Tempat Menarik di kuching - Come Sarawak |
<b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak Posted: 25 Dec 2013 03:09 PM PST Lepas beli ikan...hehehehe...kita teruskan percutian kita ini dengan melawat lagi tempat-tempat menarik di sekitar kuching. Wah.... Kayra dah sampai sini Nak sampai ke muzium kenalah melalui jejantas ni. Masa tu panas terik. Tapi Kayra happy ja berjalan kesana... Besar dan megah muzium ni. Tapi mama tak ingat la ni muzium apa. Tu la kan, ambik masa yang lama sangat nak update blog sampai dah lupa dah semua. Bagusnya kat sini, depa letak deretan muzium kat satu tempat. Senang kita nak melawat. Kayra sangat seronok, tak nampak pun muka letih dia Kita rilek ja bergambar dalam muzium ye... Sampai la selesai saat kita ambil gambar ni. Tiba-tiba kita ditegur oleh pak guard. Jangan bergambar di dalam muzium....ok, sorry-sorry... Jadi, kita berdua pun sedihlah tak dapat bergambar di dalam muzium lagi...Kat tangga muzium pun ok what... Kayra tak kisah. kat mana-manapun Kayra happy aje... Dah settle hal muzium, kita gerak ke kereta untuk pi makan. Oh ya, ni kereta yang kita sewa kat sana, Saga Lepas makan kita singgah sat kat kedai kek Sarawak ni. Beli sikit ja untuk bawak balik kat Tok dan tok Honey Mama nak kek 'hati pari' ja... Dan Kayra yang penat menunggu... Lepas tu kita singgah kat Kota Magharita sat saja nak tengok-tengok Cantik berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri Kat hujung jalan ada plak pameran. Singgah la sekejap Pameran yang menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh Negeri sarawak sejak merdeka ni... Puaslah Kayra menerai segala benda di dalam ni... Terjelepok duduk ja dia dimana saja... Banyak jugak port-port yang cantik untuk bergambar Diam tak diam, dah 50 tahun dah Sarawak join Tanah Melayu kan ? Bangga sekejap Sebenarnya bila berjalan dalam keadaan kenyang sangat pun tak seronok jugak. Apatah lagi dengan keadaan kaki mama yang tak berapa nak elok lagi tu... Sekejap jalan, sekejap duduk mama ni. Tapi dah kata nak melancong, rugi ja kalau dok lepak hotel saja kan ? xoxo |
aku VS kehidupan: Senarai Kawasan Perlancongan <b>Menarik</b> <b>...</b> Posted: 04 Jan 2014 06:32 PM PST Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang kita sedia maklum tahun 2014 adalah tahun melawat malaysia, di mana kerajaaan mensasarkan kehadiran sebanyak 28 juta lebih pengunjung datang melawat malaysia pada tahun 2014, jesteru itu entry kali ini ditulis khas menyokong kempen tahun melawat malaysia 2014. Malam tadi telah diadakan majis pelancaran secara besar-besaran kempen visit malaysia 2014 di dataran merdeka dan dipancarkan secara langsung di TV, saya sempat tengok majlis itu dijalankan, memang meriah majlis pelancaran tersebut, dipenuhi dengan tarian, lagu dan kastum yang berwarna warni. "Kita semua mesti menunjukkan sikap mesra pelancong. Kita mesti beri mereka satu perasaan iaitu jika melawat Malaysia, mereka akan diterima dengan layanan yang cukup mesra dan sopan," katanya ketika melancarkan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 - Pm Najib Razak Saya menyeru kepada anda semua termasuk saya sendiri marilah kita bersama-sama melancong di dalam negara kerana malaysia truely asia *ayat seperti ahli politik pulak, menyeru habis!* dan seperti kata saudara TimeTraveller *sempena tahun Visit Malaysia ni.. apa kata kita banyakan buat trip dalam Malaysia.. Ada banyak gunung boleh hiking.. Hutan untuk trekking.. Pulau untuk di jejaki.. Tempat Bersejarah untuk di ziarahi.. theme park, water park, muzium, zoo untuk di lawati.. Aktiviti camping, fishing, mandi air terjun dan banyak lagi..* Disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi, rancanglah percutian anda dengan melancong di dalam negara sebagai pilihan pertama anda. Selain dapat merancakkan lagi sektor industri perlancongan, Malaysia sememangnya mempunyai pelbagai pilihan tempat perlancongan yang menarik perlu diterokai :P SENARAI TEMPAT-TEMPAT PERLANCONGAN YANG MENARIK DIDALAM MALAYSIA
TEMPAT MENARIK DI KELANTAN - Pantai Tok Bali- Pantai Sabak - Air Terjun Gunung Stong - Pantai Cahaya Bulan - Nasi Ulam Cikgu - Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang - Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor - Jeram Linang di Pasir Puteh - Jeram Pasu di Pasir Puteh - Taman Perbandaran Tengku Anis - Pusat Galeri Tengku Anis - Makam Tok Kenali - Pantai Sri Tujuh - Pantai Geting - Pantai Irama Bachok - Pantai Cahaya Bulan (PCB) - Lata Rek di Kuala Krai - Pasar Malam Flat Buluh Kubu - Masjid Beijing di Rantau Panjang - Muzium NegeriKelantan - Pasar Besar Siti Khatijah - Pasar Malam Wakaf Che Yeh - Terminal Makanan Negara (TEMAN/RTC) - Bazar Tok Guru - Bazar Tengku Anis - Bazar Kain Batik Buluh Kubu - Arked Uda - Superpermarket Kota Bharu Mall (KBMALL) - Gelanggang Seni - Tokong Budda Besar di Tumpat Kelantan - Chinatown di Sungai Keladi (Kg. Penambang) TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU
TEMPAT MENARIK DI PERLIS - Padang Besar
- Cameron Highlands - Genting Higlands - Bukit Gambang Waterpark - Bukit Fraser - Pulau Tioman - Gunung Senyum - Pantai Balok - Pantai Cherating - Pantai Teluk Chempedak - Taman Negara Endau Rompin - Tasik Bera - Gunung Tahan - Air Terjun Sg. Pandan - Air Terjun Chemong TEMPAT MENARIK DI KEDAH
- Bukit Bendera - Taman Rama-Rama - Menara Komtar/Perangin Mall - Batu Feringgi - Taman Negara - Taman Botani - Taman Belia - Tokong Ular - Rumah Kelahiran P. Ramlee - Muzium Negeri Pulau Pinang - Masjid Kapitan Keling - Padang Kota Lama - Pasar Rope Walk - Pantai Seagate - Tempat Lepak di hadapan Queensbay Mall - Supermarket Queensbay Mall - kedai jeruk madu Pak Ali - Restoran Pak Hussin Tomyam - Nasi Kandar Beratur di Kapitan Keling - Nasi Kandar Immigration - Laksa Janggus di Balik Pulau TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN
TEMPAT MENARIK DI MELAKA
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
- Bandar Kuching TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR / SELANGOR
Macam mana? sangat menarik tempat-tempat perlancongan yang ada di Malaysia, personally daripada kesemua senarai tempat menarik wajib dikunjungi di setiap negeri adalah lebih kurang 10% daripada keseluruhan kawasan yang tersenarai pernah saya lawati cuba anda google sendiri gambar kawasan percutian tersebut sememangnya cantik dan menarik, untuk tahun ini saya sendiri ada target ke kawasan menarik hendak kunjungi dan selamat bercuti semua, pastikan bercuti di dalam malaysia menjadi pilihan utama kita semua - ayat macam duta perlancongan pulak :P P/s: saya tahu kebanyakkan blogger kat malaysia ni memang kaki berjalan, so apa kata anda kongsikan kawasan yang paling menarik pernah anda lawati di antara list kawasan di atas. |
You are subscribed to email updates from Tempat Menarik di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |