Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker <b>Hotel</b> Berambih <b>...</b> |
Pengalaman Pertama Menginap <b>Di</b> Backpacker <b>Hotel</b> Berambih <b>...</b> Posted: 01 Sep 2013 07:25 PM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah seminggu balik bercuti, baru hari ni nak update. Agak sibuk dengan jemputan open house dan kenduri kahwin sebenarnya. Kebetulan juga mak dan ayah saya datang dari kampung, jadi masa untuk beronline juga dikurangkan. Banyak sungguh alasan..hihi Untuk seminggu ni, saya akan update beberapa siri percutian kami sekeluarga ke Kuching baru-baru ni. Rancangnya sekeluarga 5 orang tetapi Along tak ikut, dia ada peperiksaan tak lama lagi, tak nak ponteng. Alhamdulillah, penerbangan kami akhirnya mendarat dengan selamat dan mengikut jadual di Bandaraya Kuching. Pemandangan sebelum mendarat yang sangat menarik. Terpegun melihat lentuk liuk Sungai Santubong atau Sungai Sarawak ( saya tak pasti ) yang berliku-liku dari udara. Dari lapangan terbang, kami ambil teksi berkupon ke Waterfront dengan harga RM 26.00 sebuah. Saya telah menempah Berambih Lodge di Kuching melalui laman web agoda.com. Tak susah untuk mencari lokasi Berambih Lodge yang terletak di Jalan Ewe Hai dengan bantuan Google Maps. Perkara pertama yang memukau adalah ruang tamu yang berkonsepkan hiasan rumah panjang dengan lantai buluh dan dinding atap nipah. Ini adalah kali pertama kami menginap di hotel berkonsep backpacker seperti ini berbanding hotel biasa. Pada pandangan saya, ini cukup memadai berbanding harga yang ditawarkan. Kemudahan asas dengan ruang yang minimum sesuai untuk menginap bagi percutian kembara seperti kami. Balik ke bilik hanya untuk tidur sahaja. Saya tempah dua bilik , satu katil berkembar ( RM 50 semalam ) dan satu bilik 3 orang ( RM 70 ) untuk anak-anak di Berambih Lodge. Berambih Lodge Kuching adalah backpacker hotel yang sangat sesuai kepada pelancong yang gemar menjelajah dan lokasinya beada di persekitaran yang hampir dengan semua tempat tumpuan. Memandangkan kami adalah keluarga dengan anak-anak dewasa, hotel yang mempunyai kemudahan asas seperti ini sudah mencukupi. Kepada keluarga yang mempunyai anak-anak masih kecil, hotel berkonsep seperti ini tidak berapa sesuai kerana bilik airnya berada di luar. Anak-anak saya dah besar, mereka boleh uruskan diri masing-masing. Sarapan self service di sediakan di ruang dapur dan perkhidmatan wifi percuma juga disediakan. Selepas mendaftar, rugikan kalau memerap di bilik saja. Mesti keluar menjelajah kerana itulah tujuan percutian ini. Berjalan kaki hanya 2-3 minit sudah berada di Waterfront. Kami naik sampan dengan tambang 50 sen menyeberang Sungai Santubong di Waterfront ke seberang. Makan tengah hari dan beli kek lapis. Nota : mohon pencerahan – nama sungai ini Sungai Sarawak atau Sungai Santubong? Bila tengok Google Maps, tulis Sungai Santubong tapi baca tempat lain tulis Sungai Sarawak Warna-warna ceria – Tokong Hong San adalah landmark paling mudah untuk ke Berambih Lodge.
Pengangkutan penting adalah sampan bagi penduduk tempatan yang menyeberang sungai ke pusat bandar. Antara beberapa lokasi senarik sepanjang kembara ini. Untuk makan malam, kami seberang Sungai Sarawak sekali lagi. Suasana waktu malam lebih meriah. Perkhidmatan sampan menyeberang sungai beroperasi sehingga lewat malam. Mesti nak cuba Laksa Sarawak , bagi saya ok lah. Suami dan anak-anak cakap sedap. Dah kena dengan selera tekak dia orang le tu. Saya order Mee kolok sarawak tetapi cuma mampu makan sesuap saja. Payah kalau orang jenis makan masakan di rumah, semua tak kena ..hihi
Ada juga pelawat tempatan dari semenanjung tetapi mereka tak sudi bergambar dengan kami… Nota : Dari beratus-ratus, gambar suasana dan peribadi, ini saja yang mampu diupload…tak berapa ada banyak masa nak beronline, maaf ye. |
You are subscribed to email updates from Hotel di kuching - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |