11:24:00

Makan di kuching - Come Sarawak


Cuti <b>Di Kuching</b> Sarawak : Hari 2 - <b>MAKAN</b> SEAFOOD <b>DI</b> TELAGA AIR

Posted: 04 Dec 2013 07:15 PM PST

Balik dari Matang Wildlife Centre, terus Dedet singgah Telaga Air. Motip? Sebab ianya berhampiran dengan sungai so boleh carik kedai makan yang kitaorang boleh order seafood. Haruslah datang Sarawak nak kena pi try seafood die jugak.
OK ni adalah tapai (warna kuning) dan juga ketupat (rasa2 ala lemang). Sedap dan murah.
Telaga Air ni tak ramai pengunjung luar. Rata-rata orang kawasan situ jer. Memang kebanyakan penduduk tempatan kat situ kerjanya sebagai nelayan.
Juga boleh nampak banyak bot2 tersadai kat tepian.
Restoran kita pilih pun biasa jer. Tapi tokey kedai tu sangat peramah. Yang beshnya sekiranya hidupan laut tu takde kat kedai dier. Kita boleh pergi kat pasar (bersetentang dengan kedai makan) dan boleh request dengan tokey tu nak masak apa.
Jeti dier kecik jer. Tapi katanya sebelah petang memang ramai orang datang memancing kat sini. Lubuk ikan rasanya kawasan ni.
Hidangan yang menjadi pilihan my Anaqi. Lobster masak sweet sour.
Ni sayur campur. Rasa biasa jerlah. Nama pun sayur campur, takdelah sampai menjilat pinggan pun.
Ok, lobster ni sedapp gak. Sebab ianya di goreng dengan telur sebelum di buat sweet sour. Isi dier memang tebal2 bergebus.
Siput sarawak, hahahahahha...
Siap beli kat pasar lepas tu request masak cara hidangan yang paling best.
Nampak cam baisa jer kan? Tapi siyes masak kicap pedas ni memang sedap la.
Jenuh Dedet kena perabiskan, duk muncung2 bibir dier menyedut sipot tu...
Agaknya kalau tambah sepinggan lagik gamaknya dah macam bibir Angelina Jolie, seksi gitew auwww.

Ikan siakap kukus...

Bagi saya biasa2 jerlah... sedap juga tapi saya pernah makan lagi sedap :)

Total damage untuk makan tengahari:  RM130 +...

Okler dengan teh c beng istimewa plus segala mak nenek air...

Balik masuk keta, semuanya terus layan tido (kecuali Dedet dah dier drebar), penat melantak kan... hehehe

<b>Makan di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 28 Nov 2013 07:38 PM PST

Alhamdulillah diberi keizinan oleh Allah dengan tubuh badan yang sihat dan cergas untuk coaching susur galur Creams sepanjang 2 minggu berturut-turut. Walaupun meletihkan, terasa sangat puas dan gembira dapat berjumpa dengan 'anak cucu' yang sebelum ini sekadar berdiskusi di alam maya.

November membuka tirai dengan program Jom Hebat Kerteh yang meriah dengan kehadiran suami dan anak- anak penyeri suasana. Bisnes Shaklee bersama group LadyBoss dan Creams menjanjikan yang bisnes ini adalah sangat mesra keluarga dan flexible.

Selesai saja Jom Hebat di Kerteh, kami terbang ke Kuching, Sarawak untuk beberapa urusan termasuk coaching tersayang, Sithy Harjieah di Kuching, Sarawak. Kami menetap di sana selama 3 hari 2 malam. Alhamdulillah, memang pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Tak Sabar Nak Jumpa Sithy, Pengedar Shaklee #1

Lagi 2-3 bulan, Kita Upgrade Flight Yer ;)

Sampai saja kami di Kuching, Sithy bawa kami makan di sebuah Seafood Food Court. Semua ikan dan siput adalah segar. Kalau nak ambil ikan yang segar dari akuarium pun, boleh. Ada macam-macam ikan, udang kara dan ketam. Siput pun banyak! Bukan takat siput sedut jer tau.

Antara hidangan yang menarik perhatian saya (dan juga sedap!); Oyster Omelette dan Sup Gamat. Tak jumpa punya kat Semenanjung nih… Memang sedap sehingga menjilat jari ;)

Salah satu hidangan yang dibelanja oleh Sithy, Pengedar produk Shaklee

Oyster Omelette – Nyata Berbeza :P

Pengedar Shaklee di Kuching juga beri kami rasa Sup Gamat yang luar biasa

Sup Gamat – Takde Rasa Minyak Gamat

Esoknya kami bersarapan Laksa Sarawak. Kalau nak tahu, Laksa Sarawak memang sangat berbeza dari Laksa Utara. Mee yang digunakan jenis macam mihun. Kuah laksa pula berempah.

Kalau Laksa Utara jenis berikan, Laksa Sarawak jenis ada udang dan telur dadar yang dihiris. Orang Kuching pula biasanya memang bersarapan dengan Laksa Sarawak atau Mi Jawa.

Sarapan Lakwa Sarawak di Kuching bersama ahli Shaklee

Tunggu Laksa Sarawak Siap

Kami juga tak ketinggalan untuk merasai pengalaman naik sampan di Kuching Waterfront. Ada beberapa pilihan sebenarnya; nak naik sampan Melayu, atau Iban long boat ataupun Cruise.

Kami try naik sampan Melayu dulu. Sayalah yang paling teruja sebab suka nak rasa air sungai Sarawak yang sejuk.

Best dapat sentuh air Sungai Sarawak di Kuching Waterfront selepas coaching Pengedar Shaklee di sini

Sejuknya Sungai Kuching!

Kemudian sebab kan nak 'jalan-jalan' di sepanjang Sungai Sarawak, kami cuba pula nai Iban long boat, sebab itu je yang ada. Bayaran untuk orang bukan tempatan adalah RM 16 untuk setengah jam, dan RM 19 untuk satu jam. Saya tak minat nak naik Cruise sebab tak boleh pegang air :P

Memang puas hati sangat- sangat.

Menaiki Iban Long Boat di Kuching Waterfront

Bersama Nadi Hidup – Suami & Anak-Anak

Kek lapis lupa pulak nak ambil gambar. Tapi kalau anda memilih untuk ambil pakej iban long boat selama sejam, anda juga akan di bawa berjalan ke tempat pembuatan kek lapis dan ikan masin.

Oleh kerana saya bukan peminat ikan masin jenis ikan terubok, jadi saya tak bawa balik lah. Lagipun mak saya tak boleh makan ikan masin, nanti terus pening kepala. Jadi tak payah la beli. Haha.

Oh, objektif utama untuk coaching adalah wajib. Tak boleh tinggal. Jauh jauh terbang, kenalah optimise masa sepenuhnya, kan? ;)

Baby Ibrahim dan Baby Maryam Bermain Bersama

Baby Ibrahim dan Baby Maryam

Sedang Mengajar Sithy, Pengedar Shaklee Sarawak

Coaching Sakan Sampai Kat Meja Makan Masih Belek Nota

Alhamdulillah lahir lah blog Pengedar Shaklee Borneo. Template tu dipilih sendiri oleh Sithy. Memang comel dan cantik. Screenshot di bawah :)

Pengedar Shaklee di Kuching dah ada blog - VitaminBorneo.com

Screenshot Blog Vitamin Borneo

Jika anda berada di Kuching atau area Sarawak & Sabah, anda boleh order produk & set Shaklee terus dari Sithy Harjieah ni. Beliau boleh dihubungi di 012-8879897.

Untuk yang tak tau, Sithy adalah salah seorang anak buah saya yang sangat mesra. Masa mula-mula jumpa bertemu empat mata, memang tak kekok. Rasa macam kakak dan adik. Dia kakak dan saya adik ;)

Pengedar Shaklee di Kuching, Sarawak | Sithy Harjieah

Bergambar Kenangan Bersama Keluarga Tersayang di Airport Kuching

Alhamdulillah pengalaman ke Kuching kali ini memang tersangat manis. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan tentang perjalanan coaching anak buah di Semenanjung pula yer ;)

Anda berminat nak sertai group Shaklee saya? Hubungi saya sekarang di nombor yang tertera ataupun isikan saja Contact Form di bawah :D

Nak tahu apa kelebihan menjadi ahli Shaklee? Klik –> Kelebihan Menjadi Ahli & Pengedar Shaklee

Pengedar Shaklee Terengganu, Malaysia