambar Nasi Goreng Daging kat atas ni mungkin taklah sedap mana pun nampak nye, ye tak. Tapi tu la, jangan menilai pada rupa. Chewahh.. Cuba dulu baru komen. Memang terbaek. Nasi Goreng Daging kat sini paling sedap kat Kuching aku pernah rasa. Tak tau la kalau korang pernah rasa yang lagi power, Just share with me ye. Boleh saya datang berambeh. :) Ok lah, masa beroperasi kedai ni adalah dari Hari Isnin-Ahad dari pukul 8 pagi hingga 2 petang. | ||||||||
Senjata <b>makan</b> tuan - The Borneo Post Online Posted: 18 Sep 2015 06:00 PM PDT Oleh Jeremy Lanson// ASAJAYA: Umpama senjata makan tuan, begitulah nasib seorang lelaki apabila cedera di lehernya selepas terkena tembakan senapang patah miliknya ketika memburu musang, malam kelmarin. Mangsa yang dikenali sebagai Fabian, 37, semasa kejadian dikatakan bersama empat adik iparnya pergi ke kebun di Kampung Sampun, di sini untuk berburu. Bagaimanapun, pada jam 8.30 malam senapang patah yang dibawanya terjatuh lalu tiba-tiba 'meletup.' "Kami memburu musang di kebun dan semasa dalam perjalanan, tiba-tiba senapang patah dipegangnya terjatuh dan terus meletup. "Selepas itu, dia (mangsa) mengerang kesakitan. Kami dapati dia terkena tembakan di lehernya," kata seorang adik ipar mangsa. Difahamkan, mereka terus mengejarkannya ke klinik berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. "Berdasarkan keputusan x-ray, terdapat hampir 100 butir pelet memasuki lehernya. Kami hanya mendoakan agar dia selamat," kata ahli keluarganya lagi. Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan stabil namun masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS. Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditahan orang awam selepas dia dipercayai cuba melarikan komputer riba dari sebuah pasar raya di Kota Padawan, Kuching kelmarin. Terdahulu, suspek berusia 40-an berasal dari Samariang itu dikatakan berlagak sebagai pelanggan di premis menjual peralatan komputer tersebut dalam kejadian pada kira-kira jam 8.30 malam. Bagaimanapun, selepas memperdaya pekerja di premis tersebut, suspek dikatakan memasukkan sebuah komputer riba ke dalam begnya sebelum melarikan diri. Mujur kejadian disedari seorang pekerja di situ yang kemudian mengejarnya serta memaklumkan pengawal keselamatan. Dengan kerjasama orang awam, suspek berjaya ditahan di luar pasar raya tersebut dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Difahamkan, seorang rakan subahat suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian. Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat pekerja premis menjual peralatan komputer berkenaan. | ||||||||
Luar TeKo: Makanan Wajib <b>Makan Di Sarawak</b> ... - Come Sarawak Posted: 17 Sep 2015 07:29 PM PDT Tadi, semasa lunch hour, sempat berjumpa dengan seseorang yang berkaitan dengan kerja. Dia kata anak dia nanti sambung belajar di Sarawak. "Pakcik takut dengar cerita bukan-bukan di sana," katanya. Dengan pantas saya mencantas perbualan pakcik itu. Bagi pendapat saya sendiri, tidak semestinya kita mendengar apa yang tak elok tentang sesuatu perkara, semua benda dianggap tidak elok. Semasa awal-awal belajar di Sarawak dulu, saya ingat lagi gambaran awal sebelum tiba di Sarawak. Benda yang sangat stereotype (tak perlu sebut pun tak apa). Tetapi akhirnya, saya sendiri yang menjadi individu antara yang paling sukar untuk meninggalkan negeri Sarawak. Pergaulan orang yang berlainan agama sangat bertoleransi. Saya ingat lagi bila dapat roomate berbangsa Iban, Frankie. Dia yang kejutkan saya untuk subuh. Malu kan? Dia juga yang belajar puasa macam mana. Seorang lagi kawan berbangsa Kayan, Roy, juga pernah menyuruh kami berhenti bermain gitar apabila sudah masuk waktu Maghrib. Dah dua kali malu okay? Tetapi, kadang-kadang kita buat salah di tempat orang, mengaku yang itu salah kita. Tidak salah untuk mengaku kesilapan kita kerana kita hanyalah manusia biasa dan selalu buat silap. Alhamdulillah, sehingga kini kami masih berkawan lagi walaupun berbeza umur. Komuniti orang Sarawak sangat utuh. Kawan-kawan semuanya friendly. Boleh dikatakan jika berjalan di Kuching, terserempak dengan kawan, mereka akan membuatkan kita rasa selesa bila berada di sana. Keluarga orang Sarawak juga sangat terbuka menerima kehadiran orang asing. Datang saja ke rumah mereka, dihidang dengan makanan seperti makan di kenduri kahwin. Itu yang membuatkan saya lemah dan menjadi gemuk. Hahaha! Selain itu, paling susah semasa awal-awal berada di Kuching, masalah komunikasi. Bayangkan, dapat roomate semua orang Sarawak. Saya sendiri tidak memahami perbualan mereka. Namun, setelah dua tahun di Sarawak, sehingga kini saya masih lagi fasih berbahasa Sarawak. Kalau tentang makanan, kalau tak tahu swee kang, RJ Ayam Penyet, baik ketuk saja kepala. Cuba makan Umai Ikan, ianya antara makanan yang paling sedap yang saya pernah rasa di Sarawak. "Tetapi pakcik takut nanti anak pakcik bawa orang jauh buat menantu," katanya. Jangan risau pakcik, saya sendiri sangkut dengan orang Miri. Sehingga sekarang saya masih lagi sangkut, tak boleh lepas. Diulangi, tak boleh lepas. Pokok pangkalnya ialah, kita jangan terlalu stereotype. Kita terlalu melihat pada luaran berbanding melihat secara mendalam. Semasa belajar di Sarawak, bukan saja belajar untuk mendapatkan diploma, tetapi saya juga belajar tentang pengalaman hidup. Berkawan, bersosial, menangis, ketawa, memori semua itu yang akan membentuk kita nanti. Kita tidak tahu bila perkara-perkara itu akan membentuk kita. Tetapi bagi saya, selepas habis belajar di Sarawak, saya dibentuk sedikit dengan pengalaman semasa berada di sana. Itulah penerangan saya kepada pakcik dengan panjang lebar. Disebabkan perbualan pakcik itu disailang oleh saya dengan hujahan yang panjang lebar, pakcik itu mengangguk sahaja. Minta maaf ye pakcik. - Khairul Asyraf Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM @ Sent From Samsung Note II Wechat : sarawakguerreiro BBM Pin : 567E95DF |
You are subscribed to email updates from Makan di kuching - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |