15:09:00

Come Sarawak: Come Sarawak: <b><b><b>Rumah Sewa Di Kuching</b> <b>...</b>


Come Sarawak: Come Sarawak: <b><b><b>Rumah Sewa Di Kuching</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2013 11:38 PM PST

Kalau korang perasan aku suka type Serawak as Sarawak. macam best je.. macam best je.. dah mengarut pula waktu type ni. Jom continue my travel trip to Kuching, Sarawak!
Dalam post sebelum ni , Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : Kuching International Airport , Sarawak aku ada bagitahu antara sebab utama aku tiba-tiba sahaja beli flight ticket ke Kuching sebab menghadiri majlis kahwin kawan aku disana.

Jadi aku nak sediakan lah satu entry khas buat Pn. Latifa Adni dan En. Faiz ye..

Naik sahaja kereta MyVi yang kami sewa, cepat-cepat kami setup GPS .  GPS tu En. Ahmad bawa dari Semenanjung, sebab nak sewa dari owner tu mahal sangat. Sebenarnya, dalam flight kami semua still pakai jeans dan t-shirt je. Baju kurung and baju melayu tu, kami gantung pada hanger.. ehehhe.. Jadi dah sampai Kuching, ingat nak tukarlah baju dekat hotel yang kami dah buat reservation. Kami pun terus menghala ke Hotel Grand Supreme. Unfortunately, receptionist kata check-in pukul 12 dan kalau nak minta masuk early pun tak boleh sebab bilik tak kemas lagi.

Memandangkan waktu kami sampai hotel tu dalam 8 lbeh nak dekat pukul 9, jadi kami decide dalam perjalanan ke rumah Lat. Kami singgah mana-mana surau/ toilet petrol station. Nampak je Petronas kami terus singgah. Nsb baik toilet tu baru basuh, jadi dapatlah kami bersuka ria menukar baju kurung, sempat lagi tu cuci muka and makeup. Nama pun perempuan..ehehe.

Siap tukar baju and isi minyak kereta, kami gerak terus ke Rumah Pengantin di Area Jalan Demak.. Alhamdulillah, tepat pukul 10 pagi kami sampai di rumah pengantin. Terus bapa pengantin suruh kami duduk dahulu, sebab tengah ada bacaan doa selamat. Waa.. Happy dapat tahu mereka dah selamat bernikah.

Bila dah habis bacaan doa, dapat la kami bantai makan nasi minyak. .. lapar sangat, dah tak tahan. Mak cik sebelah kami tu tau kami bukan dari Serawak tapi lagi terkejut bila kami faham dia cakap apa dalam bahasa Sarawak ..ngee

"Kamek sik tahu klakar Sawak, tapi kamek faham apa kitak klakar" hehe.

Thanks to Family Lat and Faiz yang menjamu orang Semenanjung yang tengah kebulur, sampai lupa nak snap picture. wahahah.. Apa-apapun layankan gambar-gambar orang yang dah kekenyangan ni.hehe


Rombongan dari Semenanjung
UIA-ICT 09-13
Wedding Lat Kuching, Serawak 
Along bersama dengan rakan-rakanku
UIA-ICT 09-13
Wedding Lat Kuching, Serawak
Photo Courtesy: Suhaila
With the bride and groom
Wedding Lat Kuching, Serawak
Photo Courtesy: Suhaila

With the bride and groom
Wedding Lat Kuching, Serawak

Buat Latifa and Faiz:
"بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ"

Selesai berphotoshoot bersama pengantin,kami pulang semula ke bandar Kuching. Tapi kami ada singgah satu tempat makan. Nak tahu mana? Bermula Food Hunting di Sarawak! Yeah.

p.s: Happy for both of you :)

1 mudah.com | <b><b>rumah sewa di kuching</b></b> - Come Sarawak

Posted: 28 Nov 2013 11:11 PM PST

Beberapa hari lepas, Zam sibuk mencari hotel-hotel budget disekitar bandaraya Kuching atas permintaan pelanggan Zamtransportation. Ada diantara hotel yang menawarkan rate RM50 sehari tetapi Zam masih tidak berpuashati dari segi keselesaan dan keselamatan yang diberikan. Tak sampai hati pulak nak rekomen yang macam tu kat customer. Nak upload gambar dalam blog ni pun rasa Zam serba salah.
Kesimpulannya, rata-rata hotel yang selesa dibandaraya Kuching menawarkan rate sekitar RM100 keatas. 

Namun terdapat sebuah rumah kedai yang menyewakan bilik-bilik sewa serendah RM37 sehari dipusat bandaraya. Bilik Sewa Ezul  terletak di Jalan Tun Ahmad Zaizi Adruce berdekatan Satok bersebelahan dengan Palm Hotel.

Mula-mula sampai kat area tu memang tak nampak sebarang Papan Tanda bilik sewa, hanya terdapat poster-poster yang ditampal di tepi dinding bangunan dan di anak tangga naik ke rumah kedai.

Bilik-bilik tersebut boleh disewa secara harian, mingguan dan bulanan. Room Rate serendah RM27 sehari untuk kipas dan RM37 sehari untuk aircon ini hanya boleh muat 2 orang sahaja. Sesuailah sangat-sangat kepada mereka yang bercuti dengan kos budget. 

Terdapat 7 bilik aircon dan 3 bilik kipas yang boleh disewa. Dilengkapi TV bewarna dan bilik mandi masing-masing. 

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi;

Mohd Faizul : 010-9712089

atau secara terus melalui saya Zamtransportation: 016-8620967

Terima kasih.