<b>Tempat Melancong di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak |
- <b>Tempat Melancong di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak
- <b>Tempat Melancong di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak
- <b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b> - Cahaya Purnama
- <b>Tempat</b> Menarik <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak
<b>Tempat Melancong di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 09 Jan 2014 03:05 PM PST Lepas beli ikan...hehehehe...kita teruskan percutian kita ini dengan melawat lagi tempat-tempat menarik di sekitar kuching. Wah.... Kayra dah sampai sini Nak sampai ke muzium kenalah melalui jejantas ni. Masa tu panas terik. Tapi Kayra happy ja berjalan kesana... Besar dan megah muzium ni. Tapi mama tak ingat la ni muzium apa. Tu la kan, ambik masa yang lama sangat nak update blog sampai dah lupa dah semua. Bagusnya kat sini, depa letak deretan muzium kat satu tempat. Senang kita nak melawat. Kayra sangat seronok, tak nampak pun muka letih dia Kita rilek ja bergambar dalam muzium ye... Sampai la selesai saat kita ambil gambar ni. Tiba-tiba kita ditegur oleh pak guard. Jangan bergambar di dalam muzium....ok, sorry-sorry... Jadi, kita berdua pun sedihlah tak dapat bergambar di dalam muzium lagi...Kat tangga muzium pun ok what... Kayra tak kisah. kat mana-manapun Kayra happy aje... Dah settle hal muzium, kita gerak ke kereta untuk pi makan. Oh ya, ni kereta yang kita sewa kat sana, Saga Lepas makan kita singgah sat kat kedai kek Sarawak ni. Beli sikit ja untuk bawak balik kat Tok dan tok Honey Mama nak kek 'hati pari' ja... Dan Kayra yang penat menunggu... Lepas tu kita singgah kat Kota Magharita sat saja nak tengok-tengok Cantik berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri Kat hujung jalan ada plak pameran. Singgah la sekejap Pameran yang menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh Negeri sarawak sejak merdeka ni... Puaslah Kayra menerai segala benda di dalam ni... Terjelepok duduk ja dia dimana saja... Banyak jugak port-port yang cantik untuk bergambar Diam tak diam, dah 50 tahun dah Sarawak join Tanah Melayu kan ? Bangga sekejap Sebenarnya bila berjalan dalam keadaan kenyang sangat pun tak seronok jugak. Apatah lagi dengan keadaan kaki mama yang tak berapa nak elok lagi tu... Sekejap jalan, sekejap duduk mama ni. Tapi dah kata nak melancong, rugi ja kalau dok lepak hotel saja kan ? xoxo |
<b>Tempat Melancong di kuching</b></b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 01 Jan 2014 03:13 PM PST Negeri Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri terbesar di Malaysia dan dikategorikan sebagai Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negeri bagi Sarawak. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Malanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kuching juga merupakan Bandar keempat terbesar di Malaysia dengan kepadatan penduduk sekitar 794 517 orang. Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988 dan sejak itu Kuching menjadi tarikan utama pelancong dari serata dunia. Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak, negeri yang terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia. #1-KAMPUNG BUDAYA Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching dan merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelancong. Penduduk kampung akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelancong yang berkunjung ke tempat mereka. Pelancong juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Bagi pelancong yang ingin mencipta kelainan dalam perkahwinan, pelancong boleh melangsungkan perkahwinan mereka di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. #2- PUSAT HIDUPAN LIAR SEMENGGOH (WILDLIFE CENTRE) PUSAT Hidupan Liar Semenggoh (PHLS) yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar raya Kuching terkenal dengan pemuliharaan Orang Utan yang menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini. Pusat ini bermula dengan sepasang Orang Utan yang membiak dan menjadi semakin banyak. Orang Utan yang dipelihara di sini akan dibebaskan ke dalam hutan apabila telah dewasa. Sama seperti mana-mana pusat pemuliharaan hidupan liar, ia juga dibuka kepada orang ramai untuk tujuan pendidikan dan penjelasan berkenaan kepentingan melindungi hidupan liar. Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh ini turut dihuni hampir 1, 000 hidupan liar terancam yang terdiri daripada mamalia, burung dan reptilia. Namun, ia menjadi terkenal apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula Orang Utan ke habitat asal mereka. Justeru itu, ia telah berubah menjadi salah sebuah pusat kajian biologi dan kelakuan khusus untuk Orang Utan. #3-PASAR MINGGU SATOK Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. #4-KUCHING WATERFRONT Kuching Waterfront juga merupakan tempat yang wajib dilawati sekiranya berkunjung ke Sarawak. Di mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, pelancong boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bertentangan dengan Kuching Waterfront pula, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan tradisi Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Pelancong juga boleh mendapatkan pelbagai buah tangan dan ole-ole untuk di bawa pulang dari sini. #5-TAMAN NEGARA GUNUNG GADING Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah yang terletak hanya dua jam perjalanan dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter. Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam. Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya. Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelancong berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar. #6- TAMAN NEGARA BAKO Terletak 37 km dari Kuching, Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropika yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo. Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, dengan kata lain, sekiranya ada Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai, monyet Prtoboscis lebih menjadi pilihan. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda, pelancong yang bernasib baik boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba yang dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas pelancong menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam. Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembab kerana dipengaruhi oleh monsun. #7-PASAR SERIKIN Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Di pasar Serikii, pelancong dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada yang terdapat di semenanjung Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan lebih menarik hati. kebiasaannya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan 'jajan' made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan oleh warga tempatan amat kreatif. #8-JONG'S CROCODILE FARM Jong's Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya-buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur. Sekiranya waktu kunjungan pelancong kena pada masanya, pelancong dapat menyaksikan pertunjukkan memberi makan kepada buaya secara langsung. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya pelancong berminat, daging buaya yang telah dikeringkan juga dijual disini. Terdapat juga spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo. Kuching menjanjikan percutian indah, padat dengan aktiviti, pengalaman yang pelbagai dan ilmu yang bermanfaat kepada pelancong. Selain dari tempat-tempat pelancongan utama yang dinyatakan, terdapat juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Taman Negara Kubah, Taman Orkid, Fairy Cave, Muzium Sejarah Cina, Muzium Sarawak, Tokong Tua Pek Kong, Muzium Tekstil, Muzium Kuching, Masjid Kuching, Kompleks Mahkamah Lama, Astana Negeri Sarawak, Kubu Margherita, Damai Central, Muzium Islam, Tugu Kuching, Pasu Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Sarawak River Cruise, dan Bazaar Kaum Bidayuh. Jadi diatas adalah diantara sempat pihak krew jomlahcuti kongiskan kepada anda semua. Kami disini menyediakan pakej percutian ke Kuching sama ada untuk percutian keluarga, bulan madu mahupun secara berkumpulan. Untuk dapatkan pakej percutian ke Kuching anda boleh klik disini. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pakej atau trip anda ke Kuching maka jangan segan untuk menghubungi kami di talian 603-5510 8266 atau 010-275 8891. Boleh juga email kami di sales@jomlahcuti.com. Sekian untuk artikel kali ini- krew jomlahcuti credit image : AndyLeo@Photography , GlobaLinks Learning Abroad, TW Cheong |
<b>Tempat</b> Menarik <b>Di Kuching</b> - Cahaya Purnama Posted: 12 Jan 2014 03:24 AM PST Assalammualaikum Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah: 1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini. 2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak 3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni. 4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. 5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik. 6) Kuching Waterfront Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =) |
<b>Tempat</b> Menarik <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 31 Dec 2013 07:39 PM PST Lepas beli ikan...hehehehe...kita teruskan percutian kita ini dengan melawat lagi tempat-tempat menarik di sekitar kuching. Wah.... Kayra dah sampai sini Nak sampai ke muzium kenalah melalui jejantas ni. Masa tu panas terik. Tapi Kayra happy ja berjalan kesana... Besar dan megah muzium ni. Tapi mama tak ingat la ni muzium apa. Tu la kan, ambik masa yang lama sangat nak update blog sampai dah lupa dah semua. Bagusnya kat sini, depa letak deretan muzium kat satu tempat. Senang kita nak melawat. Kayra sangat seronok, tak nampak pun muka letih dia Kita rilek ja bergambar dalam muzium ye... Sampai la selesai saat kita ambil gambar ni. Tiba-tiba kita ditegur oleh pak guard. Jangan bergambar di dalam muzium....ok, sorry-sorry... Jadi, kita berdua pun sedihlah tak dapat bergambar di dalam muzium lagi...Kat tangga muzium pun ok what... Kayra tak kisah. kat mana-manapun Kayra happy aje... Dah settle hal muzium, kita gerak ke kereta untuk pi makan. Oh ya, ni kereta yang kita sewa kat sana, Saga Lepas makan kita singgah sat kat kedai kek Sarawak ni. Beli sikit ja untuk bawak balik kat Tok dan tok Honey Mama nak kek 'hati pari' ja... Dan Kayra yang penat menunggu... Lepas tu kita singgah kat Kota Magharita sat saja nak tengok-tengok Cantik berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri Kat hujung jalan ada plak pameran. Singgah la sekejap Pameran yang menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh Negeri sarawak sejak merdeka ni... Puaslah Kayra menerai segala benda di dalam ni... Terjelepok duduk ja dia dimana saja... Banyak jugak port-port yang cantik untuk bergambar Diam tak diam, dah 50 tahun dah Sarawak join Tanah Melayu kan ? Bangga sekejap Sebenarnya bila berjalan dalam keadaan kenyang sangat pun tak seronok jugak. Apatah lagi dengan keadaan kaki mama yang tak berapa nak elok lagi tu... Sekejap jalan, sekejap duduk mama ni. Tapi dah kata nak melancong, rugi ja kalau dok lepak hotel saja kan ? xoxo |
You are subscribed to email updates from tempat melancong di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |