Wanita rugi RM10,000 <b>rumah</b> dipecah masuk – BorneoPost Online <b>...</b> |
Wanita rugi RM10,000 <b>rumah</b> dipecah masuk – BorneoPost Online <b>...</b> Posted: 17 Dec 2013 08:18 AM PST KUCHING: Seorang eksekutif pemasaran wanita mengalami kerugian mencecah RM10,000 selepas rumah sewanya di Taman BDC di sini dipecah masuk pencuri petang kelmarin. Difahamkan, mangsa, 28, hanya menyedari perkara tersebut selepas pulang dari kerja apabila mendapati pintu belakang rumahnya telah dibuka secara paksa sekitar jam 4.30 petang. Pemeriksaan lanjut ke dalam rumah kemudian mendapati sebuah komputer riba berjenama, permainan video dan beberapa barang elektronik miliknya telah hilang. Mangsa kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian di balai polis berhampiran dan siasatan masih dijalankan. Sementara dalam kejadian berasingan, seorang pekerja di sebuah perpustakaan desa juga tampil membuat laporan polis mendakwa 10 unit Komputer Riba 1Malaysia (KR1M) yang disimpan di perpustakaan itu hilang dipercayai dicuri petang kelmarin. Menurut sumber, perkara tersebut hanya disedari apabila pekerja tersebut mendapati tingkap tandas perpustakaan itu telah dirosakkan dipercayai menjadi laluan pencuri. Hasil pemeriksaan di dalam bangunan mendapati 10 unit KR1M serta beberapa barang elektrik lain telah hilang dipercayai dicuri dalam insiden tersebut. Anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan dan siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
buku-karangan-mekjah: Ragam <b>Rumah Sewa</b> – Part 3 Posted: 18 Dec 2013 08:07 PM PST Assalammualaikum… Sekali lagi kisah rumah sewa mekjah ni di sambung. Kisah ni ngeri tau… Terjadi pulak dekat rumah pertama yang mekjah sewa. Time ni mekjah duduk dengan adik lagi. Kami sewa apartment 5 tingkat. Rumah tu pulak tingkat yang atas sekali. Kiri-kanan rumah budak2x bujang. Satu hari tu, time raya haji kalau tak silap. Mekjah dengan adik plan nak balik awal pagi esoknya. Jadi malam tu tinggal kitorang berdua je lah kat rumah. Member lain dah balik awal. Malam tu pun macam biasa mekjah dengan adik duk tengok tv dekat ruang tamu. Agak2x dah tengah malam gitu, kami pun lepak2x dalam bilik. Dekat nak tidur tu, mekjah ke tandas dulu. Keluar jer dari tandas nak masuk bilik balik, mekjah terpandang syilling rumah terbukak. U know…kalau duduk rumah atas sekali…ada satu syilling yang boleh bukak sebab nak bagi laluan ke tangki air ke hape tah. Bayangkanlah betapa takutnya mekjah masa tu. Takkan benda tu boleh terbukak sendiri kot. Terus jerit panggil adik. Mula2x kitorang cuba berfikiran positif, mungkin angkara tikus kot. Tapi bila fikir balik, takkan c tikus yang kecik tu boleh angkat syiling…memang tak logik. Apa yang kitorang buat masa tu, ambik pisau terus berkurung dalam bilik. Dua2x duk bersandar kat pintu stanby. Takut jangan cakaplah. Kalau dengar jer suara orang ke apa kat luar tu, memang terus nak tepon polis. Tak taulah ini betul2x or perasaan kitorang jer…kitorang dengar macam ada orang merangkak atas syilling. Giler…takut. Sampai ke pagi kitorang berjaga. Alhamdulillah nasib baik takde ape2x. Awal2x pagi dalam pukul 6 lebih, berlari kitorang kuar dari rumah tu gerak balik kampung. Mandi pun tidok hihi… Cerita dekat ayah, kena marah pulak. Lain kali tepon polis terus katanya. Takkan nak tunggu orang masuk rumah baru nak tepon. Hati orang tua biasalah, risau. Anak dara pulak tu. Habis cuti, balik je kl, kami terus pindah rumah. Walaupun takde pun orang yang masuk dalam rumah tu. Barang2x pun takde yang hilang. Tapi still ngeri bila terpandangkan syiling yang terlopong tu. Siapa punye kerja and ape motif pun tak tau. Sampai sekarang mekjah memang fobia duduk rumah paling atas ni. Sesiapa yang duduk rumah atas extra careful la yer…semoga tak terjadi apa2x yang tak baik dekat kita semua. |
You are subscribed to email updates from rumah sewa di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |