06:53:00

<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Sarawak</b>, Sabah, Kedah, Kuala <b>...</b> - Come Sarawak


<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Sarawak</b>, Sabah, Kedah, Kuala <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2015 09:34 PM PDT

Tempat percutian yang menarik.
Tempat menarik di Kuching untuk dilawati.
Berikut adalah tempat-tempat yang menarik yang terdapat di Bandaraya Kuching.
Tempat tersebut pasti membuat percutian  anda sekeluarga lebih ceria dan bermakna.
  1. Taman Negara Bako
  2. Taman Negara Gunung Gading
  3. Kuching Wetlands National Park
  4. Taman Negara Kubah
  5. Wind Cave dan Fairy Cave di Bau
  6. Taman Buaya Jong (Siburan)
  7. Kuching Civic Centre
  8. Kampung Budaya Sarawak
  9. Muzium Kucing
  10. Muzium Sarawak
  11. Muzium sejarah Cina di Sarawak
  12. Sarakraf Pavillion
  13. Rumah Panjang Bidayuh Annah Rais
  14. Borneo Highlands Resort
  15. Pantai Damai
  16. Kuching Waterfront
  17. Kompleks Kubah Ria
  18. Tugu Kucing
  19. Damai Central Kuching
  20. Serikin

<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota Kinabalu, Miri <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2015 04:33 AM PDT

Tempat percutian yang menarik.
Perkampungan Budaya Sarawak-Tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda bercadang melancong ke Kuching. Saya amat sarankan anda melawat ke Perkampungan Budaya Sarawak ini.

Dikenali sebagai 'Muzium Hidup', Perkampungan Budaya ini dibina untuk melindungi dan menunjukkan warisan budaya Sarawak. Terletak di Pantai Damai, Santubong, hanya 32km dari Kuching, ia adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat setempat. 


Berkeluasan 17 ekar, terdapat 150 orang yang tinggal di perkampungan ini, menunjukkan aktiviti harian tradisional dari pelbagai suku kaum di Sarawak seperti cara memproses sagu dan membuat kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan menari untuk menghiburkan tetamu.

Penduduk kampung ini menyediakan maklumat mengenai pelbagai budaya tradisional dan cara hidup mereka. Anda boleh melihat replika bangunan yang melambangkan setiap kumpulan etnik utama di Sarawak; rumah panjang orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi orang Melanau dan juga ladang orang Cina.

Perkampungan ini juga mempunyai teater, di mana anda boleh menikmati persembahan tarian pelbagai budaya. Selain daripada itu, terdapat sebuah restoran dan kedai menjual kraftangan. Anda juga boleh berkahwin di Perkampungan Budaya Sarawak, mengikut gaya tradisional Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. 

Rumah panjang orang Iban mempunyai bilik berasingan yang terletak bersebelahan, semuanya terbuka menjadi dewan kemasyarakatan, yang digunakan untuk aktiviti riadah seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.

Tetamu seringkali dijemput untuk menghadiri majlis-majlis pada setiap malam dan minum air tapai yang kuat, tuak, yang dibuat sendiri oleh orang Iban. Rumah tetamu yang selesa juga disediakan untuk pelawat.

Panduan Perjalanan
Laluan Darat
Tiada pengangkutan awam untuk ke Perkampungan Budaya, tetapi ada sebuah bas ulang-alik yang bertolak dari Holiday Inn Kuching pada pukul 9 pagi dan 12.30 tengahari, dan kembali semula pada pukul 1.45 petang dan 5.30 petang. Atau, anda boleh menyewa teksi untuk hari itu atau kereta sewa. Perhubungan jalan raya di sana sangat bagus dan dengan arah yang mudah diikut.
Cari Hotel di Kuching 80% Off  klik disini

Sumber: http://www.tourism.gov.my

Taman Negara Bako - <b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2015 12:41 AM PDT

Taman Negara Bako
Tempat percutian yang menarik.


Taman Negara tertua di Sarawak dibuka pada tahun 1957, meliputi kawasan seluas 27 km persegi, dan terletak lebih kurang 37km dari bandaraya Kuching. Ia terkenal dengan pemandangan semula jadi yang menakjubkan, tumbuhan dan hidupan liar.

Ciri paling penting di sini adalah kawasan terlindung yang terpencil dan tanjung tinggi berbatu dengan cenuram curam yang mengagumkan menghadap Laut China Selatan.

Tempias laut, pukulan ombak dan angin juga mengukir indah gerbang laut dan tunggul laut di dasar cenuram, dengan beberapa yang kelihatan seperti kepala ular.


Batu pasir yang terbentuk di atas cenuram dengan corak besi kemerahan nampak begitu menarik. Di kawasan pedalaman terdapat air terjun yang menjunam turun ke dalam kolam air dengan pemandangan hutan yang begitu mempersonakan.

Bako mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan spesis tanaman, dan ini merupakan salah satu tarikan di sini. Hampir semua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo boleh ditemui di Bako.

Bako juga didiami oleh hampir 275 monyet proboscis yang jarang ditemui, dan hanya terdapat di Borneo. Masa terbaik untuk melihat hidupan liar di Bako adalah selepas waktu subuh dan sebelum senja, ketika haiwan sedang aktif. Bako adalah tempat yang menarik untuk mengkaji burung, dengan hampir 150 spesis burung telah direkodkan di sini.

Sistem laluan yang luas di Bako terdiri daripada 16 laluan hutan berkod warna yang menawarkan pelbagai pilihan untuk berjalan kaki dan mendaki. Mereka yang sukakan cabaran boleh memilih untuk mendaki hutan sepanjang hari atau menyertai ekspedisi perkemahan semalaman, manakala bagi mereka yang tidak gemarkan aktiviti lasak boleh memilih untuk berjalan kaki di denai hutan.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Bus Petra Jaya Nombor 6 dan bas mini harian bertolak dari Kuching ke Kampung Bako, sebuah perkampungan nelayan yang cantik. Anda juga boleh menaiki teksi ke Kampung Bako (Bako Village).

Menaiki bot
Dari situ anda perlu menyewa bot untuk ke Taman. Perjalanan menaiki bot ini merupakan suatu pengembaraan tersendiri, dengan pengemudi bot yang mahir dan berpengalaman membawa penumpang pada kelajuan tinggi.

Sumber: http://www.tourism.gov.my/ms-my/my/places/states-of-malaysia/sarawak/bako-national-park

<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Sarawak</b>, Sabah, Kedah, Kuala <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2015 11:21 PM PDT

Tempat percutian yang menarik.

Damai Central Kuching-Tempat yang menarik dilawati semasa bercuti

Damai Central terletak di atas tanah pesisir pantai yang berhadapan dengan  Laut China Selatan. Panorama yang sungguh indah berlatarkan Gunung Sentubong yang mempunyai lagenda nya tersendiri. Iaitu legenda Puteri Gunung Santubong. Perjalanan dari bandaraya Kuching mengambil masa   40 minit. Ini adalah pantai yang terdekat dengan bandar Kuching.

Terdapat banyak pusat peranginan disekeliling Damai Central,diantaranya adalah Kampung Budaya Sarawak yang terkenal, Damai Central  menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai.  Dengan kemudahan dan aktiviti yang telah dipertingkatkan dapat memberi nafas baru kepada  salah satu destinasi percutian yang paling popular di Sarawak.

Cari Hotel di Damai Central 80% Off  klik disini

<b>Tempat</b> Percutian Menarik <b>di Kuching</b>, Kota Kinabalu, Miri <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2015 07:12 AM PDT

Tempat percutian yang menarik.

Antara tempat percutian di Langkawi adalah Kereta Kabel Langkawi.
Anda disarankan naik kereta kabel seandainya anda melancong ke Langkawi. Pengelaman yang amat menarik bakal menanti anda.



Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.

Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.

Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.

Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.

Di puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke jambatan gantung agak jauh.

Kereta kabel beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin dihentikan ketika angin kencang. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk orang dewasa yang mempunyai MyKad dan RM5 untuk kanak-kanak (harga tertakluk kepada perubahan).

 Panduan Perjalanan

Kereta atau Teksi

Kereta Kabel Langkawi terletak di pantai barat daya dari pulau utama, hanya 30 minit perjalanan memandu dari pekan Kuah dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pilihan terbaik anda adalah menyewa kereta atau teksi untuk sehari dan menikmati keindahan pulau sendiri.


Cari Hotel di Langkawi 80% Off  klik disini

Sumber : http://www.tourism.gov.my