11:02:00

Review <b>Hotel</b> Grand Margherita, <b>Kuching</b> | Travelog


Review <b>Hotel</b> Grand Margherita, <b>Kuching</b> | Travelog

Posted: 18 May 2014 07:54 AM PDT

Dua hari kami menginap di Hotel Grand Margherita, Kuching. Pengalaman kira ok, not bad. Hotel empat bintang ni dapat review lebih 8 point di Agoda manakala 7 point di Booking.com, satu nombor yang agak tinggi. Maksudnya hotel ni ada ramai pelanggan yang berpuas hati.

Kedudukan Hotel Grand Margherita Kuching memang strategik. Betul-betul depan landmark bandaraya Kuching, kat tempat ada tugu Kuching tu lah. Berdekatannya juga ada Hotel Riverside Majestic dan beberapa lagi hotel lain. Paling best ialah riverview tuh. Kami dapat bilik riverview walaupun tak kami request.

Nak ke mana-mana pun senang kerana taxi sentiasa ada. Kalau tak ada pun, boleh request staff panggilkan taxi.

menarik_di_Sarawak_0002

Bilik pun agak besar bagi dua orang duduk. Sofa kaler merah tu sebenarnya bed coach, boleh bertukar jadi tilam juga. Hehe

Sejadah dan kelengkapan lain pun disediakan. Peti besi pun ada. Alhamdulillah, hotel ni tak ada pula saya jumpa Bible diletakkan di sini. Cuma, bilik ini ada ciri-ciri usang dan nampak contengan pensil di dinding. Selain cat yang tak sekata pada dinding bilik. Sayang, lokasi terlalu bagus. Lebih bagus jika bilik juga bagus.

menarik_di_Sarawak_0003

Bilik mandi je la yang saya tak berapa seronok nak mandi. Ada kelihatan ciri-ciri usang di pintu, dan bath tub. Kalau dorang upgrade atau tukar baru, itu lagi baik. Tandas juga sedikit berbau selepas flush. Saya fikir, bathroom ni kena renovate sikit.

menarik_di_Sarawak_0004 menarik_di_Sarawak_0005

Toiletries pun okay juga. Cukup lengkap. Lagi satu, mereka ada tandas bidet. Setakat ini, inilah satu-satunya hotel di Malaysia yang saya menginap ada tandas bidet begini.

menarik_di_Sarawak_0006 menarik_di_Sarawak_0007

Refreshment pun ada. Seperti kebanyakan hotel lain, disediakan juga Nescafe, teh lipton, creamer dan gula. Tak ada minibar, tapi ada mini fridge.

menarik_di_Sarawak_0008

Ni pula pemandangan dari bilik saya. Nice kan? Kat pelantar tu jeti lah, jika anda nak naik river cruise menyusur sungai ni, anda boleh beli tiket di kaunter kat lobby hotel. Bot akan ambil anda dari situ, tak perlu susah-susah jalan jauh-jauh. Macam di Casa Del Rio Melaka lah.

Kos per night ialah (rack rate) RM270, tapi kalau booking dari Booking.com saya tengok boleh dapat RM180 bagi bilik Double Duluxe, atau RM190 di Agoda.com (harga ni bergantung kepada season juga).

Kami menginap di sini selama dua malam sahaja. Selepas tu kami book satu hotel kecil yang cute terletak 200 meter dari Grand Margherita Hotel ni.

Jika anda berminat untuk menginap di sini, boleh terus booking melalui website Booking di sini

Jika anda mahu rating untuk hotel ini, saya boleh beri rating 6.5/10.

Pro:

  • Friendly staffs
  • Fast check in
  • Nice pool, river view
  • Large room
  • Great location (close with shopping areas and within walking distance)
  • Lots of great local restaurants
  • Nice foods

Cont:

  • Smelly bathroom
  • Old pillow
  • Smelly comforter
  • No slippers, no pajama