Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.
#1-KAMPUNG BUDAYA
Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
#2-PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE)
PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan.
#3-PASAR MINGGU SATOK
Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain.
#4-KUCHING WATERFRONT
Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini.
#5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING
Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.
#6- TAMAN NEGARA BAKO
Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun.
#7-PASAR SERIKIN
Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif.
#8-JONG'S CROCODILE FARM
Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.
Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong. Selain dari tempat-tempat pelancongan utama yang dinyatakan, terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Negara Kubah, Taman Orkid, Fairy Cave, Muzium Sejarah Cina, Muzium Sarawak, Tokong Tua Pek Kong, Muzium Tekstil, Muzium Kuching, Masjid Kuching, Kompleks Mahkamah Lama, Astana Negeri Sarawak, Kubu Margherita, Damai Central, Muzium Islam, Tugu Kuching, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Sarawak River Cruise, dan Bazaar Kaum Bidayuh.
Sepanjang berada di Kuching kami selalu makan di kampung seberang waterfront iaitu Kampung Gersik. Nak pergi ke sana kena naik bot dengan bayaran RM1.00 satu hala. Jom naik bot penambang. :)
Bot penambang
Medan Selera Kg. Gersik
Medan Selera Kg. Gersik
Kalau nak diikutkan tiap-tiap malam, tiap-tiap petang bila perut lapar kami ke sana untuk dinner. Ada pelbagai pilihan makanan yang ada di medan makan Kg. Gersik. Banyak makanan Sarawak yang disediakan antaranya Mee Kolok, Laksa Sarawak, Bihun Sup, Mee Jawa, Satay, Set Nasi Ikan Terubuk dan macam-macam lagilah. Bukan makanan Sarawak pun ada. Laksa Penag pun ado. Jenuh nak senarai sebab gerai makan banyak sangat.
Menu yang selalu saya order tak lain tak bukan mestilah mee kolok. Rugi kalau tak cuba sekiranya berkunjung ke Sarawak.
Pinjam gambar Mee Kolok dari entri sebelumnya. Maklumlah nak kendong dlsr yang berat nak mampus ( berat pun mampus gak ye? ) tu kadang-kadang tak terdaya. Pakai phone, gambar tak cantik. Nak ipong… nak ipong..
Sebenarnya lupa nak snap gambar food, sebab dah lapar sangat. Berjalan tak ingat nak makan. Bila dah lapar giler baru sibuk nak cari makan.. Kan dah macam orang tak cukup makan. Hihi…
Mee Kolok
Terdapat 2 lokasi medan makan yang hanya bersebelahan. Lokasi pertama hanya bersebelahan dengan jeti manakala lokasi ke-2 ke depan sikit. Kena jalanlah sikit. Kadang-kadang saya suka ke lokasi yang ke-2 kerana tak ramai orang dan satu lagi jus buah kat situ betul-betul kaw. Pertama kali saya minum jus durian belanda kaw punyalah. Slurrpppp.
Medan Selera Kg. Gersik
Jus durian belanda terbaik di dunia
Satu lagi medan selera yang kedua ini meriah sikit dengan nyanyian karaoke oleh penduduk tempatan. Orang yang menyanyi bukannya anak-anak muda tapi pakcik-pakcik. Sporting gilalah mereka ni. Kalau masuk Kilauan Emas ni, bikin riuh dengan gelagat mereka yang mencuit hati. Paling best adalah persembahan pakcik ni.
Tengok video ni, pakcik ni main enjoyy lagi menyanyi. Boleh masuk Kilauan Emas ini. Persembahan terbaik. Hihi..
Dari segi harga makanan pula, makanan di medan selera Kg. Gersik ini tidak terlalu mahal. Harga biasa-biasa sahaja. Set butterprawn dengan nasi yang kami makan harganya hanya RM6.00 sahaja sepinggan. Murahkan?
Butterprawn
Rasa butterprawn ni tidaklah sesedap yang saya masak. Alamak.. puji diri sendiri pulak ye.. kikiki… Butterprawn di sini sedikit manis, sedikit? Agak manis bagi saya yang dah lama tak minum gula. Oleh kerana murah dan manis, kami order lagi buat kali ke-2 dengan sedikit mengada-gada cakap kat tukang masak kasi masin sikit, tak nak manis sangat. This time, order kat gerai lain pula. Kami ni suka test makan.
Sekali datang, alamak ini bukan sedikit masin.. ini manyak masin wooo… Pening dan berdengung… Pegsan lidah sekejap. :p
Sebelum pulang, jangan lupa untuk mencuba set nasi ikan terubuk masin. Satu set ada ikan terubuk masin, nasi putih, sup dan ulam-ulaman. Cuba juga nasi ayam penyet dan air tea 3 layer. Seriously, nasi ayam penyet di Pekan Lundu terbaik. Banyak lagi makanan yang saya nak cuba dan nak saya repeat tapi masa tidak mengizinkan untuk mencuba semuanya. Nak pergi pasar pun tak sempat untuk mencuba umai, linut, manok, pansoh. Ahad pagi dah nak balik dan pasar Serikin buka hari ahad. Waa..melepas… kalau flight petang sempat lagi. Apesal Encik Suami ni ambil flight pagi. Huhu…
Mee Jawa
Kek Lapis Sarawak
Kalau anda nak bawa balik ole-ole Sarawak, silalah datang ke Kg. Gersik kerana di sini terdapat banyak kedai kek lapis Sarawak. Antara yang popular adalah Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah.
Tester dulu sebelum beli. Makan sampai kenyang… errkkk
Sebelum beli, anda boleh cuba dulu sampai kenyang, dan bersedia untuk rasa pening. Pening nak pilih mana satu yang hendak dibeli.
Test dulu sebelum beli Kek Lapis Mira
Masa Encik Suami ke Sarawak dulu, dia dah beli Kek Lapis Mira. Kek Lapis Mira ni kiranya kek lapis Sarawak yang original dan pelopor dalam industri kek lapis Sarawak.
Sebelum gerak ke Lundu, kami beli 1 kotak untuk makan di sana. Sampai balik tak sempat pun nak makan sebab perut sentiasa kenyang dengan makanan-makanan best di Pekan Lundu.
Kali ini saya nak cuba Kek Lapis Dayang Salhah. Kalau diikutkan dari kawan Encik Suami (orang Sarawak), kek lapis Sarawak boleh tahan lama. Nak guna time raya akan menyusul pun sempat.
Tetapi lepas kami balik beberapa minggu, kek lapis yang hajatnya nak disimpan untuk makan-makan dah berkulat. Agak kecewa jugalah kami. Seingat saya, Kek Lapis Mira tak adalah cepat sangat naik kulat.
Emmm… bukan rezeki kami agaknya. Rezeki kulat kali ini. :(
Kek lapis Sarawak ada macam-macam jeis, macam-macam warna, macam-macam rasa dan macam-macam nama. Nama kek lapis semuanya nama drama Melayu popular. Bersedialah memilih dan memeningkan diri.
Sarapan Pagi Di Mana?
Atas saranan kawan group backpackers, beliau cadangkan breakfast di belakang bangunan Riverside Majestic dan cari gerai Mohd Lim dan cuba makan mee merah. Melilau juga kami cari. Banyak pula kedai kat situ. Mana satu? Akhirnya penat cari kami pilih food court yang ada kat situ. Macam –macam gerai yang ada di sini mee goreng, nasi goreng dangai, nasi ayam, butterprawn, mee kolok dll.
Saya order nasi goreng dangai. Alhamdulillah tapi tidak sesedap yang saya makan di Pekan Lundu. Nasi goreng dangai di Pekan Lundu memang superb.
Bila dah setengah makan, baru perasan gerai mee kolok yang dimaksudkan adalah gerai Muhd Lim betul-betul depan saya. Kenapa tak perasan. Saya perasan bila ada pelanggan yang order mee dan meenya warna merah. Kat menu tak delah tulis mee merah. Kecewa betullah saya. Nak order mee, perut dah kenyang dengan nasi goreng dangai. Mee merah yang dimaksudkan bukanlah namanya mee merah. Tapi mee memang kelihatan merah. Saya ni 'betul' orangnya, haha.
Nak order sudah kenyang akhirnya teringat-ingat sampai sekarang. Perut kecik macam saya tak sesuai nak makan buffet. Rugi…
Next time, saya datang itupun kalau ada rezeki melancong ke Sarawak lagi.
Makan sudah, next…. shopping time sebelum balik. Hee
Berkunjung ke Malaysia belum lengkap rasanya kalau tidak mengunjungi tempat-tempat yang menarik. Sambil menikmati liburan, kita mencoba berkunjung ke beberapa tempat yang ada di Kuching. Tempat-tempat apa saja itu ? Berikut rangkumannya :
Damai Central
Pemandangan pantai yang sederhana dan patung berbentuk burung yang melambangkan kedamaian dapat sobat nikmati di sini. Sobat juga bisa bertemu dengan turis mancanegara lainnya dan penduduk asli kota Kuching. Di Damai Central, pihak pengelola juga menyediakan tempat penginapan, cafe, serta perbelanjaan ternama seperti : 7 eleven. Untuk masuk menikmati suasana di Damai Central, pengunjung tidak dikenai biaya sepeserpun dan sobat juga bisa berfoto-foto gratis di sini.
Museum Kuching
Tempat unik yang satu ini berisi koleksi peninggalan sejarah berupa : foto Kota Kuching saat masih dijajah Inggris, Patung Kuching dengan busana seperti manusia, hewan Kucing yang diawetkan didalam kaca, senjata tradisional, dan foto para pejuang. Menurut penjaga museum, tempat ini didirikan tahun 1984 dan digunakan sebagai lambang dari Kota Kuching ,"Iye, jadi museum ini didirikan tahun 1984 dan namanya ini untuk ciri bendaraya Kuching". Untuk dapat mengambil gambar didalam museum ini, pengunjung dikenakan biaya sebesar 3 RM (Rp 11.000,-) jika menggunakan ponsel kamera, 4 RM (Rp 12.000,-) menggunakan kamera digital, dan 5 RM (Rp 13.000,-) menggunakan video recorder.
Museum Serawak
Museum ini terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching, Serawak. Bangunan museum ini terdiri atas beberapa gedung diantaranya : etnology (berisi koleksi aneka ragam tumbuhan dan hewan yang diawetkan), dan museumm seni (berisi koleksi alat musik dan lukisan internasional). Ditempat ini pengunjung tidak diperkenankan untuk mengambil gambar didalam museum dengan alasan keamanan.
Water Front
Penampakan pemandangan tepi sungai yang indah disore hari dapat sobat nikmati disini. Sobat juga bisa menyerebangi sungai menggunakan perahu yang bisa disewa hanya seharga 50 sen RM (Rp 2.000,-). Di sekitar sungai juga terdapat taman yang indah sehingga bisa menjadi tempat yang pas untuk bercerengkama bersama sahabat dan keluarga.
Itulah tempat-tempat menarik di Kuching yang bisa sobat kunjungi. Kalau punya referensi lain, silahkan berbagi ya sob. Salam
Hari ketiga kami bercuti ke Kuching, memang betul-betul jatuh pada Hari Kemerdekaan yang ke-57. Menjangkakan sambutan yang luar biasa di Kampung Budaya Sarawak, maka kami memang merancang untuk ke sana pada hari ini. Sebab tu pada hari semalam, kami banyak habiskan aktiviti bercuti nih di kawasan yang jauh dari pusat bandar. Supaya pada hari ini dapat bergerak ke Kampung Budaya Sarawak tepat pada masanya.
Hari Ahad (Day 3) Oleh sebab nak menunggu kumpulan yang lagi satu nak ke Serikin, maka kami putuskan ke Kampung Budaya pada sebelah petang, iaitu semasa persembahan diadakan pada jam 4 petang. Maka sebelah paginya, kami akan habiskan masa melawat ke tempat menarik sekitar Pusat Bandar. Sesi awal pagi macam biasa. Nasi lemak Kopi O Corner lah yang menjadi santapan awal pagi. Orang ramai macam biasa. Tapi servis memang tip top! So nak bergerak pun cergas lah sikit kan. Sebab perut dah kenyang terisi. Dewan Bandaraya Kuching Utara Selesai mengisi perut, maka kami pun bergerak ke bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang tersergam indah atas bukit. Tujuannya sebab nak tengok landmark tersebut dengan lebih dekat dan juga nak ke Muzium Kucing yang terletak di sana.
Muzium Kucing Sampai di sana, terus ke Kaunter Pertanyaan. Rupanya Muzium Kucing tersebut tak dibuka pada hari pelepasan awam. Salah timing ler plak. Ada lagi pelawat lain yang mundar mandir depan kawasan Muzium Kucing tersebut. Maka sebab taknak menghampakan niat nak ke sana, bergambar lah sket depan Pintu masuk Muzium Kucing.
Kemudian dari sana kami terus menuju ke dua kedai kek lapis Sarawak yang popular di Kuching. Tak lain tak bukan, Mira Cake House dan Kek Lapis Dayang Salhah. Oleh kerana lokasi kedua-duanya yang berdekatan, maka kami parking kereta di tengah-tengah, dan jalan kaki sahaja.' Mira Cake House Mira Cake House yang sinonim dengan warna merah nih memang agak menonjol atas sebab lokasinya. Ada banyak pilihan kek lapis Sarawak dengan warna dan perasa yang pelbagai. Kawasan pameran agak sesak memandangkan banyak sangat kek lapis yang nak dipamerkan. Tapi dari kawasan tersebut, anda dah boleh nampak beberapa pekerja yang sedang menyediakan kek lapis tersebut di bahagian dalam kedai.
Kek Lapis Dayang Salhah Kek Lapis Dayang Salhah nih pula berada pada kedudukan yang tersorok sket di belakang Surau. Namun bagi pengunjung setia yang dah biasa, sememangnya tak ada masalah nak cari di mana beradanya kedai tersebut. Ruang dalam untuk memilih kek lapis memang lebih selesa. Bilik beraircond. Kawasan yang besar.
Fort Margherita Selesai membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Sibu, kami bergerak ke Fort Margherita yang terletak berdekatan dengan kawasan kedai kek lapis Sarawak tadi. Jalan nak ke Fort Margherita nih tak berapa nak cun sangat. Dan sampai di sana, pun tak dibuka jugak. Lepas diselidik, adalah juga yang bagitau tempat ini dah lama ditutup. Atas tujuan apa tak pasti lah plak.
Fort Margherita nih sebenarnya adalah satu kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke, Rajah Putih Sarawak. Nama Margherita nih diambil daripada nama isteri Charles Brooke sendiri, iaitu Margaret Alice Lili de Windt. Bangunan Fort Margherita ini juga cantik apabila dipandang pada waktu malam daripada Waterfront yang terletak di seberang sungai.' Dewan Undangan Negeri Kemudian kami terus bergerak ke Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dan tersergam indah berdekatan dengan kawasan ini. Bentuk kubah Dewan Undangan Negeri ini memang menarik dan unik.
Sampai di pintu masuk, kami minta kebenaran daripada pengawal yang menjaga pintu masuk tersebut. Selepas dah diberi kebenaran secara bersyarat, iaitu tak boleh berhentikan kereta dan sekali pusing sahaja, maka kami pun naik ler ke atas. '
Memang cantik kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru nih. Struktur binaan dan rekabentuknya jauh lebih menarik berbanding dewan undangan yang lama. Maka tak hairan lah sekarang Dewan Undangan Negeri ini selalu dijadikan bangunan ikon kepada Sarawak.' Rumah Hijau Cafe Selesai di Dewan Undangan Negeri, kami bergerak untuk makan tengahari. Nak makan tengahari yang paling best di Kuching, iaitu di Rumah Hijau Cafe. ' ' '
Konsep Rumah Hijau Cafe nih memang menarik. Kedai makan, tapi seperti berada dalam rumah sendiri. So memang layan lah. Kebetulan pada hari Ahad, ada disediakan menu istimewa iaitu Nasi Beriani. Maka kami pun mencuba lah menu tersebut. Memang terbaik!
Dah kenyang menjamu selera, maka kami pun bergeraklah ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuching. Kampung Budaya Sarawak Kampung Budaya Sarawak nih terletak di Santubong. Maka dalam perjalanan ke sana, nampak lah gunung Santubong yang popular dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.
