10:37:00

15 ditahan kerana merokok dan <b>makan di</b> khalayak ramai <b>...</b> - Come Sarawak


15 ditahan kerana merokok dan <b>makan di</b> khalayak ramai <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2015 03:39 PM PDT

BINTULU: Seramai 15 individu membabitkan 13 lelaki dan dua perempuan Islam ditangkap kerana tidak menghormati bulan Ramadan apabila merokok dan makan di khalayak ramai setakat ini di negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, tangkapan itu melibatkan 14 warga tempatan dan seorang warga asing merangkumi enam di Kuching, dua di Sri Aman, dua di Sibu, dua (seorang warganegara asing) di Miri dan tiga di Mukah, namun tempat-tempat lain termasuk Bintulu belum ada tangkapan.

"Saya mengingatkan umat Islam supaya menghormati bulan Ramadan termasuk warganegara asing supaya mematuhi undang-undang dengan tidak makan di khalayak ramai sepanjang bulan Ramadan," ujarnya semasa diminta mengulas mengenai tangkapan orang Islam yang tidak berpuasa di bulan Ramadan pada sidang media semalam.

Jelasnya, daripada jumlah itu lapan ditangkap kerana merokok dan tujuh lagi makan di khalayak ramai.

Beliau berkata, penguat kuasa agama akan menjalankan operasi secara rambang memantau dan memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan serta mengadakan program penerangan supaya terus menghormati bulan Ramadan.

Bagaimanapun, kata Daud, orang Islam diingatkan supaya berpuasa sepanjang Ramadan dan jika tidak berpuasa, mereka dinasihat supaya menghormati Ramadan.

"Sekiranya hendak makan sekalipun disebabkan tidak berpuasa janganlah makan di khalayak ramai atau tempat awam yang boleh mencabar kesabaran orang berpuasa.

"Sebaiknya makan di rumah. Mereka yang tidak berupaya, tidak mampu atau bekerja di tapak pembinaan dan kilang sewajarnya jangan merokok secara terang-terangan jika tidak berpuasa," katanya.

Katanya, adalah lebih baik berpuasa dan sekiranya keadaan tidak mampu bertahan untuk berpuasa dan ingin makan, jangan makan di khalayak ramai.

Print Friendly