07:13:00

All About Life: Santai @ Tebingan <b>Kuching</b> - Blogger


All About Life: Santai @ Tebingan <b>Kuching</b> - Blogger

Posted: 15 Dec 2013 04:00 AM PST

Tak habis lagi cerita tentang pengembaraan pulang ke kampung dan lawatan-lawatan wajib di Bandaraya Kuching. I ni bercerita macam melancong ke negeri lain je. Padahal negeri sendiri jugak. Cuma bezanya I di Miri yang jauh beribu batu dari bandaraya Kuching. Naik kereta dari 7 pagi hingga 7 malam siapa larat. Sorry lah nak naik flight. Sampai sana nanti tak ada kaki beroda yang boleh digerakkan ke mana-mana. Tak syok lah begitu kan? 

Anyway, hari tu dah update tentang salah satu tempat shopping best (India Street Kuching). Kali ni, lagi satu tempat wajib lawat sekiranya anda berkunjung ke Kuching, Waterfront atau Tebingan Kuching. Best nak santai-santai, nak lepak-lepak. Banyak jugak hotel di sekitar Tebingan Kuching ni I tengok. Hilton Kuching, Grand Margherita, Riverside Majestic. Tu hotel yang grand lah. Kalau tanya budget hotel sekitar Tebingan Kuching ni I pun tak tau. Yela, tak pernah stay hotel pun bila berkunjung ke Kuching. Menginap kat 'hotel' 10 bintang mak saudara I je. Nak beli souvenirs atau kek lapis Sarawak? Kat sini memang banyak. Banyak kedai-kedai souvenirs. Kalau adik I, dia suka rasa tester Kek Lapis Sarawak. Dari hujung sana sampai hujung sini, kenyang dengan kek lapis. 

Kalau nak menyeberangi Sungai Sarawak, boleh menggunakan khidmat penambang. Bot hijau dalam gambar tu. Ada banyak lagi sebenarnya bot-bot tambang di Tebingan Kuching ni. Rate tu I tak sure pulak. I sendiri pun tak pernah naik bot tambang untuk merentasi Sungai Sarawak. Kalau kat kampung sebelum wujudnya feri dulu selalu lah naik bot tambang nak merentasi Sungai Sadong untuk ke kampung. 

*update*

Blogger Vee kata kalau nak ke seberang dengan menaiki bot tambang, tambangnya hanya 50 sen dan kalau nak cari Kek Lapis Sarawak yang sedap kena menyeberangi Sungai Sarawak dan cari rumah yang warna KALAS. Sila baca sehingga ke hujung entri kalau nak tau apa maksud kalas. I just quote apa yang Blogger Vee bagitau. Hiks.

Sungai Sarawak

Sebelah kiri gambar yang ada nampak macam tembok putih tu adalah Astana. Astana yang diambil dari perkataan Istana. Dibina pada tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan oleh Rajah Putih kedua, Charles Brooke kepada isterinya, Margaret Alice Lili de Windt.

Tebingan Kuching sekitar pukul 5 petang.



Lengkap berpakaian suku kaum Iban sambil mengalunkan irama sape iaitu sejenis alat muzik yang terdapat di Sarawak. I suka bunyi sape. Bagi I lah kan, lebih merdu lagi daripada bunyi gitar.

Siapa yang nak menyelusuri Sungai Sarawak boleh lah menaiki Sarawak River Cruise. Kalau tak silap, ambil masa dalam 45 minit macam tu kot. Ada baca tentang rate menaiki cruise ni untuk sekepala. Tapi tak ingat pulak. Time tu ada promotion sempena cuti sekolah kot. For sure lebih dari RM10 lah. 

Dipanggil Sarawak Tradisional Boat. Kalau tak silap, something like that lah. Masa ni lama jugak kitorang berdiri kat tepi semata-mata nak tengok macam mana bot ni digerakkan, takkan nak dayung je kot. Rupanya lebih kurang je konsepnya dengan bot tambang. 

Ramai pemuzik-pemuzik jalanan yang boleh anda jumpa di sini. Macam budak dalam gambar ni. Tengah nyanyi lagu Rossa, Pudar. Kali kedua I datang sini, dengar budak ni nyanyi jugak. Time tu dia nyanyi lagu Whitney Houston kalau tak silap. 

Bagaikan nabi, kasihkan umat,

Begitu kami, kasihkan anda.

Zapin Ros Kalas - Safar Ghafar

Nak share jugak lagu ni. Lagu favourite I, Zapin Ros Kalas (kalas membawa maksud merah jambu). Rasa macam pernah share tapi tak ingat pulak. Kalau I homesick, teringatkan family dan tempat sendiri memang lagu ni lah yang I dengar. Sepanjang berkecimpung dalam bidang tarian, banyak jugak tarian zapin yang I pernah belajar tapi zapin Sarawak jugak yang paling I suka. Maybe sebab rasa attach kat situ kot. Ingat lagi pernah sekali masa latihan tarian, bergenang air mata sebab rasa homesick tiba-tiba. 

p/s : Lagu zaman mensia marek. Nembiak mudak-mudak kinek tok nang susah nak nemu yang tauk lagu tok.