Tempat Menarik di kuching - Come Sarawak |
<b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 11 Jan 2014 07:11 PM PST Assalamualaikum. Sebenarnya dah lama dah den aku nak buat post nie sebab cuti sekolah hari tu aku balik Kuching. Makanya, aku dapat pergi ke tempat makan yang aku selalu pergi kat Kuching nie. Maklumlah, aku sekolah asrama kat Semenanjung nie so jarang-jarang dapat balik. Since I have nothing better to write about, aku nak buat la pasal tempat makan menarik di Kuching. 1. Mee Sapi Haji Salleh Ingat tak yang aku cakap pasal mi kolok tu? Haaa.. Inilah dia! Dalam banyak-banyak tempat di Kuching nie, kedai nie menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan mi kolok. Kenapa? Sebab... Sedap! Kalau tak nak tunggu lama, datanglah awal sikit (dalam pukul 7 pagi gitu) sebab *lihat sebab di bahagian dua*. Kadang-kadang sampai 45 minit kena tunggu akibat kesesakan manusia. Keluarga aku biasanya tak kan pergi kedai lain untuk mi kolok. Regular customer lah katakan (sampai salah satu pekerjanya masih ingat kami walaupun kami telah lama menetap di Sabah), (but that's a whole different story) 2. Rojak Kuchei Tempat nie boleh kira all-time favourite keluarga aku dek kerana keenakan rojaknya yang tiada tandingan. Kedai nie buka pagi-pagi dan orang biasanya akan jadikan rojak tu sebagai breakfast tetapi sebagai pelanggan, anda perlu banyak bersabar sebab kalau dalam pukul 9-10 gitu dah ramai orang. Satu fakta ialah kedai nie pernah terbakar dan baru rebuilt. 3. Tok Janggut Rasa nak makan nasi beriyani (tak tau betul atau tak ejaannya)? Come to Tok Janggut! XD. Nasi beryani di sini sangat sedap. Favourite aku ialah ayam madu. Nyum2 ^^ 4. Swee Kang Ais Kacang This old-timer really is awesome. Mu tengok dia handle ABC tu, mu boleh tercengang. Kerana kehebatannya melempar ais ke dalam beg plastik (bagi mereka yang menapau) dengan penuh accuracy and precision. Dulu gerainya di kawasan lain, tetapi sekarang mereka telah berpindah ke tempat yang lebih besar dan selesa. Setelah aku menjelajah Malaysia nie, to be honest, aku tak pernah jumpa ABC yang lebih sedap. Tak tipu. Sementara menunggu ABC itu siap (ya, memang kena tunggu lama), anda boleh menikmati rojak buah, sotong kangkung dan beberapa menu yang lain yang terdapat di gerai ini (nampak tak permainan mereka?). Kedai ini buka pada sebelah petang. 5. Mi Jawa di Satok yang aku tak pasti nama sebenar kedainya. No comment ==' 6. Kubah Ria
This place brings back the memories when I was just a little kid. Sekembalinya aku dari Sabah, aku dapati yang Kubah Ria lama telah dirobohkan dan kawasannya dijadikan tempat parkir manakala sebuah bangunan baharu telah dibina bagi menggantikannya. Tempat nie berkonsepkan food court dan memang banyak gerai kat sini. Boleh venture sendiri, tetapi gerai yang aku selalu pergi ialah yang jual roti john dan mi jawa tu (okay, lupa nama lagi) :P Mula beroperasi pada lewat petang. 7. Singapore Chicken Rice (SCR)
Restoran nie ada banyak cawangan sekitar Kuching. There is a variety of food on the menu. ranging from western to Sarawakian to (of course) chicken rice. Mesti cuba! 8. Kopi O' Corner Sejujurnya aku jarang pergi sini tapi aku pernah dengar yang nasi lemak dia memang da bomb punya. Kat sini yang istimewanya ialah banyak pilihan makanan termasuk mi kolok dan laksa sarawak. Warning: tempat nie jam-packed! >.< Sesuai untuk breakfast or lunch (?). 9. Burger jiran sebelah Tak, tu bukan nama kedai. Literally, gambar di atas ialah burger yang dibeli daripada jiran sebelah rumah aku. Beliau (eh, beliau?) berniaga pada waktu malam. Burger yang dijual tidak sama dengan burger yang ada di luar sana. Packaging dia sangat bersih dan kemas dan rasanya pula enak. Sekiranya anda tahu rumah aku di mana, insyaAllah anda dapat bertemu dengan gerai nie. Jika tidak, nasib hang la. Aku tak dapat nak buat apa. Sori nek lori laaaa.. Hehe There you have it! Aku rasa banyak lagi kedai yang aku tak sempat nak senaraikan kat sini. So, if you guys are considering to spend the next hols in Kuching, make sure you dine at these places before you leave, or you'll miss out on half of the excitement in this Catcity. | ||||
<b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 06 Jan 2014 07:49 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang kita sedia maklum tahun 2014 adalah tahun melawat malaysia, di mana kerajaaan mensasarkan kehadiran sebanyak 28 juta lebih pengunjung datang melawat malaysia pada tahun 2014, jesteru itu entry kali ini ditulis khas menyokong kempen tahun melawat malaysia 2014. Malam tadi telah diadakan majis pelancaran secara besar-besaran kempen visit malaysia 2014 di dataran merdeka dan dipancarkan secara langsung di TV, saya sempat tengok majlis itu dijalankan, memang meriah majlis pelancaran tersebut, dipenuhi dengan tarian, lagu dan kastum yang berwarna warni. "Kita semua mesti menunjukkan sikap mesra pelancong. Kita mesti beri mereka satu perasaan iaitu jika melawat Malaysia, mereka akan diterima dengan layanan yang cukup mesra dan sopan," katanya ketika melancarkan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 - Pm Najib Razak Saya menyeru kepada anda semua termasuk saya sendiri marilah kita bersama-sama melancong di dalam negara kerana malaysia truely asia *ayat seperti ahli politik pulak, menyeru habis!* dan seperti kata saudara TimeTraveller *sempena tahun Visit Malaysia ni.. apa kata kita banyakan buat trip dalam Malaysia.. Ada banyak gunung boleh hiking.. Hutan untuk trekking.. Pulau untuk di jejaki.. Tempat Bersejarah untuk di ziarahi.. theme park, water park, muzium, zoo untuk di lawati.. Aktiviti camping, fishing, mandi air terjun dan banyak lagi..* Disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi, rancanglah percutian anda dengan melancong di dalam negara sebagai pilihan pertama anda. Selain dapat merancakkan lagi sektor industri perlancongan, Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai pilihan tempat perlancongan yang menarik perlu diterokai :P SENARAI TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN YANG MENARIK DIDALAM MALAYSIA
TEMPAT MENARIK DI KELANTAN - Pantai Tok Bali- Pantai Sabak - Air Terjun Gunung Stong - Pantai Cahaya Bulan - Nasi Ulam Cikgu - Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang - Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor - Jeram Linang di Pasir Puteh - Jeram Pasu di Pasir Puteh - Taman Perbandaran Tengku Anis - Pusat Galeri Tengku Anis - Makam Tok Kenali - Pantai Sri Tujuh - Pantai Geting - Pantai Irama Bachok - Pantai Cahaya Bulan (PCB) - Lata Rek di Kuala Krai - Pasar Malam Flat Buluh Kubu - Masjid Beijing di Rantau Panjang - Muzium NegeriKelantan - Pasar Besar Siti Khatijah - Pasar Malam Wakaf Che Yeh - Terminal Makanan Negara (TEMAN/RTC) - Bazar Tok Guru - Bazar Tengku Anis - Bazar Kain Batik Buluh Kubu - Arked Uda - Superpermarket Kota Bharu Mall (KBMALL) - Gelanggang Seni - Tokong Budda Besar di Tumpat Kelantan - Chinatown di Sungai Keladi (Kg. Penambang) TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU
TEMPAT MENARIK DI PERLIS - Padang Besar
- Cameron Highlands - Genting Higlands - Bukit Gambang Waterpark - Bukit Fraser - Pulau Tioman - Gunung Senyum - Pantai Balok - Pantai Cherating - Pantai Teluk Chempedak - Taman Negara Endau Rompin - Tasik Bera - Gunung Tahan - Air Terjun Sg. Pandan - Air Terjun Chemong TEMPAT MENARIK DI KEDAH
- Bukit Bendera - Taman Rama-Rama - Menara Komtar/Perangin Mall - Batu Feringgi - Taman Negara - Taman Botani - Taman Belia - Tokong Ular - Rumah Kelahiran P. Ramlee - Muzium Negeri Pulau Pinang - Masjid Kapitan Keling - Padang Kota Lama - Pasar Rope Walk - Pantai Seagate - Tempat Lepak di hadapan Queensbay Mall - Supermarket Queensbay Mall - kedai jeruk madu Pak Ali - Restoran Pak Hussin Tomyam - Nasi Kandar Beratur di Kapitan Keling - Nasi Kandar Immigration - Laksa Janggus di Balik Pulau TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN
TEMPAT MENARIK DI MELAKA
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
- Bandar Kuching TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR / SELANGOR
Macam mana? sangat menarik tempat-tempat perlancongan yang ada di Malaysia, personally daripada kesemua senarai tempat menarik wajib dikunjungi di setiap negeri adalah lebih kurang 10% daripada keseluruhan kawasan yang tersenarai pernah saya lawati cuba anda google sendiri gambar kawasan percutian tersebut sememangnya cantik dan menarik, untuk tahun ini saya sendiri ada target ke kawasan menarik hendak kunjungi dan selamat bercuti semua, pastikan bercuti di dalam malaysia menjadi pilihan utama kita semua - ayat macam duta perlancongan pulak :P P/s: saya tahu kebanyakkan blogger kat malaysia ni memang kaki berjalan, so apa kata anda kongsikan kawasan yang paling menarik pernah anda lawati di antara list kawasan di atas. |
You are subscribed to email updates from Tempat Menarik di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |