07:54:00

<b>Tempat</b> Menarik <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak


<b>Tempat</b> Menarik <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 17 Nov 2013 07:43 PM PST

Lepas beli ikan...hehehehe...kita teruskan percutian kita ini dengan melawat lagi tempat-tempat menarik di sekitar kuching. Wah....

Kayra dah sampai sini

Nak sampai ke muzium kenalah melalui jejantas ni. Masa tu panas terik. Tapi Kayra happy ja berjalan kesana...

Besar dan megah muzium  ni. Tapi mama tak ingat la ni muzium apa. Tu la kan, ambik masa yang lama sangat nak update blog sampai dah lupa dah semua.

Bagusnya kat sini, depa letak deretan muzium kat satu tempat. Senang kita nak melawat.

Kayra sangat seronok, tak nampak pun muka letih dia

Kita rilek ja bergambar dalam muzium ye...

Sampai la selesai saat kita ambil gambar ni. Tiba-tiba kita ditegur oleh pak guard. Jangan bergambar di dalam muzium....ok, sorry-sorry...

Jadi, kita berdua pun sedihlah tak dapat bergambar di dalam muzium lagi...Kat tangga muzium pun ok what...

Kayra tak kisah. kat mana-manapun Kayra happy aje...

Dah settle hal muzium, kita gerak ke kereta untuk pi makan. Oh ya, ni kereta yang kita sewa kat sana, Saga
 Lepas makan kita singgah sat kat kedai kek Sarawak ni. Beli sikit ja untuk bawak balik kat Tok dan tok Honey
 Mama nak kek 'hati pari' ja...
Dan Kayra yang penat menunggu...

Lepas tu kita singgah kat Kota Magharita sat saja nak tengok-tengok

Cantik berlatarbelakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri

Kat hujung jalan ada plak pameran. Singgah la sekejap

Pameran yang menunjukkan kemajuan yang dicapai oleh Negeri sarawak sejak merdeka ni...

Puaslah Kayra menerai segala benda di dalam ni...

Terjelepok duduk ja dia dimana saja...

Banyak jugak port-port yang cantik untuk bergambar

Diam tak diam, dah 50 tahun dah Sarawak join Tanah Melayu kan ? Bangga sekejap

Sebenarnya bila berjalan dalam keadaan kenyang sangat pun tak seronok jugak. Apatah lagi dengan keadaan kaki mama yang tak berapa nak elok lagi tu... Sekejap jalan, sekejap duduk mama ni. Tapi dah kata nak melancong, rugi ja kalau dok lepak hotel saja kan ?

xoxo

JasHappy Tour | <b>Tempat</b> Menarik <b>di Kuching</b> Sarawak |Pasar Serikin

Posted: 09 Sep 2013 06:53 PM PDT

Pasar Serikin merupakan destinasi membeli belah popular di sempadan Sarawak-Kalimantan. Perjalanan ke Serikin mengambil masa 1jam hingga 1 jam setengah. Walaubagaimanapun, tidak ada pengangkutkan awam khas untuk ke sana. Oleh itu Sesiapa saja yang ingin ke tempat tersebut terpaksa mengunakan kenderaan sendiri. Bagi orang semananjung dan sabah, selalu nya menyewa teksi atau mengunakan perkhimatan Van/kereta sewa atau tour services. Oleh itu, JasHappy Tour juga menyediakan perkhimatan pengangkutan kesana, dan sekali gus, menjadi pemandu pelancong.

Apa yang menarik di Pasar Serikin?
- Barang murah dan unik
- Terletak di Sempadan
- Pelbagai jenama yang anda tidak nampak
- Tempat pelancongan
- Budaya Sarawak-Kalimantan
- Dan banyak lagi, anda explore lah sendiri..

Dalam perjalanan ke Serikin, JasHappy akan membawa anda singgah di Pasar Bau (Bidayuh Popular town), Tasik Biru, Wind Cave dan Gua Muzik. Disini admin menyediakan beberapa gambar untuk tatapan anda..
JasHappy Tour Car

Pengangkutan JasHappy Tour yang bakal anda gunakan..Selesa dan dapat Banyak barang untuk shopping..

Pasar Bau

Pekan yang orang Bidayuh. Melihat budaya dan cara hidup etnik ini.Tasik Biru
Tasik Biru adalah tinggalan lombong emas. Warna tasik kebiruan, oleh itu dipanggil tasik biru..

Wind Cave
Gua Angin – Pengalaman yang tidak dapat dilupakan..

Gua Musik
Terdapat musik buddha dalam gua ini.. Musik lebih kurang musik buddha cerita Jet Li..

Pasar Sarikin

Pasar serikin yang sesak dengan pengunjung menjadikan tempat ini mariah dengan suasana tawar menawar..

Pasar serikin

Pasar Serikin- Diantara barang yang boleh didapati disini ialah seperti buah-buahan, kain baju, ubatan traditional, tikar, kraftangan, barang dapur, kasut, beg, dan banyak lagi.. Datang untuk mengetahui lebih lanjut lagi..

Jangan lupa mengunakan Perkhimatan JasHappy Tour ini..

. Bookmark the

.