Dah banyak kali sebenarnya saya dah datang ke Kampung Budaya nih. Tapi dalam banyak-banyak kali tu, rasanya kali ini persembahan dia memang tip top habis! Sangat ler terhibur dengan persembahan tarian daripada 6 etnik utama yang ada di Sarawak. Ada kelainan berbanding dengan kunjungan saya yang sebelum-sebelum nih.
Bagi yang nak berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, pastikan anda tahu masa persembahan ini dijalankan, iaitu pada jam 11.00 pagi atau pun pada jam 4.00 petang. Timing mesti bagus. Barulah kunjungan jadi sangat bermakna dan berbaloi.
Selesai persembahan tarian di dewan utama, kami bergerak ke rumah-rumah tradisional yang ada dalam perkampungan tersebut. Dimulakan dengan Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan akhir sekali Rumah Cina. Kali ini kami salah timing! Rupa-rupanya, selesai persembahan pada jam 4.45 petang tadi, bermakna tiada juga sambutan daripada penjaga rumah-rumah tradisional berkenaan. Mereka pun kerja sampai jam 5.00 petang juga. Maka banyak lah rumah-rumah yang sudah ditutup atau yang tidak ada penjaga.
Tak dapatlah nak tengok tarian sambutan di rumah-rumah tersebut, serta aktiviti yang dijalankan oleh penjaga di sana. Maka kamu hanya luangkan masa yang ada dengan bergambar dengan rumah tersebut sahaja. So lain kali kena datang pada waktu pagi jika nak merasa pengalaman paling bermakna di Kampung Budaya Sarawak. Damai Puri Selepas sejam meronda, akhirnya kami keluar dan menuju ke Damai Puri yang terletak bertentangan dengan Kampung Budaya. Ini kali pertama saya ke sini. Maknanya memang dah lama tak datang area Kampung Budaya sampaikan ada bangunan baru yang dah siap didirikan pun saya tak tahu.
Kawasan Damai Puri nih memang menarik. Penuh dengan pengunjung. Penuh juga dengan kedai-kedai cenderamata dan kedai makan. Pengunjung juga ada peluang untuk menonton matahari terbenam pada kawasan yang dah disediakan khusus. Kawasan ditandakan dengan binaan Kenyalang gergasi ala-ala tugu Helang di Langkawi.
Sunset di sini boleh tahan meriahnya. So yang belum pernah ke sini, jemput datang yer! Dari sini, kami terus pulang ke Kuching. Aktiviti malam, macam biasa. Lepak di Waterfront sambil melayan geng-geng pemuzik jalanan yang ada di sana. Pastu balik tido, dan ready untuk hari seterusnya. Hari Isnin (Day 4) Ini hari terakhir kami berada di Kuching. Hari untuk perjalanan pulang ke Sibu. Atas jemputan seorang rakan, maka kami bersarapan pada pagi ini di tempat baru yang terletak di Batu 7, iaitu Serapi Corner. Serapi Corner Ini kali pertama kunjungan saya ke Serapi Corner. Walaupun dah banyak kali ke Kuching, tapi balik-balik pegi kedai yang sama jugak. So, bersarapan pagi di Serapi Corner bersama Cikgu Ken LSC.
Memang tak rugi kami dibawa ke sini. Menu yang disediakan, memang best! Confirm lepas nih Serapi Corner akan masuk list dalam senarai kedai makan wajib pergi lepas nih. Pilihan makanan pagi yang banyak dan juga keadaan kedai yang sangat selesa. Jadi tak hairan lah kenapa kedai makan ini sentiasa dipenuhi orang ramai. Selepas sesi sarapan yang best, kemudian kami terus bergerak pulang ke Sibu. Dalam perjalanan hanya singgah di Layar untuk berhenti makan dan solat. Kami tiba di Sibu pada jam 5.00 petang. Rasa agak ok bila dimaklumkan oleh Tuan Bendahari kami, Cikgu Hafiz apabila kami hanya mengeluarkan bajet lebih kurang RM250 setiap seorang bagi semua perbelanjaan sepanjang di Kuching. Perbelanjaan adalah termasuk duit minyak kereta, penginapan, makan 4 hari 3 malam dan tiket masuk ke semua tempat yang berbayar. Sebelum ini tak pernah nak catat-catat berapa bajet yang dikeluarkan. Semoga panduan ini boleh digunakan bagi mereka yang nak merancang bercuti ke Kuching, terutamanya bagi mereka yang nak adakan Road Trip macam kami nih. Soal bajet dan keselamatan harus diutamakan. Sampai kita berjumpa lagi dalam trip yang seterusnya!
Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah:
1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini.
2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak
3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni.
4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana.
5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik.
6) Kuching Waterfront
Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =)
Incoming search :
tempat menarik di kuching,tempat menarik di sarawak,tempat menarik di kuching sarawak 2014,tempat menarik di kuching sarawak,tempat menarik sarawak,senarai tempat menarik di kuching,tempat menarik kuching,tempat menarik di sarawak 2015,tempat menarik di kuching 2015,tempat best di kuching sarawak,tempat bercuti kuching,tempat menarik di kucing sarawak,bercuti di sarawak 2015,tempat menarik dikuching,menarik di kuching sarawak,tempat yang cantik di serawak,tempat perlancongan di kuching,tempat yang menarik:di kuching,sarawak pusat pelancongan,tempat pelancongan sarawak,tempat pelancongan kuching sarawak,tempat pelancongan di sarawak,tempat yang menarik di sentubong,tempat yang menarik di sarawak,tempat yang menarik di kuching sarawak,tempat pelancongan di kuching,tempat menarik di serikei,tempat terkenao di kuching,tempat terkenal di kuching,tempat makan best sarawak,destinasi di sarawak,cuti-cuti malaysia di sarawak,cuti cuti kuching sarawak 2015,cuti cuti bndar kuching,5 tempat menarik di kuching Sarawak,benda yang menarik di kuching,barang popular di sarawak,barang apa yang menarik di sarawak,apa yang menarik di bandar serawak,destinasi menarik di sarawak,kawasan menarik di kuching,tempat cuti kuching,tempat best kuching,tempat bercuti di serawak,sarawak tempat menarik,perkara yang menarik di sarawak,percutian ke kuching 2015,menarik di sarawak,melancong ke sarawak 2015,makan best di kuching,apa yang cqntik di serqwak
TOPSPOT SEAFOOD DI TAMAN KERETA BUKIT MATA KUCHING,SARAWAK . Kuching Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai tarikan dan destinasi - destinasi serta lokasi - lokasi menarik untuk dikunjungi terutama pelancong dan mereka yang sedang bercuti dari seluruh Malaysia.Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai keunikan yang tersendiri terutamanya selera makanannya.
TOPSPOT SEAFOOD DI TAMAN KERETA BUKIT MATA KUCHING,SARAWAK
Ianya merupakan lokasi tumpuan untuk orang ramai menikmati selera makanan laut semenjak sekian lama.Pelbagai menu makanan laut ditawarkandi sini dengan harga yang berpatutan dan semestinya akan menarik selera anda untuk berkunjung berkali - kali ke sini.
Lokasi Topspot Seafood yang terletak di tengah - tengah bandaraya Kuching Sarawak menajadikannya adalah tempat tumpuan orang ramai yang berkunjung untuk menikmati pelbagai selera makanan laut.Malah tempat ini juga menjadi antara daya tarikan pelancong apabila tempat ini merupakan tempat berkumpul dan pertemuan memandangkan lokasi Topspot seafood ini yang dikelilingi oleh hotel - hotel yang merupakan tempat penginapan para pelancong asing yang datang dari pelbagai negara dari seluruh dunia yang mana memilih Kuching Sarawak sebagai destinasi pelancongan mereka.
RESTORAN NO 25,BUKIT MATA SEAFOOD DI TOPSPOT SEAFOOD KUCHING SARAWAK
Pada beberapa hari yang lepas saya dan keluarga saya mengunjungi topspot seafood dan memilih restaurant No 25 Bukit Mata Seafood sebagai pilihan untuk makan malam kami sekeluarga.Setakat ini,Restoran No 25,Bukit Mata seafood ini adalah antara yang sering menjadi pilihan kami sekeluarga kerana cita rasa masakannya yang enak dan lazat.Selain itu,Kepelbagaian pilihan makanan laut menjadikan tempat ini adalah lokasi pilihan orang ramai.
Restoran No 25,Bukit Mata Seafood menyediakan pelbagai pilihan yang menarik dan anda boleh memilih pelbagai jenis makanan laut di sini.Selepas selesai memilih makanan laut tersebut anda bolehlah memilih pelbagai jenis masakan untuk makanan laut yang telah anda pilih tadi.Apa yang paling terbaik di sini kebanyakkan makanan laut seperti ikan dan udang adalah terjamin kesegaran nya dan setakat ini ramai pelanggan yang berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak restoran ini disamping penyediaan makanannya yang bersih dan rasa masakan yang lazat.
Restoran No 25,Bukit Mata Seafood menawarkan pilihan makanan laut yang segar dan pelbagai untuk pelanggan dan terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh ditempah untuk memenuhi selera pengunjung yang datang.
Restoran No 25,Bukit Mata Seafood menawarkan harga untuksetiap jenis dan kilogram makanan laut seperti berikut.
Terdapat juga pelbagai pilihan makanan pilihan untuk pengujung.
PILIH ! PILIH ! PILIH ! LAI ! LAI !
MENU PILIHAN MAKAN MALAM DI RESTORAN NO 25,BUKIT MATA SEAFOOD TOPSPOT KUCHING SARAWAK
Selepas puas memilih aneka makanan laut akhirnya kami memilih menu tersebut sebagai hidangan makan malam kami di TOPSPOT Seafood Kuching Sarawak.
MUSSEL MASAK LADA HITAM
SIPUT SEDUT MASAK KICAP
SUP TIMUN LAUT ( SEA CUCUMBER SOUP )
NASI PUTIH
IKAN DUWAI HITAM MASAK 3 RASA
SAYUR CAMPUR ( MIX VEGETABLES )
Yang ini saya punya...
GREEN APPLE JUICE
Semangnya Topspot seafood Kuching Sarawak adalah tempat tumpuan orang ramai yang ingin menikmati makanan lautnya sehingga pada waktu - waktu yang tertentu pengujung terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat dan meja .
Pengunjung yang datang ke Topspot Seafood kebiasaannya adalah dalam kumpulan berkeluarga dan juga sekumpulan yang selainnya seperti pengurus - pengurus syarikat dan sebagainya.
PEMANDANGAN INDAH BANDARAYA KUCHING DI WAKTU MALAM DARI
TOPSPOT SEAFOOD KUCHING SARAWAK
Apa yang lebih menarik Topspot Seafood memberikan pemandangan sekitar bandaraya Kuching yang sangat mempersonakan.Pengunjung yang datang ke Topspot Seafood boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah Bandaraya Kuching pada waktu malam.Pemandangan yang indah ini memberikan suasana yang sangat menarik sambil menikmati keenakan masakan makanan laut yang disajikan.
Apa yang pasti pengunjung akan berpuas hati dengan setiap sudut dengan kunjungan ke Topspot Seafood dengan persekitaran menarik dan lokasi yang sangat kondusif dengan pemandangan menarik.
Tospot Seafood juga mempunyai banyak restoran yang lain selain restoran No 25,Bukit Mata Seafood yang mana turut menyajikan makanan laut dengan pelbagai pilihan masakan untuk para pengujung yang datang.Pemgunjung bolehlah membuat pilihan restoran mengikut selera yang dikehendaki.
Kedai - kedai minuman juga banyak terdapat di sini yang menyediakan pelbagai piliha.Minuman jus - jus buah yang segar,minuman panas dan minuman sejuk dan segera turut ada di sediakan untuk pengunjung termasuk juga air kelapa dan sebagainya.
Topspot Seafood juga menyediakan jenis masakan lain seperti Nasi ayam yang terdapat di Muslim Roated Chicken ini yang meyediakan Nasi Ayam dan ayam panggang yang sedap dan nikmat.
Kepada pengunjung yang datang ke Tospot Seafood yang ingin mencuba... Silakan aja.. mesti nak lagii...
MAKANAN TRADISIONAL SARAWAK : UMAI DAN PANSUH SEDAP
Negeri Sarawak terkenal dengan keunikan makanannya .Antara identiti makanan Tradisional Negeri Sarawak adalah Umai dan Pansuh yang merupakan makanan lauk tradisi kaum dayak masyarakat Iban Negeri Sarawak.
Topspot Seafood Kuching Sarawak juga turut terdapat kedai yang menjual dan menyajikan makanan tradisional Sarawak termasuk Umai dan Pansuh.
Umai merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada isi ikan dan dicampur dengan bahan - bahan yang tertentu seperti limau bawang dan sebagainya sehingga masak.
Pansuh pula merupakan sejenis masakan yang menggunakan buluh dimasak seperti lemang dengan mencampurkan ramuan yang terdiri dari daun - daun dan bahan semula jadi yang akan menyentuh selera mereka yang menginginkan resepi dan menu yang menyihatkan.
P N D FOODSTALL DI TOPSPOT SEAFOOD KUCHIONG SARAWAK
P N D Foodstall merupakan satu - satunya kedai yang menyediakan masakan tradisional Negeri Sarawak di Topspot Kuching Sarawak.Mereka menyediakan pelbagai sajian dengan harga yang sangat berpatutan.
Pengunjung yang datang ke negeri Sarawak seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mencuba masakan tempatan negeri Sarawak ini di Topspot Seafood Kuching Sarawak ini.Sememangnya akan memberikan kenangan dan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung terutama kepada pengujung yang belum pernah merasai makanan tradisional negeri Sarawak ini.
Beginilah keadaan ayam pansuh yang siap dimasak dalam buluh dan menunggu untuk dihidang kepada pelanggan yang membuat tempahan untuk menu ini.P N D Food stall ada menyediakan semuanya untuk anda rasai .
Kedai Makanan Tradisional Sarawak P N D Foodstall ini menyediakan pilihan seperti berikut.Jangan lepaskan peluang untuk mencuba kelainan dan keenakannya.
Kepada Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai makanan Trasional Negeri Sarawak seperti umai dan pansuh di TopSpot Seafood Kuching anda bolehlah menghubungi nama yang tertera di bawah di P N D FoodStall ,Topspot Seafood Kuching Sarawak.
Di Topspot Seafood juga terdapat banyak lagi kedai minuman yang segar dari ladang untuk memenuhi pilihan para pengujung yang datang ke sini. Minuman segar yang terjual di sini adalah Kelapa dan tebu dan beberapa lagi jenis minuman yang lain.
KETUPAT DAN PELBAGAI JENIS SATAY
Dimana mana sahaja kedai makan tidaklah lengkap sekiranya tiada satay.Di Topspot Seafood Kuching Sarawak Juga menyediakan pelbagai jenis satay untuk para pengunjung.Satay daging,satay Ayam,Satay Kambing dan Ketupat.. semua ada....
AISKRIM ! AISKRIM ! AISKRIM ! AISKRIM ! AISKRIM
SCOOPS SNACK BAR terdapat aiskrim sebagai pencuci mulut selepas puas menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan laut yang sungguh enak dan lazat.Scoops Snack bar menyediakan pelbagai jenis manisan dan aiskrim sebagai pencuci mulut selepas anda menikmati makanan laut.
Cuci mata jap !
Aiskrim yang dijual di SCOOPS BAR SNACK BAR disajikan dalam pelbagai saiz dengan harga yang berlainan mengikut citarasa pelanggan .
Kunjungan Ke Topspot Seafood Di Taman Kereta Bukit Mata Kuching Sarawak semestinya memberikan sesuatu pengalaman yang berlainan kepada pengujung di samping dikelilingi pemandangan malam di Bandaraya Kuching Sarawak yang sangat indah dan mempersonakan.
Mereka yang sampai ke Bumi Kenyalang Negeri Sarawak di Kuching Sarawal bolehlah berkunjung ke Topspot Seafood Kuching Sarawak untuk merakamkan kenangan dan pengalaman anda akan ceritakan sampai bila - bila,