11:08:00

Tempat Menarik di kuching - Come Sarawak


<b>Tempat menarik di Kuching</b> #1 Pasir Pandak - Kuching City - Blogger

Posted: 25 Oct 2013 07:13 AM PDT

Hari ini aku letih..baru balik kerja..tapi aku nak update jugak blog sebab aku rasa nak update..hehe3.. Hari ni aku nak kongsikan salah satu tempat yang menarik di Kuching.. Menarik tu subjektif,cuma aku saja jer katakan tempat ni menarik sebab ramai orang selalu pergi kat situ terutama hujung minggu. Biasanya kalau dah hujung minggu tu memang banyak lah kereta kat situ..So kira menarik lah bunyi dia tu kan? kekeh3..

Tempat ni terletak masa nak on the way ke Santubong.. Selepas korang melalui Kampung Rempangi. Rasanya ada signboard kot kat simpang jalan besar tu.. Aku mula-mula dulu pun selalu terlepas simpang Pasir Pandak tu..Kalau jarak dari bandar Kuching tu aku tak tau. Tapi kalau korang driving, walaupun bawak perlahan macam ketam pun Insyaallah 45 minit boleh sampai.

Setahu aku nama tempat tu bukan Pasir Pandak asalnya..Kalau tak silap Pasir Puteh..Pasir Pandak tu nama kampung,then ada pantai kat kampung tu..Pantai dalam kampung tu baru namanya Pantai Pasir Pandak..Lantaklaa..Janji ada pantai buat lepak-lepak di petang hari..main gitar sambil ditemani angin..fuhh..layaaan walaupun aku tak pernah buat lagi..kekeh3..

Ni sedikit gambar yang aku sempat ambil..guna handphone jer..jangan sembang nikon canon dan conan dengan aku sebab aku tak reti dan sakai..pegang pun aku tak pandai..ok,aku memang noob disitu..

Pemandangan tong sampah dari bahagian tepi

Cantik kan view Gunung Santubong dari sini kan. Cuma view hp aku sangat noob dari yg sebenar.

Dulu sebelum rumah kedai ni wujud, serius pantai ni berlambak dengan sampah. Sekarang okeh dah.



Ada taman mainan mini untuk kanak-kanak. Kalau korang dah tua serabai nak main pun boleh.

Mini kolam untuk kanak-kanak. Kat hujung sekali sebelah kiri. Sekali lagi tua derabai pun boleh mandi. Takde masalah.


Ni aku saja jer nak ambik kasi korang tengok mandi guna air paip ni berbayar. Charge 50 sen. Tapi orang yang jaga takda. Baik tak payah charge. 

Bermadu cinta di tepian pantai.

Antara kedai-kedai yang ada. Mungkin dalam 10 buah rasanya. Kedai runcit, kedai layang2,makanan,dan bla bla bla..

Ini kaki aku. Selipar abang aku. Sekarang aku full time yang guna. Aku tak peduli, abg long kah,abg kawasankah,ayahanda nenda semua aku langgar.(KL Gengster)

Yang ni cantik kan gambar dia? Aku curi gambar ni dari blog lain.

Kalau datang tu bawaklah sekali family,kawan2,awek,jiran tetangga dan haiwan peliharaan anda okey. Jangan malu-malu. Cuma aku pesan kalau nak mandi tu hati-hati terutama yang bawak anak kecik. Bukan apa, di samping ombak yang kuat, air kat tepi pantai tu pun agak dalam. Aku pernah dengar kes orang mati lemas kat situ. So hati-hati ya. Nanti aku update lagi tempat yang korang wajib pergi di Kuching. Kalau berkesempatan aku nak update sekali tempat makanan yang super sedap lagi halal. Nyum2..

<b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 04 Dec 2013 07:09 PM PST

{latestItemTitle} Makan <b>di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 30 Nov 2013 07:08 PM PST

<b>Hotel</b>: <b>Kuching</b> Park <b>Hotel</b>

Posted:

Temple Bar Hotel which can be seen from every side of the kuching park hotel and mountain climbing. In brief, this is a proper traffic flow around this place with family, friends and also a hi-speed internet connection.

Malaysia The Best Country,,: &quot;<b>HOTEL</b> MEWAH DI <b>KUCHING</b>&quot;

Posted:

Riverside Majestic Hotel, where we treat you with majesty, is strategically located in the heart of Kuching's business, entertainment, dining and shopping district just 20 minutes drive from the Kuching International Airport.

<b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 13 Dec 2013 07:27 PM PST

Air Terjun Rayu

Nak sangat mandi sungai atau air terjuan kami telah ke Air Terjun Rayu. Sebenarnya lebih kepada jeram di pergunungan Gunung Serapi. Tempat ni adalah milik persendirian dan bersebelahan dengan sebuah ruma panjang Iban. Ia terletak berhampiran Matang Wildlife Centre. Sungai berjeram tu melalui Matang Wildlife Centre.

Caj masuk seorang RM1. Nak sewa pelampung pun ada. Airnya berwarna hitam kerana air hutan dan sejuk. Memang nyaman gile lah.

Kalau pencinta alam semulajadi, tempat ni memang cantik. Walaupun kemudahan yang disediakan teramat-amatlah kurang.. tapi pada saya tetap meanrik. Di kelilingi hutan hutan tropika. Malah semasa mandi manda pun, boleh bermain-main dengan anak-anak ikan disekeliling.

Bagi kedalaman air pula, ada kawasan yang dalam dan ada juga yang cetek. Ada kawasan yang boleh kita dirikan khemah dan untuk BBQ.

Semasa saya dan keluarga pergi, waktu memang tak beberapa sesuai sebab waktu tu musim kemarau.. jadi banyaklah kawasan yang kering daripada berair. Bayangkanlah tempat yg dalam semasa musim kemarau ni, agak2nyalah, pada waktu biasa2 ni.. berapalah kedalamannya.

Ini adalah sebahagian gambar2 yang saya ambil bersama keluarga saya di Sarawak.

<b>Tempat Menarik di kuching</b> - Come Sarawak - Come Sarawak

Posted: 01 Dec 2013 07:23 PM PST

Pasar Serikin merupakan destinasi membeli belah popular di sempadan Sarawak-Kalimantan. Perjalanan ke Serikin mengambil masa 1jam hingga 1 jam setengah. Walaubagaimanapun, tidak ada pengangkutkan awam khas untuk ke sana. Oleh itu Sesiapa saja yang ingin ke tempat tersebut terpaksa mengunakan kenderaan sendiri. Bagi orang semananjung dan sabah, selalu nya menyewa teksi atau mengunakan perkhimatan Van/kereta sewa atau tour services. Oleh itu, JasHappy Tour juga menyediakan perkhimatan pengangkutan kesana, dan sekali gus, menjadi pemandu pelancong.

Apa yang menarik di Pasar Serikin?
- Barang murah dan unik
- Terletak di Sempadan
- Pelbagai jenama yang anda tidak nampak
- Tempat pelancongan
- Budaya Sarawak-Kalimantan
- Dan banyak lagi, anda explore lah sendiri..

Dalam perjalanan ke Serikin, JasHappy akan membawa anda singgah di Pasar Bau (Bidayuh Popular town), Tasik Biru, Wind Cave dan Gua Muzik. Disini admin menyediakan beberapa gambar untuk tatapan anda..
JasHappy Tour Car

Pengangkutan JasHappy Tour yang bakal anda gunakan..Selesa dan dapat Banyak barang untuk shopping..

Pasar Bau

Pekan yang orang Bidayuh. Melihat budaya dan cara hidup etnik ini.Tasik Biru
Tasik Biru adalah tinggalan lombong emas. Warna tasik kebiruan, oleh itu dipanggil tasik biru..

Wind Cave
Gua Angin – Pengalaman yang tidak dapat dilupakan..

Gua Musik
Terdapat musik buddha dalam gua ini.. Musik lebih kurang musik buddha cerita Jet Li..

Pasar Sarikin

Pasar serikin yang sesak dengan pengunjung menjadikan tempat ini mariah dengan suasana tawar menawar..

Pasar serikin

Pasar Serikin- Diantara barang yang boleh didapati disini ialah seperti buah-buahan, kain baju, ubatan traditional, tikar, kraftangan, barang dapur, kasut, beg, dan banyak lagi.. Datang untuk mengetahui lebih lanjut lagi..

Jangan lupa mengunakan Perkhimatan JasHappy Tour ini..

. Bookmark the

.