Lelaki 'tenggelam' <b>di</b> Sungai Sarawak, 'timbul' <b>di hotel</b> bajet <b>...</b> |
Posted: 03 Jun 2014 03:39 PM PDT Oleh Sandy Mark Luna // Suspek mengaku rempuh polis dekat Tebingan Kuching KUCHING: Seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Sarawak akibat lari dari sekatan jalan sehingga melanggar anggota polis bertugas minggu lepas berjaya dikesan dan seterusnya ditangkap di sebuah hotel bajet di Palm Road, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz yang mengesahkan penangkapan itu memberitahu, suspek berasal dari Sibu itu mengaku merempuh seorang anggota polis bertugas menggunakan motosikal curi pada Khamis lepas selepas ditahan di Lebuh Jawa berhampiran Tebingan Kuching. "Menurut suspek, dia bersembunyi di sebalik tiang di dalam sungai untuk mengelak daripada ditangkap. Suspek akhirnya naik di Pangkalan Kampung Sinjan dan meloloskan diri," ujarnya. Serbuan ke atas sebuah bilik hotel itu dibuat sepasukan polis dari Balai Polis Sentral yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Sentral Kuching Inspektor Ricky Poh susulan maklumat yang mengatakan suspek bersembunyi di hotel bajet berkenaan bersama seorang lagi lelaki. Rakan suspek yang juga 21 tahun dari Taman Malihah turut membawa polis ke sebuah motosikal jenis Honda diletakkan di depan hotel yang dilaporkan hilang pada 29 Mei dan dipasang dengan nombor pendaftaran palsu. Dalam serbuan itu, polis turut menemui sebuah beg tangan yang mengandungi pakaian tradisional wanita Iban serta beberapa barangan kemas, dipercayai dicuri oleh pasangan tersebut. Kedua-dua suspek berumur 21 tahun dan positif dadah itu ditahan reman untuk membantu siasatan. Khamis lepas, suspek dikatakan terjun ke Sungai Sarawak sekitar jam 10.10 malam selepas melarikan diri daripada sekatan dan melanggar salah seorang anggota polis bertugas. Akibat pelanggaran itu, difahamkan anggota terbabit cedera di kening dan siku kiri. |
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |