11:28:00

Mama to Eryna: Hotelsss <b>di Kuching</b>


Mama to Eryna: Hotelsss <b>di Kuching</b>

Posted: 08 Dec 2013 11:16 PM PST

As salam.


Hepi monday u olls.tetiba nak cerita la pasal tragedi hotelss yang kami stay masa p kuching haritu.
Jap, bagi aku gelak sat.sebab its soo funny & LOL sangat.

Masa hasben aku bagitau nak kena p kuching ,so dia suruh la aku riki riki hotel yang best.
Kan aku pernah studi sana nak dekat 3 tahun la jugak.
Tambah lagi pakej aku kan pandai 'klaka sarawak' , so aku diberi mandat carik bilik hotel.

Dalam fikiran aku Holiday Inn jer.padahal kan ,ada jer pun hotel lain dekat dekat situ.
Cam riverside ,hilton.
Yang dekat waterfront la ni.
Sebab nya ,kalau zaman aku studi dulu ,best la sini .dah la dekat dengan waterfront, berdepan pulak dengan shopping mall yang hebat ( time tu la +____+ ) , Tun Jugah.
Alah, senang cter ,dekat ngan tugu kucing tu lar.


Belakang kuceng tu kan logo mekdi tu kan.kat situ la Tun Jugah mall yang happening satu waktu dahulu..sekarang..................... +_________________+.
Hotel tu belah kiri tu jer.pastu ada waterfront.

Aku pernah stay kat holiday inn ni 5 tahun lepas.masa tu pergi seminar MIA.
Best la sini, happening jer.
Hotel pun lawa.
Time tu la ...derrr....

Pastu ,aku search, yang kuar Grand Magherita.
Rupa nya holiday inn dah kena take over.
Yang aku plak tak search hotel lain.nakkk jugak situ.sebab ku fikir ,time laki aku kerja ,leh la aku merayap Tun Jugah turrr...

Sekali kan..sampai sana.hello, after 5 years, what do u expect.dah banyak berubah la of crosss..
Dulu Tun Jugah la hebat...sekarang ni lengang.aku jer la merayap sana.....+__+.
Sekarang dah ada The Spring la, pastu hotel pun dah ada mall kat bawah u olls.
Hebat gillak kuching kinektok...clap clap clap....

Jom melawat Grand Magherita dulu ..laki aku kutuk gila gila ok aku pilih hotel ni.T_____T.



Ok lar, fine.....kan dah berusia more than 5 years, so karpet tu mana ada orang guna kan..
Agak la bau hapak..bukan busuk..
Pastu toilet pun okkkkk lar....

River view..ni asik kena kutuk la...nyampah tau..

Pastu opis mate laki aku duk Pullman.bising la pakcik tu awat aku tak pilih hotel tu.
Yang baru lagi canggih..huhuhuhu
Aku memang takder pun check rate ke apa ke situ..plus tak amik tau.hahahahahaha.*sengal jugak ni*

Sooo,dah tak suka,semua nya tak best la..
Nak jugak tukar hotel..siap cakap selimut kotor la apa la..
Malam tu pulak ,lampu takleh on kooo..ha, aku rasa lampu tu mogok laki aku asik kutukkkk jer....

So,esok nya kami check out & duduk Pullman...
ok larrr,jangan ko nak compare la ngan hotel lama sinun.
Kat Pullman ,memang best woo.tak payah upgrade ke exec suite pun dah best.
Bilik besar, toilet pun leh main kejar kejar.arghhh..pastu asik kena kutuk tak pandai carik hotel.LOLLL..




Breakfast pun sedap bangat..aku syak depa kidnap chep dari grand magherita sebab dulu ( masa holiday inn ) sedap ,sekarang sana dah tak sedap..muehehehehehehe..

Dim sum sedap u olls. dua kali amik....nangisss...

Laksa sarawak makan 2 mangkuk , pastu mee kolok pun yumss...
Latte pun sedappppp...tsktsktsk...

So, u olls yang nak visit kuching,aku recommend sesgt Pullman ni.
Hotel ni belakang Hilton ,kat atas bukit.
Bawah nyer ada shopping malls.ada old town, full house,ada mango & esprit lagi..boleh lar cuci2 mata....
And boleh jalan kaki nak makan seafood sedap kat topspot sana.

Rate boleh check kat agoda.com atau direct la ke website nyer.
Hotel ni new 5 star kat kuching..besttt....

Blog Ini Aku Yang Punya: <b>Hotel</b> Harbour View, <b>Kuching</b>

Posted: 04 Dec 2013 02:44 AM PST

6 Oktober 2013 aku dan kawan aku terbang ke Kuching menghadiri seminar IPV6. Lokasi kami yang pertama ke Water Front tempat yang popular untuk orang luar dan masyarakat tempatan beristirehat. Kawasan Water Front  ini banyak hotel murah dan mahal berselerakan. Tidak menjadi masalah kepada sesiapa yang datang ke Kuching untuk mencari tempat menginap.

Seorang lelaki yang meniaga di tebing sungai mencadangkan kami duduk di John's Place bajet hotel. Harganya murah tak sampai RM70 dan masih baru katanya. Kami terus ke sana dan memang pun nampak baru dan aku meninjau biliknya yang sedang dikemas dan memang nampak luas dan bersih. Cuma aku tak berani untuk menginap di situ kerana di bawah hotel itu kedai makannya dipenuhi lelaki yang minum arak. Cara mereka pandang kami pun macam tak pernah jumpa manusia dan kawasan sekitarnya terasa sunyi dan tempatnya tersorok dari laluan jalan utama.

Untuk keselamatan diri kami menginap di  Harbour View hotel yang terletak bersebelahan dengan John's Place.

Harbour View Hotel. Gambar songlap dari web rasminya.



Harga standard room yang paling murah RM155. Harga bilik kami RM166 kerana mengadap sungai dan tiada sarapan pagi untuk harga ini. Aku teruskan saja pro dan kontra bilik ini.

Pro
----
1. Berdekatan dengan Water Front dan kedai-kedai souvenir.
2. Kebiasaan hotel bisnes (Wifi, tv satelit, peti ais mini, pengering rambut)

Kontra
--------
1. Bilik nampak lama dan  kecil
2. Katil rapat ke dinding.
3. Jangan terkejut ada bible dalam laci
4. Tak ada seterika (macam ini hotel untuk orang bisnes ?)
5. Saluran paip hendak cuci anu tak ada. Nak tarik paip mandi tak sampai. Terpaksalah guna gelas. Agaknya hotel ni khusus di buat untuk orang barat menginap.

Ini video bilik hotel tu.

My Rainbow...: Makan-makan <b>di Kuching</b>

Posted: 05 Dec 2013 08:14 PM PST

Assalamualaikum.....

Selamat hari Jumaat untuk semua. Bagaimana cuaca di tempat anda? Ha, macam talkshow pula jadinya.

Hari nie, kita share sikit info tempat makanan kami selama kami di Kuching dalam entry INI. Sebelum gambar2 nie reput dalam draft, lebih baik kita entrykan segera kan...hehehehe.

Kami naik MAS dari KLIA. Flight pagi, so dalam flight ada breakfast la kan.

Untuk breakfast....memang satisfying habis.


Nasi lemak sebenarnya. Sambal ikan bilis campur sambal udang.


Dalam flight, makan memang best. Walaupun portion sikit, tapi ok..mengenyangkan. Yang air dan coklat tu semua, terus masuk beg. Bawa balik rumah, Adam yang makan.

Bila malam, dinner kami tak ada tempat lain, memang di Topspot tu. jer. Sebelum pergi, memang kita dah google serba sedikit. Ramai betul yang recommend tempat nie. Kami dari Grand Margherita, jalan kaki jer. Keluar lobby, lintas jalan ke McD, Lintas lagi ke sebelah sana, lintas lagi ke Top Spot. Langkah 3-4 tapak, lintas, langkah 3-4 tapak tapak, lintas lagi. Dekat sangat. Cuma, yang paling kita cuak kan ialah nak mendaki tangga sampai ke tingkat 5. Aduhai...dah lama tak naik tangga tinggi2 nie. Maulah semput jadinya. Namun syukurlah, ada lif rupanya...hahahahahha. Apa lagi, yang ladies semua menuju ke lif jer la...hahahahah. Yang lelaki mostly naik tangga sambil jadi naga (hembus asap ikut mulut dan hidung).

Let's see the food :

Sebelah kiri is the famous pucuk midin goreng. Oh my.....sedap sangat2. Saya rasa, sepinggan tu saya boleh ratah sorang.... Dah berazam, next time pergi dengan family nak order banyak2 dan nak ratah puas2. Yummy!

Yang tengah direputkan tu ialah keropok tiram. Makannya, patah2kan, rebut2 dan cicah dalam sos cili yang tak pedas dia. Sesuatu yang menarik. Keropok tu rangup part yang tepi2 jer. Yang tengah2 dah tebal sikit dan kurang rangup, tapi tetap sedap bila cicah dengan sos tu. Oyster nyer bertaburan jarang2 dalam kepingan keropok tu. Ikut nasib la bila patahkan keropok tu dapat oyster ke tidak kalau dah makan ramai2 nie. Tapi kita dapat la... Ermm.....bila goreng jadi keropok, oyster tu jadi kering. Rasa...macam makan kerang kering la...hehehehhe. Nothing fancy though. Saya lebih suka fresh oyster...jadi sashimi. Tapi, nak kunyah2 sambil ngobrol (borak2), boleh la kan. 


Udang mentega. Boleh tahan la. Tapi, butter prawn nie, versi yang basah. Bermakna ada macam sos pekat bergaul dengan udang. Tak macam kebanyakan butter prawn di sini yang kadang2 ada bersarang tu kan... Yang ini, rasa manisnya dominant. Maybe tambah susu pekat kot. Psst, nampak tak keropok oyster tu tinggal kepingan kecik jer?

Tak dapat nak snap mangkuk besar. Tapi, ini ala2 shark fin sup la...tapi isinya bukan shark fin. Cuma isi ikan dan mushroom. Ha, yang nie memanggg kita suka. Sambal cili...kalau tak pedas, tak syiok maaa.

Yang atas nie ialah ikan masak apa entah, dah tak ingat. Ok lah...sama sedap macam fish dishes yang biasa kita makan. Pinggan yang sana tu ialah pepahat.

Ini pula, namanya siput gonggong. Ini pertama kali kita makan siput jenis nie. Kat Melaka atau PD, tak pernah jumpa. Khabarnya, kat Johor banyak yer. Kak Sari pernah buat entry pasal siput nie kan? Untuk menu nie, siput nie rasanya di rebus atau stim saja kot. Bersama serai. Cicah dengan sambal belacan. Kena cucuk dengan toothpick tu. Tapi, menu nie yang paling tak dapat sambutan. Sama ada cara masakan nya macam tak ada rasa, atau sambal tu tak kick, atau pun semua orang belum biasa makan siput nie lagi.

Inilah menu yang paling kami tunggu2. Umai! My first time as well. Umai ikan. Sedap, tapi masam sangat2. So, makan sikit jer. Tak boleh tahan masamnya. Oh, esok malamnya, kami makan di kedai lain pula. Menu lebih kurang, tapi ambil umai sotong. Lebih sedap dari ini. Maybe cook kedai berlainan...

Antara coffee break snacks.


Selalu tak sempat ambil gambar masa breakfast. Ini pun gambar hari terakhir. Makan bubur nasi, letak telur dadar, kacang panjang, daaaaaannnn rendang daging. Hehehehehehhe. Sedappp...kaw2 punya sedap.

Tak sempat ambil gambar laksa Sarawak di cafe hotel. Last day, last minute baru tahu ada. Makan dengan puas hati. Memang sangattt sedap.

Next time pergi, akan stay sini lagi kalau ada rezeki, Insya Allah. Nak makan laksa lagi. And, nak cari mee kolok yang sedap pula. Ari tu kami pergi dah petang, most kedai dah tak der mee kolok.

Kalau pergi family trip, kita ambil gambar banyak2 yer.....

.