<b>HOTEL</b> MERDEKA PALACE <b>KUCHING</b> BERHANTU?! ~ Kisah Tatie |
<b>HOTEL</b> MERDEKA PALACE <b>KUCHING</b> BERHANTU?! ~ Kisah Tatie Posted: 23 Sep 2014 12:45 AM PDT BENARKAH MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES BERHANTU? Semasa menginap di sana 4 hari 3 malam baru-baru ini, ramai yang whatsapp cakap hotel ini berhantu. Tapi benarkah?! Apakah aku diganggu dengan gangguan misteri di malam hari? Merdeka Palace Hotel & Suites Alhamdulillah, sepanjang berada di sana, tiada pula gangguan pelik seperti yang digembar-gemburkan. Bukan tu je, makin lama aku menginap kat MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES, makin aku jatuh hati. Rasa tak nak balik pun ada. Kesimpulannya, hotel ni sangat best dan cool. Lobi Merdeka Palace Hotel & Suites Bagi siapa yang suka subjek Sejarah macam aku, bila masuk je kat hotel ni seperti ada satu aura yang meresap dalam diri. Dah nama pun, Hotel 'MERDEKA', sana sini mestilah ada gambar bertemakan kemerdekaan. Semangat patriotik gittewwww!! Merdeka Palace Hotel & Suites ini bertaraf 5 bintang dan mempunyai 213 bilik termasuk suite. Ruang Menunggu di Lobi Staff Yang Friendly Dekorasi hotel ini bercirikan kotemporari dan dicampurkan sedikit dengan elemen moden yang menaikkan lagi seri di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini. Hotel ini memang unik dan lain dari yang lain. Persekitarannya juga berbeza. Kat depan hotel ini ada sebuah Padang Merdeka, lebih kurang seperti Dataran Merdeka KL. Kat situ selalunya acara-acara seperti sambutan Hari Malaysia dan lain-lain diadakan. Jom Naik Atas Lift Yang Bercirikan Klasik Kiri atau Kanan? Hallway Bilik Tidur Yang Luas Dan Selesa Safety Box Selalunya kat hotel ada bathrobe, tetapi di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES mereka menyediakan ... Hehehe. Klasik kan? Ala-ala perempuan Melayu terakhir. Peti Ais Seperti biasa, minuman and lln Tandas Toiletries Selama 4 hari 3 malam menginap di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini, sempatlah aku menjelajah ke semua tempat yang ada kat hotel ni. Hotel ini bukanlah hotel baru, tetapi ia dijaga dengan rapi demi keselesaan para pengunjung. Cuma, keadaan bilik agak lesu sedikit. Mungkin, hotel ini mahu mengekalkan ciri-ciri lama dan tidak memerlukan suntikan moden dalam hiasan bilik. Jom Breakfast Aurora Court Terdapat kawasan liburan keluarga di bahagian atas MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini seperti swimming pool, gym, sauna, taman permainan dan lain-lain lagi. Tak perlu peningkan kepala. Mana tahu nak pergi gym, tetapi at the same time risau pasal anak. Kan? Keluar Pintu Je, Ini View Pertama Aku Lihat Meninjau Jalan Dari Atas Kids Playground Gymnasium Swimming Pool Ruang Lepak/Tinjau Sauna & Steam Room Kemudahan lain di MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini seperti : Seattle Coffee & Tea Minum kopi di waktu petang, sambil melihat kereta lalu-lalang atau merasai roti-roti sandwich yang enak, kek-kek lazat, semuanya di Seattle Coffee & Tea. Ristorante Beccari Restoran Itali ini pernah dinobatkan sebagai 'the award-winning Italian Restaurant'. Dapur masak tradisional menggunakan arang. Antara yang wajib dicuba seperti Pizza.
The Victoria Arms Menariknya kat The Victoria Arms ini, ahli kumpulan live band ini bukanlah berasal dari Sarawak. Kebanyakan daripada mereka berasal dari Semenanjung Malaysia, yang datang khas untuk mengadakan persembahan. Kumpulan live band ini akan ditukar setiap tiga bulan sekali supaya pengunjung tidak bosan dengar muzik yang sama je. La Habana La Habana ini adalah salah satu tempat yang mengumpulkan whiskies yang terbesar di Malaysia, mempunyai lebih 70 koleksi Malt yang diimport khas dari 5 kawasan berbeza di Scotland. Souvenir Shop De Batique Lokasi Merdeka Palace Hotel & Suites ini sangat strategik. - 4 minit jalan kaki ke Plaza Merdeka - 10 minit jalan kaki ke Main Bazaar - 3 minit jalan kaki ke Muzium Sarawak - 5 minit jalan kaki ke Memorial Brooke - 15 minit drive ke Kuching Airport Plaza Merdeka Kuching Harap anda berpuas hati dengan review MERDEKA PALACE HOTEL & SUITES ini. Selamat bercuti...!! Ingat cuti, ingatlah Kisah Tatie. Hehehe. Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^) |
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |