CHERITERA KAMI...: Sambut anniversary <b>di</b> Pullman <b>Hotel Kuching</b> |
CHERITERA KAMI...: Sambut anniversary <b>di</b> Pullman <b>Hotel Kuching</b> Posted: 20 Oct 2014 07:47 PM PDT Lepas cek out dari Borneo Highlands Resort , tibalah masa untuk kami say Hi to bandar Kuching. Hari ini merupakan Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke4. Tahun ni kita sambut simple je Takde candle light dinner takde hadiah. Tapi bercuti tu dah jadi acara wajib kot. Nak masa bersama berdua untuk meraikan hari istimewa kannnn. Kami pilih Pullman Hotel sebab konsep die moden dan baru dan high floor. Ada few jugak option hotel dalam list kami yang cantik tapi mostly yang low floor. So, here we are selepas di hantar Uncle Gan ke sini. Urusan pun berjalan lancar. Sempat pulak receptionist tu tanya 1 malam je ke??Eh..kalau nak bagi free 1 nite stay lagi boleh jugak.Hehehe.Saja gurau kan.Dihantar oleh bellboy sehingga ke bilik walaupun beg baru 2 biji je. Bilik paling hujung, tak ingat la pulak no berapa tingkat 10 kalau tak silap. Masuk-masuk je rasa impress tengok bilik luas dan ada deco roses. Ni keje encik suami la ni. Nak naikkan mood anniversary honeymoon kan. Mekaseh cik B! View pertama masuk bilik. Ini ialah Deluxe King Room. Luas kan? 2 ekor swan tengah bercinta atas katil tu.Hehhe. Tilam dia very the comfy tahap nak golek je taknak bangun. Sangat sangat empuk, selesa dan gebu. Dah la bantal banyak giler. Tv with channel yang banyak, Cabinet bawah tu ada all the tea/coffee making facilities dgn fridge. Apa yang ade di sebalik langsir itu?? Ada pemandangan indah walaupun tak nampak sangat pemandangan sungai tu tapi pemandangan luas terbentang ni cukup mengagumkan. Boleh tengok sunset dari atas katil seluasnya. Bathroom with bath tub ini kegemaran kami. Sangat luas , water heater fully function plus air pun laju dan sabun die sangat wangi. Cuma kene hati-hati lantai die licin sikit. Actually, nak masuk ke toilet ni akan jumpa ruang wardrobe ( lupa nak ambil gambar) complete dengan cermin, yoga mat, dumbell, iron dan iron board. Totally complete tak perlu call room service mintak itu ini. Boleh dok berehat dalam bilik senang hati. Teruja la tu tak sabar nak main air dalam tab eh eh;p Mandi sambil tengok pemandangan indah ini dan berharap takde orang teropong skodeng dari jauh;p Harga untuk Deluxe King Room RM305.66 without breakfast. Beli thru Agoda jugak. Room deco itu adalah FREE. Yes, it is free.Thanks Pullman:) Bawah Pullman Hotel ni ada Hills Shopping Mall. So, tak susah nak cari makan nak cuci mata bile stay dekat sini. Belakang dan bersebelahan hotel ni pun dekat dengan deretan kedai makan dan juga kedai makan popular, Top Spot. Nak ke waterfront pun dekat jalan kaki 3 minit sampai Nak ambil gambar dekat tugu Kuching pun dekat jugak. Senang cerita memang walking distance je la bile stay dekat sini cumanye hotel ni berbukit sikit so kene naik turun bukit je la sikit. Tapi kalau kita puas hati dengan all the facilities and accomodation, takde masalahkan:) Kami tak merayau dalam ni nak tengok swimming pool ke gym ke ape. Memang manfaatkan masa bersama leih banyak kecuali petang tu la jalan-jalan ke waterfront dengan pergi dinner (akan cerita next) Happy 4th anniversary to us. Semoga bahagia hingga jannah. Thanks to each other for all our effort to make this marriage remain happinest and full of joy. Alhamdulillah~ Entry Pullman Kuching sekali harung dalam 1 entry je la eh sebab masa dalam bilik sajo.Tetttt~ |
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |