Tempat Menarik di kuching - Come Sarawak |
<b>Tempat Menarik Di Kuching</b> - Cahaya Purnama Posted: 12 Jan 2014 03:24 AM PST Assalammualaikum Memandangkan tahun ni adalah "cuti-cuti Malaysia", Kuching juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dikunjungi. Pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi apabila berada di Sarawak. Antara tempat yang menarik adalah: 1) India Street Kuching – Banyak barang-barang boleh didapati dengan harga berpatutan kat sini. 2) Dinotrek – Lokasi ni terletak di bandar Kuching. Tak susah nak cari. Tempat nya juga best sama macam Petrosains kat KLCC. Yang ini Petrosains kat Kuching pulak 3) Pusat Hidupan Liar Semenggoh – Lokasi ni tidak terlalu jauh dari bandar Kuching. Bayaran masuk pun tak mahal. Boleh tengok buaya dan orang utan kat sini secara live. Waktu yang best untuk datang kat tempat ni dalam jam 3 petang macam tu, biasanya orang utan keluar makan time gni. 4) Fairy cave – Gua Fairy Cave terletak di daerah Bau. Ia mengambil masa 1 jam 30 minit dari bandar Kuching ke gua nie. Bergantung kepada pemandunya.. hihi.. Bagi saya, gua ni memang best. Tak rugi pun pergi. Dan yang tambah best nya, jika kita dah sampai kat tempat nie, maknanya kita dah dekat dengan Pasar Serikin. Barang-barang agak murah kat sana. 5) Santubong – Tempat nie sangat best. Pemandangan yang cantik. Boleh tengok gunung Santubong seperti dalam gambar kat bawah nie. Kita juga boleh rehat kat Damai ,boleh tengok laut yang sememangnya cantik. Susah nak cakap macam mana, tapi tempat ni memang terbaik. 6) Kuching Waterfront Sebenarnya banyak lagi tempat best kat Sarawak nie, tak berkesempatan lagi nak lawat semua.. InsahAllah satu hari nanti akan datang lagi kalau ada rezeki Recommended place for cuti cuti Malaysia =) Incoming search :tempat makan best,Tempat menarik di kuching,tempat-tempat menarik di kuching |
Menghijaukan <b>Kuching</b> melalui aktiviti riadah berbasikalberbasikal <b>...</b> Posted: 23 Jan 2014 10:21 AM PST KUCHING: Sempena sambutan Tahun Melawat Sarawak 2014, Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok akan menganjurkan program berbasikal Kayuhan Mesra Warisan 2014 pada 23 Februari depan bertempat di Padang Merdeka. Pengerusi KSK Satok Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie berkata program julung kali diadakan itu turut dianjurkan bersama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia). "Program ini bertujuan menggalakkan warga tempatan menyertai aktiviti riadah sihat sambil mempromosikan tempat pelancongan di sini dengan berbasikal," katanya semasa sidang media semalam. "Selain itu, ia juga menggalakkan warga Kuching menjadi duta kepada pelancong asing sempena sambutan Tahun Melawat Sarawak yang sedang rancak berjalan." Irwan berkata program itu juga salah satu inisiatif menghijaukan bandaraya Kuching melalui aktiviti riadah dengan berbasikal. "Kawasan Petra Jaya menjadi pusat tumpuan peminat sukan berbasikal kerana ia mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk beriadah. Tambahan lagi, aktiviti berbasikal semakin diminati dan banyak persatuan telah ditubuhkan," katanya. Menurutnya, penganjur mensasarkan seramai 1,000 peserta dari pelbagai peringkat umur turut serta dalam program tersebut. Penyertaan adalah percuma dan peserta yang mengambil bahagian berpeluang mendapat cenderahati berupa baju-t, topi keledar selain sumbangan basikal dari Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M). Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N8 Satok Iskandar Sharkawi mengajak pelancong asing yang sedang mengadakan lawatan ke Sarawak agar turut serta dalam kayuhan tersebut. "Kita akan menyediakan basikal bagi para pelancong yang mahu turut serta dalam program itu nanti." Peserta akan berkayuh sejauh 5km mengelilingi kawasan warisan bersejarah dan tarikan pelancong di pusat bandaraya Kuching serta kawasan perkampungan Satok. Menteri Pelancongan merangkap Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Zohari Tun Openg, Ahli Parlimen Petra Jaya merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof, Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Wahab Abang Julai antara tetamu kehormat yang dijangka turut serta dalam program kayuhan tersebut. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from Tempat Menarik di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |