Four Points <b>Kuching</b> prihatin alam sekitar - The Borneo Post Online |
Four Points <b>Kuching</b> prihatin alam sekitar - The Borneo Post Online Posted: 30 Mar 2014 09:04 AM PDT by Hamimi Kassim. Posted on March 31, 2014, Monday KUCHING: Four Points by Sheraton Kuching malam kelmarin turut menyertai 'Earth Hour' dengan bergelap selama sejam bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam. Timbalan Pengurus Besarnya Bobby Ting berkata, Four Points by Sheraton Kuching menyertai berjuta hotel di seluruh dunia bagi menghantar mesej kesedaran dan kepentingan menjaga alam sekitar dan bumi. Menurutnya, hotel tersebut mematuhi 'Earth Hour' dengan mematikan lampu selama satu jam sebagai komitmen kepada kelestarian alam sekitar. "Kami mematikan lampu papan tanda luar dan lampu dalaman yang tidak penting dan menggunakan cahaya lilin dalam The Eatery, The Lounge dan lobi hotel. "Kami turut membuat simbol cahaya lilin '60 +' di lobi hotel untuk menandakan pematuhan Earth Hour," katanya kepada pemberita malam kelmarin. Tambahnya, pihaknya turut menawarkan bufet 'Go Green Earth Hour' dengan harga RM68.00 + + bagi setiap orang dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun menikmati diskaun 50 peratus. Bobby menambah, sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), hotel turut menjual baju-T di cetak dengan logo hotel dan boleh didapati di hadapan The Eatery dari 28 Mac dengan harga RM28 sehelai. "Hasil jualan baju-T ini dan 10 peratus daripada bil The Eatery akan disumbangkan kepada projek CSR hotel yang akan diberikan kepada premis kebajikan terpilih," jelasnya. Selain itu, sebagai usaha menjaga alam sekitar beberapa perkara telah diaplikasikan oleh hotel kami iaitu hotel kebangsaan pertama yang mengamalkan 100 peratus tidak merokok. "Kami turut menubuhkan jawatankuasa 'Hijau', menggantikan lampu dengan yang lebih menjimatkan, melaksanakan 'Green Housekeeping' serta mematikan komputer, mesin pencetak serta mesin kopi bagi menjimatkan tenaga elektrik di tahap maksimum," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |